You are on page 1of 7

SJKT LADANG RAJA MUSA

45000 KUALA SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU BIL 7 /2018

Tarikh : 10 Ogos 2018


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Darjah Tahun 2
Pengerusi : En. S. S. Pandian
Kehadiran : 10 orang

1. En. S.S Pandian Guru Besar


2. Pn.C.Kavitha GPK Kurikulum
3. Pn.K.Sathiya Devi GPK Hal Ehwal Murid
4. En. R. Pubalan GPK Kokurikulum
5. Pn. K. Kavitha
6. Cik. R. Aruna
7. Cik.K. Demai Suria
8. Cik. V.Kohgilavani
9. En. G. Manimaran
10. Encik. A.Sugumaran

Turut hadir / Hadir bersama : -Tiada : -


Tidak hadir dengan maaf : -Tiada-

1.0 BACAAN DOA

1.1 En.Manimaran telah membacakan doa selamat.

2.0 INFO PPPM

2.1 Perkongsian maklumat PPPM anjakan ke-11 iaitu meningkatkan


ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung. Bertanggungjawab
terhadap amanah yang diaplikasikan oleh kerajaan Malaysia.

3.0 PERUTUSAN PENGERUSI ( GURU BESAR )

3.1 Pengerusi mengalu-alukan semua guru yang hadir ke mesyuarat kali ke –


7 bagi tahun 2018.

3.2 Kempen ”No Leave No Late” amat memberangsangkan dan guru besar
mengucapkan tahniah terhadap kerjasama guru-guru yang menjayakan
program ini. Dengan program ini juga program bacaan pagi juga amat
memberangsangkan.

3.3 Program ”Ivvara Sithanai” sangat berkesan dan kualiti program tersebut
sangat baik .

3.4 Guru besar juga menyarankan bahawa untuk mengadakan ”Ladap”


selepas tamat semua kursus KSSR semakan tahun 3 yang sedang
berlangsung dan beliau juga meminta kepada setiausaha ”Ladap” untuk
menentukan satu tarikh yang sesuai.

3.5 Guru besar telah menentukan beberapa tarikh untuk menjalankan ”Ladap”
KSSR semakan tahun 3 bagi beberapa guru yang telah menghadirkan
kursus KSSR.

Tarikh Matapelajaran Guru


13.8.2018 English (CEF) Cik.R.Aruna
13.8.218 Matematik En.A.Sugumaran
14.8.2018 Bahasa Melayu Pn.K.Kavitha
15.8.2018 Sains En.G.Manimaran
15.8.2018 Pendidikan Moral Pn.K.Sathiyadevi

3.6 Guru besar juga mempersoalkan tentang pengaplikasiaan terhadap


Program ”PMA”.

3.7 Penilaiaan akan dijalankan terhadap program :ivvara Sinthanai” dan


perhimpunan . Penilaiaan dijalankan untuk meningkatkan prestasi guru-
guru dalam bidang berucap.

3.8 Guru besar juga memberitahu bahawa guru ganti akan dipilih berdasarkan
kemampuan mengajar serta ia ditawarkan kepada guru-guru yang benar-
benar mengajar di kelas.

3.9 Buku kehadiran murid harus diteliti dan dibuat pengesahan oleh pentadbir.

3.10 Buku pencapaiaan di bidang masing-masing ditanggungjawabkan kepada


semua penolong kanan.

3.11 Guru besar menyatakan semua guru harus menjayakan keberkesanan


terhadap program yang diberi dan pencapaiaan serta hala tuju program
tersebut.
4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang oleh En.R. Pubalan dan disokong oleh Pn.C.Kavitha.

5.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT


MESYUARAT

- Tiada -

6.0 PERKARA – PERKARA BARU / ISU / LAPORAN

6.1 GPK Pentadbiran ( Pn.C.Kavitha )

6.1.1 Kelas tambahan akan dijalankan kepada murid tahun 6 semasa cuti
sekolah.

6.1.2 Program Thirukural dijalankan pada hari selasa dan ia dilaksanakan


dalam kumpulan.

6.1.3 Linus akan dipantau dan kehadiran PPD harus diteliti.

6.2 GPK Hal Ehwal Murid ( Pn.K.Sathiyadevi )

6.2.1 Penempatan Murid tingkatan 1/peralihan 2019. Tindakan ditujukan


kepada guru tahun 6.

6.2.2 Permohonan Penempatan Ting.1/Peralihan

 Guru kelas buat permohonan dalam portal berdasarkan borang BPPS.


 Pastikan klik butang kemaskini.
 Tempoh 01 Ogos -13 September 2018
 Murid yang berstatus bukan warganegara & pemastautin tetap tidak dibenarkan
memohon. Mereka memohon melalui PPD / JPN dengan menggunakan Borang
PU(A)275

Maklumat Akademik

 Markah BM Pemahaman dan Penulisan Tahun 4,5dan 6 perlu dimasukkan


dengan betul. Tahun 4 dan 5 (markah PBS akhir tahun) tahun 6 (markah
percubaan)
 Sekiranya maklumat yang diisi di dapati tidak sama seperti buku laporan, murid
akan di tempatkan mengikut keputusan UPSR (semasa melapor diri di SMK) dan
pihak sekolah akan diminta memberi surat tunjuk sebab.
 Tarikh akhir pengesahan oleh GPK HEM pada 13 September 2018.
 Surat kelulusan penempatan boleh di cetak oleh guru kelas mulai 29 Okt
sehingga02 Nov 2018.

6.2.3 Kehadiran Murid

 Guru Kelas akan menukar kepada status cuti sakit apabila diberi sijil sakit oleh
murid.

6.2.4 Taklimat Perhubungan dan Pendaftaran (01.08.2018/ Rabu)

1. SPI KPM 1 tahun 2018 – Garis Panduan Pelibatan ibu bapa dan komuniti
sebagai sukarelawan di dalam kelas (SdK)
 Tujuan :
i. Kerjasama antara ibu bapa dan komuniti sebagai sukarelawan membantu
guru semasa proses PdP.
ii. Pelaksanaan SDK bermula dari peringkat pra sekolah, rendah serta
menengah, termasuk pendidikan khas dan program inklusif.
iii. SDK boleh dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak di wajibkan
untuk melaksanakannya, tetapi bergantung pada kesesuaian dan
keperluan sekolah.
 SDK membantu guru di dalam kelas bukan ganti guru.

2. SPI KPM 2 tahun 2018 – Garis Panduan Pelaksanaan dasar murid membawa
peranti peribadi ke sekolah
 Tujuan :
i. Untuk memperjelas dan memperincikan pelaksanaan dasar murid
membawa peranti peribadi ke sekolah, KPM
 Peranti yang dibenarkan di bawa oleh murid ialah komputer riba, tablet, personal
komputer atau peranti lain yang dibenarkan oleh pihak sekolah kecuali telefon
bimbit termasuk telefon pintar.

3. SPI KPM 3 tahun 2018


 Tujuan :
i. Memaklumkan panduan penyaluran dan penerimaan sumbangan
daripada sektor swasta dan bukan swasta kepada sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan KPM melalui Garis panduan pelibatan sektor
swasta dan garis panduan penjanaan dan masyarakat atau crowd
funding.
6.2.5 Buku kehadiran guru

Setiap hari Guru Kelas memastikan murid menandatangani buku kehadiran.


Sila catat peratus kehadiran murid.
Setiap hari Jumaat menghantar buku rekod kedatangan murid kepada PK HEM
untuk disahkan.
Memastikan buku ini sentiasa berada di meja guru.
Guru Kelas dan murid hendaklah bertanggungjawab jika berlaku sebarang
kerosakan atau kehilangan buku ini.

6.2.6 Garis Panduan Mengurus murid Berisiko cicir di sekolah.

 GPMBC hendaklah dirujuk dan di gunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus
murid berisiko cicir di sekolah.
 Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah.
 Memastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut GPMBC
yang dikeluarkan oleh KPM.
 Memastikan pelaporan, dokumentasi dan data disediakan dan dihantar kepada
PPD.

6.3 GPK Ko-Korikulum ( En.R.Pubalan )

6.3.1 Majlis perasmian bulan kemerdekaan akan diadakan pada 16.8.2018.

6.3.2 Beliau menyarankan bahawa guru-guru Pendidikan Jasmani menjalankan


menjalankan ujian Segak fasa 2 dan diminta menghantar borang sebelum
17.8.2018 ( Jumaat).

6.3.3 Hari Anugerah Cemerlang fasa 2 ditetapkan pada 2 November 2018.

6.3.4 Sukan sekolah 2018 ditetapkan pada 18 November 2018 ( Ahad).

6.3.5 Beliau mengucapkan tahniah kepada Cikgu A. Sugumaran dan panitia


Moral atas insiatif mengadakan pertandingan thevaram peringkat sekolah.

6.3.6 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru yang melatih murid yang akan
mengambil bahagian dalam pertandingan thevaram pada 12.8.2018.
6.3.7 Token SSQS akan diedarkan kepada semua guru dan diminta
menyiapkan sebelum 17.8.2018.

6.3.8 Penggunaan VLE perlu dipertingkatkan dan menyelitkan dalam PDPC


dalam matapelajarn masing-masing.

6.3.9 Bengkel ICT peringkat sekolah akan diadakan pada 27.8.2018 (Isnin).

7.0 HAL – HAL LAIN

7.1 (PLC) – Pn.K.Kavitha

7.1.1 Pn.K.Kavitha menyarankan bahawa simpan eviden tertentu semasa


perjalanan PLC.

7.1.2 Ada kemungkinan terdapat pemantauan daripada PPD.

7.1.3 Panita matapelajaran teras harus diaplikasikan dalam PLC serta


menyediakan program PLC.

7.2 (Linus) – Cik.V.Kohgilavani

7.2.1 Perlaksanaan saringan mesti dijalankan semasa sesi PDPC dan ia


bukanya ujian.

7.2.2 Konstruk 1-12 tidak boleh saring sekaligus dalam satu saringan.

7.2.3 Penggulangan Konstruk 2 kali sahaja dan guru mesti menggunakan


borang BPPI serta menggunakan pen dakwat biru atau hitam.

7.2.4 Guru yang disaraing mesti mencatatkan tarikh penguasaan saringan.

7.2.5 Guru tidak boleh guna BBM semasa membuat saringan konstruk 10
hingga 12.

7.2.6 Guru tidak boleh menjelaskan makna gambar.


7.3 (HIP & Sambutan Bulan Kemerdekaan) – Cik.R.Aruna

7.3.1 Pn. Siti Aminah memuji sekolah SJKT Ladang Raja musa dalam
penghasilan dan pengaplikasian program HIP.

7.3.2 SJKT Ladang Raja Musa menjadi sekolah contoh HIP di daerah Kuala
Selangor.

7.3.3 Gimik perasmian bulan kemerdekaan akan diadakan pada 16 ogos 2018.

7.3.4 Aktiviti-aktiviti yang bakal dirancang semasa bulan kemerdekaan adalah


perbarisan, pertandingan lagu patriotik, pertandingan kolam, pertandingan
berwarna.

7.3.5 Setiap hari khamis adalah hari Bahasa inggeris.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,
Setiausaha mesyuarat,
Mesyuarat guru bil 7 / 2018,
SJKT Ladang Raja Musa.

You might also like