You are on page 1of 61

KEPIMPINAN DISTRIBUTIF

AHLI KUMPULAN:

RIZANA BINTI MOHAMAD SERI


(M20171000188)
LAU XIN YIN
(M20181000549)
CHAI YIN WEN
(20181000599)
SUKANTHI A/P SANJEEVI
(M20171000188)
DEFINISI
KEPIMPINAN
Siti Aida Ab Muttalib (2014) menjelaskan bahawa
kepimpinan merupakan tingkah laku seseorang
yang berupaya bertindak sebagai pemimpin
dengan membuat perubahan terhadap orang di
bawahnya, iaitu pengikut berdasarkan alasan kukuh
dan logik bukan mengikut kehendak sendiri.
 Zoolaiha Abd. Rahman (2015) menjelaskan
bahawa elemen kepimpinan melibatkan aspek
sosial yang merangkumi antara hubungan
pemimpin dengan pengikut, iaitu pemimpin
mempengaruhi dan pengikut pula dipengaruhi
dalam melakukan perubahan agar matlamat yang
diingini dapat dicapai
KEPIMPINAN DISTRIBUTIF
 Kepimpinan distributif secara umumnya boleh ditarifkan
sebagai keupayaan memimpin secara perkongsian dalam
satu pasukan.

 Spillane,
Harvenson dan Diamond (2001) juga menyokong
dengan memberi takrif bahawa kepimpinan distributif
merupakan sekumpulan individu yang memimpin dan
menggerakkan ahli organisasi yang lain dalam pelbagai
peringkat untuk satu perubahan instruksional.
 kepimpinan distributif membawa maksud peralihan dari
model kepimpinan berhierarki organisasi ‘atas ke bawah’,
kepada satu model kepimpinan yang menekankan kepada
kepimpinan bersama dan dikongsi oleh ahli organisasinya
(Harris, Brown & Abbot, 2006).

 kepimpinan distributif merupakan kepimpinan yang


mengamalkan konsep amalan penurunan kuasa dan
memberi penekanan terhadap interaksi dalam kalangan
organisasi, iaitu antara anggota sebagai unit yang penting
(Hulpia, Devos & Van Keer, 2011).
 SarahTerkes, Davina Boyd dan Pamela Abuodha (2014) yang
memberi penerangan bahawa kepimpinan distributif merupakan
gabungan dan interaksi antara minat seseorang individu
yang dapat menggalakkan tindakan bersepadu dan
berupaya memperoleh sesuatu hasil melebihi pencapaian
yang boleh dicapai oleh individu sahaja.
 Darisudut gaya kepimpinan distributif,ia membenarkan
pemimpin untuk berkongsi bebanan tugas dengan orang
bawahan.

 Gaya kepimpinan ini mempunyai pelbagai aspek yang


mengandungi teori kepemimpinan popular lain (Azhar Harun,
Ramli Basri, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Soaib Asimiran,
2016)
 kepimpinan distributif merupakan satu konsep hasil daripada
gabungan beberapa teori, iaitu teori sosiologi, kognitif,
psikologi dan antropologi yang sedia ada (Hermann, 2016).

 Abdul Rahim Abdul Rashid & Zahari Hashim (2018)


menjelaskan bahawa kepimpinan distributif dapat
diamalkan, disebar dengan luas ke seluruh organisasi
secara kolaboratif, kolektif dan koordinasi dalam sesebuah
organisasi.
 Diperingkat sekolah pula, kepemimpinan
distributif disarankan untuk dijadikan sebagai satu
pendekatan kepemimpinan yang
menggabungkan pelbagai sumber kepakaran di
semua peringkat kepimpinan yang berada di
sekolah bagi mewujudkan ruang untuk
penambahbaikan disamping inovasi dan
perubahan mampu dijana dengan berkesan (Harris,
2014).
 Rosnarizah Abdul Halim dan Hussein Ahmad (2015) turut
memberi definisi secara operasi tentang kepemimpinan
distributif, iaitu satu pendekatan kepemimpinan berkaitan
tentang perkongsian hala tuju, tanggungjawab dan
membuat keputusan secara bersama melalui
penggembelingan kepakaran dalam kalangan pemimpin
pertengahan dan guru secara individu dan berkumpulan.
 Perkongsian melalui kepimpinan distributif ini juga disokong
oleh Sandy Jose dan Khalip Musa (2018) bahawa kepimpinan
ini adalah berasaskan perkongsian kuasa dan
tanggungjawab dalam kalangan warga pemimpin sekolah.
Secara umum bahawa kepimpinan distributif boleh ditakrifkan
sebagai barisan kepimpinan dua pihak yang melibatkan
pemimpin dan pengikut, iaitu pemimpin pentadbir dan guru-
guru di peringkat sekolah dan mereka bersama-sama
mempunyai keupayaan memimpin secara perkongsian
daripada pelbagai aspek sebagai satu pasukan untuk
meningkatkan sesuatu pencapaian dalam organisasi sekolah
tersebut.
Sorotan perkembangan teori
kepimpinan distributif
 Teori kepimpinan distributif telah wujud seawal 1250 SM (Rosnarizah
& Hussien, 2015; Oduro, 2004).

 Mulai tahun 2000, para pengkaji mula mengalihkan tumpuan kepada


gaya kepimpinan secara berpasukan jika dibandingkan dengan
kepimpinan secara individu sebelum ini (Gronn,2003; Bennet, Wise,
Woods & Hervey, 2003; Spillane et al., 2004; Spillane & Sherer,
2004; Harris, 2008).

 Sejak tahun 2000 di Amerika, Britain dan Kanada manakala pada


tahun 2009, gaya kepimpinan ini telah menjadi topik hangat dalam
bidang pengurusan pendidikan dan dikaji di seluruh dunia termasuk di
Asia dan Malaysia
(Bolden, 2011).
Perkembangan Konsep Kepimpinan
Skop Perkembangan

Zaman Industri Pengetahuan

Elemen Individu Situasi Pasukan

Jenis
Kepimpinan

Golongan Pemimpin Situasi Pengikut


dipentingkan
Ciri-ciri utama teori kepimpinan
distributif
Mengiktiraf kepakaran
pihak lain

Peningkatan
Interaksi
Keterbukaan
antara
Sumber
Bentuk
instruksional
pemimpin,
kepimpinan
kepakaran
sempadan
dan
pengikut
pelbagai
kolektif
kepimpinan
pencapaian
dan situasi
murid

Ciri-ciri utama teori


kepimpinan distributif
(a) Mengiktiraf kepakaran pihak lain

 Matlamat sekolah dapat dicapai dengan mengamalkan


perkongsian tanggungjawab memimpin di samping
memberikan pengiktirafan kepada penggunaan kepakaran
yang berbeza (Elmore, 2000).

 Menurut Burgess IX (2011), dengan mengamalkan


kepimpinan distributif, ahli organisasi selain daripada yang
mempunyai autoriti turut diberi peluang untuk memainkan
peranan dan bertanggungjawab dalam kepimpinan.
(b) Keterbukaan sempadan kepimpinan

 Kepimpinan distributif tidak menghadkan fungsi


kepimpinan hanya dapat dilaksanakan oleh individu yang
memiliki autoriti (Foster-Nelson, 2012).
 Menurut Moyo (2010), kesanggupan pentadbir berkongsi
tanggung jawab dan melakukan perubahan dari segi amalan
kepimpinan demi mencapai matlamat yang sama dapat
meningkatkan keyakinan diri dan sikap sanggup
menanggung risiko dalam diri ahli dalam organisasi.
(c) Sumber kepakaran pelbagai
 Menurut MacBeath (2005), kepimpinan distributif dapat
memberikan peluang dan ruang kepada individu untuk
memperkembangkan dan menggunakan kepakaran
tersendiri untuk memimpin sesuatu pasukan.

 Pentadbir sekolah perlu bijak mengambil peluang


menggunakan kepakaran guru yang pelbagai untuk
meningkatkan pencapaian pelajar di samping
menyebarkan tanggungjawab kepimpinan dan
meningkatkan budaya kolaboratif di sekolah (Gordon,
2005).
(d) Bentuk kepimpinan kolektif

 Kepimpinan distributif merupakan gaya kepimpinan bekerja


secara berpasukan dan bukan secara perseorangan (Hulpia,
Devos & Van Keer, 2010).

 Menurut Lambert (2003), perkongsian idea dan


melaksanakan tugasan secara bersama-sama dapat
meningkatkan inisiatif individu tanpa perlu menjawat
sebarang jawatan.

 Menurut Mutter (2003), penglibatan ahli organisasi dalam


hal-hal kepimpinan dapat mengurangkan beban pentadbir.
(e) Berfokus terhadap peningkatan
instruksional dan pencapaian murid
 Semua ahli dalam organisasi mempunyai peluang untuk
meningkatkan profesionalisme individu dengan
memikirkan inisiatif dan sumbangan yang dapat diberikan
kepada peningkatan pencapaian organisasi (Foster-Nelson,
2012).

 Menurut Singh (2014), penerapan kepimpinan distributif


dapat membangunkan pelapis kepimpinan yang baharu bagi
memastikan penambahbaikan sekolah berlaku secara
berterusan.
(f)Interaksi antara pemimpin, pengikut dan situasi
 Penambahbaikan sekolah dapat dicapai dengan adanya kerjasama
antara pemimpin formal dan pemimpin tidak formal (Jacobs, 2010).

 Kepimpinan distributif juga menggalakkan pemimpin dan pengikut


sentiasa berinteraksi antara satu sama lain dalam penyebaran
kepimpinan melalui aktiviti perkongsian ilmu serta kepakaran
(Spillane et al.,2008).

 Menurut Hulpia et al. (2009), interaksi perlu wujud antara ahli


dalam pasukan bagi memastikan tanggung jawab kepimpinan dapat
disebarkan di seluruh organisasi seterusnya dapat menjalankan
peranan masing-masing mengikut kepakaran tersendiri.
Kepelbagaian model dalam
menjelaskan
teori kepimpinan distributif
Model Model
Elmore Gordon
(2000) (2005)

Model Model
Spillane et Hulpia et
al. al.
(2004) (2009)
Model Elmore

 Diperkenalkan pada tahun 2000.

 Menurut Elmore (2000), kepimpinan distributif merupakan


penambahbaikan sekolah dengan mengenal pasti kekuatan
individu dari segi pengetahuan, kemahiran, kesediaan
menjalankan tugas dan peranan pentadbir sekolah.
Menurut Sandy (2015), pemimpin yang berhasrat
menggunakan model kepimpinan Elmore (2000) perlu
menguasai dua perkara asas iaitu lima prinsip kepimpinan
distributif Elmore dan tafsiran peranan.

LIMA PRINSIP
KEPIMPINAN TAFSIRAN PERANAN
DISTRIBUTIF ELMORE
• Penambahbaikan amalan • Pembuat dasar
instruksional • Peringkat profesional
• Pembelajaran berterusan • Peringkat sistem
• Model dalam pembelajaran, • Peringkat sekolah
• Kepakaran seseorang individu • Peringkat pengamal iaitu
• Akauntabiliti dan kapasiti guru-guru
Penetapan
misi, visi dan
matlamat

Penilaian dan
Membuat
pembangunan
keputusan 5 dimensi profesional
kepimpinan
distributif
Elmore
(2000)

Budaya Amalan
sekolah kepimpinan
Model Gordon
 Model Gordon menghubungkan antara dimensi kepimpinan
distributif dengan pencapaian akademik pelajar.

 Terdapat empat dimensi yang dikemukakan oleh Gordon (2005)


berdasarkan model kepimpinan distributif Elmore (2000).

 Menurut model Gordon (2005), keberkesanan kepimpinan


distributif dapat dilihat daripada peningkatan tahap kecemerlangan
pencapaian akademik pelajar.

 Pencapaian akademik sekolah yang berprestasi rendah dapat


ditingkatkan jika menggunakan kaedah kepimpinan distributif yang
diamalkan oleh sekolah yang berprestasi tinggi.
Dimensi kepimpinan distributif model Gordon
Dimensi misi, visi Dimensi budaya sekolah
dan matlamat
Menurut Gordon (2005), budaya berkongsi dan
Perkongsian misi, visi dan bekerjasama dalam kalangan pentadbir sekolah,
matlamat sekolah antara guru-guru, ibu bapa, pelajar dan staf dapat
pentadbir dan guru-guru di menyumbang kepada budaya sekolah yang positif
sekolah dapat dan menggalakkan perkembangan proses
meningkatkan pencapaian pembelajaran dan pemudahcaraan
akademik pelajar (Gordon,
2005).

Dimensi perkongsian
tanggungjawab
Dimensi amalan kepimpinan Guru-guru yang diberikan tanggungjawab
Sebagai pentadbir, pengetua dan guru besar dalam membuat keputusan terutama dalam
perlu menyebarkan kemahiran menangani isu- penambah baikan program dan
isu yang akan timbul semasa memimpin kepada peningkatan pencapaian akademik akan
pemimpin formal mahupun tidak formal. mewujudkan rasa tanggung jawab dalam
diri guru tersebut.
Model Spillane et al.
 Sekolah sebagai satu sistem sosial berdasarkan konsep sistem sosial
yang diasaskan oleh Getzels dan Guba pada tahun 1957.
 Fungsi penyebaran amalan kepimpinan melalui kerjasama beberapa
orang pemimpin melaksanakan sesuatu tugasan.
 Terdapat tiga elemen dalam teori ini iaitu:

SITUASI
(Hasil interaksi beberapa pemimpin)

PEMIMPIN AMALAN PENGIKUT


(Pemimpin formal iaitu KEPIMPI (Pemimpin tidak formal iaitu
pentadbir) NAN guru)
BENTUK PENYEBARAN DALAM MODEL
SPILLANE et al.
PENYEBARAN PENYEBARAN PENYEBARAN
KOLABORATIF KOLEKTIF KOORDINASI
Penyebaran amalan Penyebaran Penyebaran amalan
kepimpinan ke atas amalan kepimpinan melalui
hasil kerja beberapa kepimpinan ke aktiviti yang
orang pemimpin atas hasil kerja dilaksanakan
yang bekerja sama berasingan mengikut turutan
pada masa dan beberapa orang bagi melaksanakan
tempat yang sama pemimpin bagi sesuatu tugasan.
untuk melaksanakan melaksanakan
sesuatu tugasan. sesuatu tugasan.
Model Hulpia et al.

 Model kepimpinan distributif Hulpia et al. dibangunkan


untuk melihat penyebaran fungsi kepimpinan dalam
kalangan pemimpin formal (Hulpia et al., 2009).

 Menurut Hulpia et al.(2009), kepimpinan di sekolah tidak


dikawal keseluruhannya oleh pengetua, tetapi tersebar
dalam kalangan pemimpin formal di sekolah iaitu pengetua,
penolong-penolong pengetua dan ketua bidang.
Dimensi kepimpinan distributif model
Hulpia et al.

FUNGSI KEPIMPINAN INTERAKSI PASUKAN PENGLIBATAN


YANG DISEBARKAN KEPIMPINAN DALAM KUMPULAN
• Sokongan merupakan • Sikap keterbukaan dan • Penglibatan guru dalam
penetapan visi, dorongan saling mempercayai membuat keputusan akan
dan motivasi merupakan interaksi meningkatkan komitmen
• Penyeliaan merupakan positif yang perlu ada kerja dan menambahkan
arahan, mentoring dan pada pasukan keyakinan dan sokongan
kawalan kepimpinan untuk terhadap maklumat yang
meningkatkan komitmen diampaikan kepada
organisasi (Hulpia et al., mereka.
2009).
Bagaimanakah teori kepimpinan distributif memberi
kesan terhadap organisasi pendidikan / sekolah?
mempengaruhi barisan pemimpin di sekolah untuk
menguruskan sesuatu konflik dengan baik.

Peningkatan motivasi guru

meningkatkan komitmen guru yang secara langsung

memperbaiki kualiti PdP

menekankan budaya kolaboratif


 Kepimpinan distributif dan pengurusan konflik mempunyai
hubungan positif kerana kepimpinan ini mampu mempengaruhi
barisan pemimpin di sekolah untuk menguruskan sesuatu
konflik dengan baik.

 Peningkatanmotivasi guru dan seterusnya membawa ke arah


meningkatkan amalan kepimpinan berkesan dan juga
pencapaian sekolah.
 Pihak pentadbir dengan berkesan berupaya meningkatkan
komitmen guru yang secara langsung menyumbang kepada
peningkatan kecemerlangan pelajar.

 guru-guru mempunyai kesungguhan untuk mengadakan


perbincangan antara pemimpin pentadbir sekolah bersama-
sama dengan guru yang terlibat untuk memperbaiki kualiti PdP
tanpa menunggu arahan dari pemimpin sekolah.
 Ahli dalam organisasi iaitu di sekolah sentiasa berinteraksi
dan berkerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas secara
tidak dirancang maka hubungan kerja ini wujud tanpa perlu
diarahkan.

 menekankan budaya kolaboratif yang menggalak pentadbir


sekolah dan guru-guru untuk berinteraksi dan berkolaborasi
antara satu sama lain.
 Meningkatkan komitmen guru untuk mengamalkan
komunitif pembelajaran professional (KPP) dengan
lebih berkesan dan secara tidak langsung.

 penekanandari aspek kepimpinan dan perkongsian


tanggungungjawab antara pemimpin dan pengikut
dengan mendorong pengupayaan guru untuk
membangunkan kecekapan mereka dalam
membantu proses penambahbaikan serta
kecemerlangan sekolah.
 Penekanandari aspek kepimpinan dan perkongsian
tanggungungjawab antara pemimpin dan pengikut
dengan mendorong pengupayaan guru untuk
membangunkan kecekapan mereka dalam
membantu proses penambahbaikan serta
kecemerlangan sekolah.
TEMU BUAL
Cik Lee Wai Men ,
guru besar SJK(C) New Kopisan,
Gopeng, Perak
Apakah visi utama anda sebagai
seorang pengetua?
 murid-murid dapat menerapkan sahsiah yang baik
sepanjang tempoh persekolahan
 murid-murid memperoleh keputusan cemerlang
dalam bidang kurikulum dan korikulum.
Bagaimanakan visi tersebut menyokong
kepada pelaksanaan PPPM 2013-2025?
Anjakan Hasrat guru besar
menyediakan kesamarataan akses Pihak sekolah membekalkan sistem
kepada pendidikan berkualiti pendidikan dan tempat pembelajaran
bertaraf antarabangsa yang mampu meningkatkan kefahaman
murid terutamanya pembelajaran bahasa,
Matematik dan Sains.
memastikan setiap murid murid yang lemah perlu mengikuti kelas
menguasai kemahiran dalam pemulihan sehingga mereka dapat
bahasa Malaysia dan bahasa mengikut kurikulum aliran perdana
Inggeris dan digalakkan
mempelajari bahasa tambahan
melahirkan rakyat yang menerapkan nilai murni sejagat seperti
menghayati nilai integriti, belas kasihan dan adil yang
dapat membimbing mereka dalam
membuat keputusan beretika
Apakah program-program yang
dilaksanakan bagi mencapai visi
tersebut?
Sahsiah murid
 Program menghafal “Di Zi Gui”
 meningkatkan kefahaman murid terhadap mengubah
diri sendiri menjadi lebih baik dan bertekad untuk
menjadi teladan bagi keluarga dan orang-orang di
sekitarnya
 Program “pemilihan murid cemerlang setiap
bulan”
Kurikulum
Program anak angkat
Program kelas bimbingan
Menggalakan guru menyertai kursus
pedagogi
Penambahan infrastruktur yang baru
Kokurikulum
menjalankan kokurikulum mengikut jam
waktu
 1M1S, kelab persatuan, persatuan uniform
Program Kecemerlangan
 masa
sebelum dan selepas waktu kelas
 Memastikan kecukupan alat bahan
Apakah perubahan-perubahan terkini
dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah yang telah dilaksanakan?
Program PLC
 learning walk, peer coaching , lesson study
Kumpulan “Whatsapps”
Mendorong dan memotivasikan guru
Menjaga hak guru
Bagaimanakah anda sebagai pemimpin
cuba mempengaruhi warga sekolah dan
masyarakat bagi menjayakan visi
tersebut?
 Menjemput ahli-ahli PIBG menghadiri aktiviti
sekolah
 Memberi sokongan yang penuh kepada NGO yang
menjalankan aktiviti di sekolah
 BuddhistTzu-Chi Merits Society Malaysia
 UTAR Community Service Society
 Kedai buku Happy Learning
Gaya Kepimpinan Guru Besar
Gaya Kepimpinan Distributif
 Pemilihan guru yang berbeza sebagai ketua program
dan merancang program dalam kumpulan guru
masing-masing
 tidak akan bercampur tangan jika ketua tidak
menghadapi sebarang masalah
 guru besar akan memberi cadangan apabila ketua
menghadapi masalah
 lebih banyak memimpin daripada mengurus
 tidak menetapkan bahan-bahan pengajaran guru dan
cara pengajaran guru sewaktu sesi anak angkat
 Guru boleh mengajar subjek yang sesuai dengan
mengikut tahap anak angkat sendiri
 Guru boleh pemilihan tempat yang dianggap sesuai
Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran
Sekolah:
 Gurubesar akan berbincang pelaksanaan,
perbelanjaan dan strategi kurikulum dan kokurikulum
sekolah dengan pihak pentadbir, termasuk guru
penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan
HEM dan guru penolong kanan kokurikulum.
Teori X dan Y
 Teori Y
 membina suasana dan keadaan kerja yang baik
 guru mengandaikan bahawa kerja sebagai satu
perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama
seperti bersukaria.
 Sentiasa memberi sokongan dan dorongan
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi
 gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling),
penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating)
 guru besar melibatkan para ahli PIBG secara aktif dalam
program sekolah
 menjelaskan objektif setiap aktiviti supaya ahli-ahli PIBG
boleh memberi kerjasama yang tinggi kepada pihak sekolah.
 Gaya penyertaan (participating)
 membersihkan kawasan sekolah dengan staf sokongan sekolah
supaya ibu bapa akan melibatkan diri dalam aktiviti ini juga.
Gaya penyerahan tugas (delegating)
 guru besar membantu NGO dengan penuh kemesraan
 tolong NGO menyebarkan mesej tentang aktiviti
tersebut kepada ibu bapa
 NGO boleh menjalankan aktiviti tanpa kawalan dan
syarat, guru besar akan menyokong dgn sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.

You might also like