You are on page 1of 3

7.

1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian saya, saya telah mendapati sekolah ini kekurangan kemudahan
TMK yang lengkap. Ia telah mendatangkan masalah kepada guru-guru. Hal ini demikian
kerana sekolah tidak mempunyai komputer riba dan projetor yang cukup serta tidak
mempunyai internet sebab di luar Bandar. Hanya makmal komputer mempunyai projector
Lantaran itu, guru jarang menggunakan kemudahan TMK untuk mengajar tetapi
menggunakan papan putih atau bahan pembantu PdP yang lain.

Selain itu, saya mendapati bahawa sekolah ini mempunyai sudut pembelajaran yang
selesa. Sudut pembelajaran tersebut disediakan dengan pelbagai buku rujukan dan buku
cerita. (merujuk kepada rajah 1.1) Apabila waktu rehat, murid-murid akan membaca
di tempat tersebut. Lantara itu, tidak dapat dinafikan bahawa sudut pembelajaran tersebut
membawa pelbagai kebaikan kepada murid.

Rajah 1.1

Saya juga mendapat bahawa sekeliling sekolah dihias dengan cantik dan mempunyai
banyak mural di sekolah. Selain itu, terdapat banyak sudut yang mempunyai hiasan
terkandung dengan cara sopan santun(merujuk kepada rajah 1.2) dan kepentingan
kesihatan (merujuk kepada rajah 1.3). Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ingatan
mereka tentang ilmu tersebut. Selain itu, keistimewaan sekolah ini ialah terdapat sejarah
sekolah dinampal di atas dinding. Ini dapat menimbulkan penghargaan murid terhadap
sekolah.

Rajah 1.3
Rajah 1.2
7.2 Temu Bual

Saya telah menemubual dengan pengurus sekolah, mentor saya, guru lain dan murid
dari pelbagai tahun. Kesemua ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi akan
dijadikan sebagai rujukan kepada saya untuk membantu saya meningkatkan profesion
keguruan.

Guru besar amat jelas tentang semua sifat guru dan mengetahui kaedah pengajaran
setiap guru. Selain itu, beliau juga sangat bijaksana untuk membahagikan tugas kepada
guru-guru. Beliau telah mengumakakan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Beliau amat berpengalaman untuk menyelesaikan masalah sekolah.

Guru-guru di sekolah ini mempunyai pengalaman yang banyak tentang kaedah


mengajar. Mereka juga mengetahui psikologi anak-anak dan dapat menggunakan kaedah
mengajar yang lebih sesuai untuk mereka. Selain itu, mereka sentiasa menambahbaikkan
pengajaran mereka supaya dapat menjadikan proses PdP lebih berkesan. Guru juga
memberi bantuan kepada murid yang lemah dengan memberi kelas tambahan kepada
mereka. Oleh itu, tugas utama bagi seseorang guru amat berkait rapat dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Setelah menemu bual dengan murid dari pelbagai tahun, saya boleh mengetahui dan
memahami bahan pengajaran yang disukai oleh murid. Murid-murid sentiasa menyiapkan
kerja sekolah dengan berdisplin. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah mereka tidak
mempunyai masa untuk berehat kerana terlalu banyak kerja sekolah.
7.3 Soal Selidik

Saya telah memilih dua orang guru untuk mengisi borang soal selidik yang telah
saya sediakan. Melalui keputusan yang diperolehi daripada borang soal selidik, saya telah
mendapati bahawa guru di sekolah ini amat bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas
utama mereka. Guru telah membahagikan murid kepada kumpulan dengan cekap. Mereka
menggunakan cara pembahagian kumpulan yang paling sesuai juga menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Cara pembahagian kumpulan mereka
dapat menjadikan murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti berkumpulan
dijalankan. Selain itu, guru juga berusaha untuk menyediakan bahan pembantu PdP yang
lebih sesuai di kelas. Mereka berusaha untuk menjalankan proses PdP dengan menarik dan
menggunakan bahan yang dapat menarik perhatian kepada murid.

Seramai 3 orang murid telah mengisi borang soal selidik ini. Keputusan telah
menunjukkan bahawa murid-murid suka mendapat pengajaran yang amat kreatif daripada
guru dalam kelas. Mereka juga lebih suka guru menggunakan sumber TMK dalam
menjalankan PdP. Ini dapat menjadikan mereka menumpukan perhatian dalam kelas. Di
samping itu, murid dapat belajar dengan berkesan dalam kumpulan. Hal ini demikian
kerana mereka mengajar antara satu sama lain. Belajar dalam kumpulan juga mengajar
mereka nilai berkerjasama.

You might also like