You are on page 1of 7

1.0 Pengenalan.

Perkembangan dunia teknologi banyak memberi impak khususnya dalam dunia pendidikan di
negara kita. Banyak inisiatif teknologi maklumat telah disalurkan ke sekolah-sekolah dalam
usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
(Baharuddin, 2005) . Di sekolah banyak kemudahan yang telah dibekalkan oleh kementerian
untuk digunakan oleh komunitinya sebagai alat untuk menyokong pengajaran guru menurut
A.Razak et al (2000), iaitu teknologi maklumat merupakan medium yang utama dan boleh
digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat
yang berbentuk digital. Antara inisiatif tersebut ialah komputer riba, cakera padat, pelbagai
perisian pendidikan pembelajaran , kemudahan makmal komputer, Makmal Bahasa, Chrome
Book dan yang terbaru komputer riba “Net book” yang diagihkan kepada sekolah-sekolah
kecil atau sekolah kurang murid.

Justeru itu setiap warga pendidik harus tahu serta menggunakan segala kelengkapan
ini untuk membantu mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar dapat
membantu merangsang dan meningkatkan minat serta kefahaman yang lebih jelas tentang tu
topik pembelajaran yang diajar kepada pelajar. Menurut Cox (1999) menyatakan bahawa
guru-guru yang sering menggunakan komputer dalam melaksanakan tanggungjawab
mengajar mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengunakan ICT

Dalam tugasan ini, akan membincangkan serta mengupas tentang konsep teknologi
maklumat (TM) khususnya bidang pengkumputeran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kefahaman tentang konsep sangat penting kerana ia merupakan abstrak yang merupakan
dasar atau asas sesuatu perkara (kamus dwi bahawa Oxford edisi keempat ) oleh itu sebagai
seorang pendidik mereka seharusnya faham serta menghayati konsep TM agar apa yang
dihasratkan seiring dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan, selain daripada itu,
tugasan ini juga akan menghuraikan tentang perinsip-prinsip penggunaan komputer yang
berkesan, selain menerangkan tentang strategi yang berkesan menggunakan komputer
sebagai alat pengajaran kesusasteraan melayu.
2.0 Konsep Teknologi Maklumat khususnya Bidang Pengkomputeran Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.

Dunia pendidikan kini telah banyak mengalami perkembangan serta perubahan antaranya
kemudahan infra struktur mahupun gajet-gajet yang membantu guru untuk mengajar. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah turut menuntut pembaharuan ,
justeru itu para pendidik perlu mengusai kemahiran ICT agar P&P menjadi lebih menarik
dan realistik. Kemudahan ini yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah
memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku dalam ruang
siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di
Malaysia (Azwan & Rozita. 2002).

2.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar.

Penggunaan peralatan ICT sebagai bahan bantuan mengajar (BBM) yang disepadukan
dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dahulunya lebih berpusatkan guru kini berubah kepada berpusatkan pelajar. Ini dapat dilihat
setelah wujudnya projek rintis seperti sekolah bestari yang mengaplikasikan penggunaan
ICT dalam sistem pengurusan dan pentakbiran sekolah dan juga pada pengajaran guru di
dalam bilik darjah. Antara contoh yang boleh kita lihat adalah menerusi pembelajaran secara
Kaedah Pembelajaran Kolaboratif iaitu guru menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam
aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar
yang lain. Pembelajaran ini juga menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari
pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali, 2007).

2.2 Guru Sebagai Fasilitator

Dalam melaksanakan sesuatu pendekatan yang baru, seseorang pendidik perlu mengubah
peranan mereka ketika melaksanakan P&P, seperti daripada menjadi pengarah kepada
penyelia, daripada diktator kepada fasilitator , sehingga sampai ke satu tahap yang unggul,
pelajar sendiri menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak
sebagai pemudahcara serta memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan
pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Penggunaan ICT secara
terancang dan bersesuaian serta berfikrah bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan
proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut ( Haris Md.Jadi,2002) dalam melaksanakan
kurikulum baru, pendidik yang berkesan ialah pendidik yang mengamalkan tiga gaya
fasilitator iaitu pencetus, pengurus dan petindak balas.

Selain daripada itu, kefahaman tentang konsep perlu lebih luas , lebih terbuka,
berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1, menunjukkan
beberapa lagi konsep yang perlu difahami oleh guru dan pelajar agar P&P menjadi lebih
menarik.

KONSEP PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Stimulasi Multideria
Kemajuan Pelbagai hala
Multimedia
Pembelajaran menggunakan teknologi Perkongsian maklumat
maklumat Pembelajaran secara aktif, jelas dan
pertanyaan
Pemikiran kritis dalam membuat keputusan
Tindakan proaktif
Jadual 1

Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For Technology
Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco.

3.0 Prinsip-prinsip penggunaan komputer yang berkesan dalam P&P Bahasa Melayu.

Sebagai seorang pendidik, mereka perlu mengusai pelbagai kemahiran untuk mendidikan
para pelajar. Selain mengusai kemahiran pedagogi, mereka juga perlu mengusai juga
kemahiran komputer. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan khususnya peralatan komputer, guru
seharusnya memahami dan mematuhi beberapa prinsip asas antaranya ialah ;

3.1 Penetapan bahan bersesuai dengan objektif pembelajaran.

Terdapat banyak bahan pembelajaran yang boleh didapati di dalam pasaran mahupun dimuat
turun daripada laman sesawang seperti “software”, laman pembelajaran, yang boleh
digunakan dalam sesi P&P. Justeru itu, pemilihan bahan yang tepat dan selari dengan
penetapan objektif yang telah ditetapkan akan membantu guru dan pelajar mencapai objektif
pembelajaran. Selain daripada itu, bahan yang hendak digunakan perlu selari dengan tahap
dan kebolehan pelajar agar pembelajaran menjadi mudah dan menarik.

3.2 Kesesuaian bahan

Dalam memastikan bahan yang digunakan sesuai dengan objektif serta kemampuan pelajar,
guru seharusnya bijak membuat pindaan atau modifikasi ke atas bahan yang hendak
digunakan. Ini bertujuan untuk meningkatkan mutu P&P selain memperbaiki kelemahan
dalam sesuatu bahan tersebut. Contohnya, jika guru memuat turun bahan daripada internet
yang mana terdapat kandungannya tidak sesuai, guru perlu mengedit dan membuang
bahagian-bahagian tersebut.

3.3. Berkesan dan menarik

Prinsip ini adalah yang paling penting kerana menentukan objektif yang ditetapkan tercapai
atau sebaliknya. Bahan teknologi maklumat yang baik, pada kebiasannya mengandungi
elemen grafik dan bunyi yang mampu menarik minat pelajar. Sebagai contoh, bagi murid
sekolah rendah bahan yang mengandungi eleman animasi dan nyanyian lebih menarik
berbanding penggunaan teks sahaja. Justeru itu, elemen grafik,bunyi serta teks mampu
memberi kesan yang positif .

3.4 Bercorak dua hala serta berinterakrif

Penggunaan bahan yang bercirikan teknologi yang baik adalah yang mempunyai ciri
interaktif. Pelajar boleh menperolehi maklumat dengan mudah dan tepat. Oleh itu sebagai
pendidik, mereka seharusnya membuat penilaian serta memilih kaedah yang terbaik.
Contohnya pembelajaran menggunakan kaedah Sidang video (telepersidangan video atau
telekonferens video) . Ia merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang
membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video
dan audio dua hala secara serentak. Selain daripada itu, kaedah penilaian contohnya, murid
diberikan arahan untuk menjawab soalan betul/salah dan markah akan diberikan sejurus
selesai menjawab satu set soalan, contohnya laman pembelajaran bercorak penilaian “ZOOM
A” untuk murid sekolah rendah.
4.0 Strategi menggunakan komputer sebagai alat pengajaran kesusasteraan Melayu.
Merujuk kepada Kamus dewan edisi ketiga (1998) , strategi bermaksud rancangan yang
teratur untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan. Dalam konteks strategi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan komputer bagi subjek sastera melayu, guru perlu mengendalikan
sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik. Antara aspek yang perlu diberi perhatian
oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses
pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan
persekitaran di dalam bilik darjah. Dalam P&P sastera terdapat beberapa strategi yang boleh
dilaksanakan oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses P&P
antaranya ialah ;

4.1 Pembelajaran interaktif.


Pembelajaran secara interaktif mudah untuk didapati samaada secara “hardware” mahupun
dimuat turun dari laman sesawang. Kebanyakkan perisian ini menerapkan ciri-ciri interaktif
yang menarik dan memudahkan untuk dioperasikan oleh pelajar. Ciri interaktif ini merupakan
elemen yang tidak kurang penting dalam sesebuah perisian, ini bertujuan agar memudahkan
pengguna khususnya pelajar, memilih maklumat yang terdapat pada sesuatu perisisan bagi
mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pembelajaran mereka

Pembelajaran secara interaktif juga dapat mengekalkan tumpuan, meningkatkan


kemampuan kognitif dan kemahiran sosial belajar dalam suasana yang lebih selesa dari segi
masa dan kebolehan mereka untuk mempelajari novel (Zamri & Nur Aisyah 2011). Selain
daripada itu perisian yang bercorak interaktif juga mampu meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran mereka serta dapat memotivasikan mereka untuk belajar. Hal ini kerana,
berdasarkan ciri multimedia yang terdapat pada pelajar yang belajar dengan bantuan
komputer akan mempunyai rangsangan atau motivasi yang tinggi. Contohnya, guru ingin
mengajar pelajar tentang pantun, iaitu menghasilkan pantun dengan betul dan tepat dari segi
intonasi dan gaya bahasa yang betul. Penggunan laman pembelajaran yang mempunyai unsur
interaktif seperti “eduwebtv” ,”You Tube” “Frog Vle” dan “teaching courseware” mampu
membantu pelajar memahani tajuk dengan lebih jelas .
4.2 Pembelajaran Secara Tutorial
Secara amnya terdapat “tool” atau kemudahan yang terdapat dalam perisian pendidikan sama
ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Terdapat banyak
istilah atau kod yang digunakan untuk membantu pelajar menjalani sesi P&P melalui kaedah
ini. Antara tujuannya adalah untuk memberikan panduan dan arahan kepada pelajar untuk
mengakses maklumat yang diperlukan semasa sesi P&P.Antara istilah yang kerap digunakan
ialahi “Computer Assisted Instruction”,”Intelligent Computer Assisted Instruction” dan
“ Intellingent Tutoring System”.Pada kebiasaanya setiap perisian mempunyai ciri-ciri mesra
pengguna, ini bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua
pengguna mengikut aras pengetahuan yang mereka miliki.

4.3 Pembelajaran secara Penerokaan


Rujukan

Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA Online
Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177.

You might also like