You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAPIT

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERADONG


JALAN BERJAYA
96500 BINTANGOR

Ruj.Kami : JPS(W)/SKBP(Mur)/153/02/03/06( )
Tarikh : 05 Oktober 2018

Melalui dan Salinan:

Guru Besar,
SK Bukit Papit, Meradong

Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor
Jalan Kelupu, Peti Surat 110,
96507 Bintangor, Sarawak

Tuan,

CERAMAH KESELAMATAN DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Papit menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu
program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill. Program tersebut akan diadakan
pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 19 Oktober 2018


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SK Bukit Papit, Meradong

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan kebakaran ini
adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah akan berbincang semula dengan
pihak tuan tentang kawad latihan kebakaran yang sebenar. Pihak tuan akan menilai tahap kecekapan
dan pergerakan pelajar ke tempat berkumpul.

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan ceramah
tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Berserta dengan surat ini juga
dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang program bagi rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

__________________________
(ANJA ANAK RABU)
Setiausaha HEM
SK Bukit Papit
014 8958131
Lampiran A

ATURCARA PROGRAM CERAMAH LATIHAN KESELAMATAN DAN


KEBAKARAN SK BUKIT PAPIT, 2018

Tarikh: 19 Oktober 2018


Hari : Jumaat
Masa : 0730 pagi

PELAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN CERAMAH

7.30 pagi - Pelajar dan guru mengambil tempat


- Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi
- Ceramah Keselamatan dan Kawad Keselamatan oleh pegawai bomba
- Demonstrasi kebakaran oleh pihak bomba
- Penyampaian Cenderahati
- Jamuan ringan
- Bersurai

PELAKSAAN

1.Guru kelas akan mengambil kehadiran murid.


2.Pihak bomba akan menyampaikan ceramah tentang latihan kebakaranndan
keselamatan.
3.Pihak bomba akan menilai dan menerangkan tentang latihan kebakaran yang
telah dilaksanakan.
4.Pihak bomba akan melaksanakan demonstrasi memadam kebakaran dan
menyelamatkan mangsa kebakaran.
5.Bersurai.

Aktiviti

1.Ceramah kebakaran dan keselamatan.


2.Demonstrasi memadamkan kebakaran.

You might also like