You are on page 1of 1

SINOPSIS CERPEN KEMELUT

CERPEN KEMELUT mengisahkan kehidupan sebuah institusi keluarga yang diketuai


oleh Kudus sebagai suami kepada Hasnah dan ayah kepada lima orang anak yang terdiri
daripada Badrul, Hayati, Sanusi, Asrul dan Kamal. Bermula ketika Kudus dan keluarganya
sedang menunggu azan untuk menunaikan solat Magrib secara berjemaah, tetapi salah
seorang anaknya, Badrul tidak ada bersama kerana masih belum pulang ke rumah. Hal ini
telah mewujudkan kebimbangan Kudus terhadap tingkah laku Badrul yang mula berubah
akibat terpengruh dengan keadaan di tempat belajarnya, di Kuala Lumpur. Lebih
merunsingkan Kudus, apabila Badrul berani membawa pulang teman wanitanya ke rumah
dan dibawa masuk ke dalam bilik secara beruda-duaan. Perubahan tingkah laku Badrul ini
telah menyebabkan Kudus berasa sangat bersalah terhadap isterinya Hasnah dan mula
teringat akan kisah silamnya. Kudus berperang dengan dirinya sendiri apabila teringat akan
kisah silamnya yang sangat memalukan sehingga kesabarannya hilang lalu bertindak
memukul Badrul dengan dan teman wanitanya yang sedang berasmara di dalam bilik.
Tindakan Kudus benar-benar membuatkan Badrul cemas lalu meninggalkan rumah bersama
teman wanitanya. Kudus kembali menenangkan semula dirinya dan berserah kepada Yang
Mutlak untuk menunjukkan jalan kebenaran kepada anaknya Badrul.

You might also like