You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM SMK PERTANG BIL.

3/2017
TARIKH : 12 OKTOBER 2017
HARI : KHAMIS
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMK PERTANG

KEHADIRAN :

1. En. Norazman Bin Abd Samad


2. Pn. Rusla Binti Ariffin
3. Puan Salina Binti Mahat
4. En. Abd Jalil Bin Dahban
5. En. Jailani Bin Damsuki
6. Pn. Rohayati Binti Zakaria
7. En. Md Noralami Bin Abd Malek
8. En. Gan Cheng Teck
9. Pn. Sarashwathy A/P Shunmugam
10. Cik Choo Yong Ping
11. Pn. Noor Aisyah Binti M. Nasir
12. Cik Azdahlia Bt Zulkifli
13. Pn. Noraidah Binti Jamaludin
14. En. Muhamad Zahid bin Azis
15. Pn. Amalinda Binti Amsar
16. Pn. New Kiat Yee
17. En. Marzuki Bin Abd Rahaman
18. En. Mimi Noor Azam Bin Ramli
19. Pn. Musnita Bt Musa
20. Pn. Wan Norizan Bt Wan Ab. Rahman
21. Pn. Nor Asnawiyah Binti Salleh
22. Pn. Farrah Shahida Bt. Rusli
23. Pn. Loh Siew Cheng
24. En. Norulhaizy bin Mohd Nasir
25. En. Mariappan A/L Kattaiyan
26. Pn. Hafizah Binti Hasan
Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi – Puan Rusla binti Ariffin


1.1 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke
Mesyuarat Kokurikulum Kali Ketiga Tahun 2017.
1.2 Mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama guru yang telah
banyak membantu dan menguruskan aktiviti kokurikulum.
1.3 SMK Pertang telah mengelolakan bersama-sama SMK Seri Perpatih Pesta Muzik
Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu. Selain itu SMK Pertang juga telah
mengelolakan Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Sekolah Menengah dan
Rendah Peringkat Daerah Jelebu dengan kolaborasi SK Sungai Buloh. Terima
kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen yang sangat baik.
1.4 Mengharapkan komitmen yang padu dan nilai saling bekerjasama ini akan
diteruskan dan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
1.5 Mengingatkan guru-guru tentang dokumen-dokumen yang perlu sentiasa dikemas
kini. Contohnya, kad kokurikulum murid dan rekod kehadiran guru.
1.6 Meminta kerjasama semua guru yang meminjam atau menggunakan alatan sukan
supaya merekodkannya dalam buku log. Hal ini bagi memastikan rekod kemas
kini, mengelakkan kehilangan alatan sukan dan memudahkan pemantauan.
1.7 2 unit khemah yang baharu telah dibeli dengan kos sebanyak RM498.00. Selain itu
11 unit telah dibaiki dengan kos sebanyak RM429.00. Jumlah keseluruhan khemah
yang boleh digunakan adalah sebanyak 17 unit. Sehubungan itu, mana-mana
kelab/persatuan atau badan beruniform yang akan menggunakan khemah diminta
memastikan khemah dijaga dengan baik.
1.8 Net bola tampar (1 unit) dan net bola jaring (2 unit) telah dibeli dengan kos
sebanyak RM134.00. Selain itu, tiang bola jaring telah dihantar ke bengkel untuk
dipateri.
1.9 Memaklumkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah akan diadakan
pada hari Jumaat 13 Oktober 2017. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat
daripada Setiausaha Sukan, Puan Wan Norizan tentang tentatif pelaksanaan
program. 40 orang murid akan menyertai sambutan peringkat DUN Pertang pada
14 Oktober 2017.
1.10 Membentangkan Kertas Kerja Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat
Sekolah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Cadang: Puan Amilinda
Sokong:Encik Marzuki

3.0 Perkara-perkara berbangkit


Tiada
4.0 PAJSK

4.1Isi markah yang tele dengan kehendak KPM, sentiasa rujuk buku untuk pemberian
markah
4.2 Ekstra kokurikulum- satu kegiatan yang bermanfaat pada atau di luar waktu
persekolahan ke arah pembentukan peribadi yang terpuji.
4.3 Guru penasihat lengkapkan maklumat pentaksiran kokurikulum dan sukan.Guru
tingkatan key in data dalam aplikasi PAJSK,SPS & APDM.
4.4 Guru tingkatan sediakan pelaporan.
4.4 Dokumentasi – fail perlu ada pada guru yang melaksanakan dan dokumen induk.
4.5 Surat siaran belum keluar. PT3 bermula dari 11 Oktober hingga 24 November
2017.Tingkatan 1,2, 4 dan 5 bermula dari 24 Oktober hingga 15 Disember 2017.
4.6 Murid dibolehkan tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan syarat ada surat
kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
4.7 Evidencepelaksanaan dan pencapaian perlu diberi perhatian.
4.8 Markah PAJSK tidak boleh ada D atau E, sekurang-kurangnya C.

5.0 I-KePS (Instrumen Kemudahan Prasarana Sekolah)


5.1 Tindakan Setiausaha Sukan.Tarikh pengisian dan penghantaran data bermula dari
10 Oktober hingga 24 Oktober 2017.
5.2 Fail khas I-KePS mesti ada manual pengisian dan data yang telah diisi tahun 2016
dan tahun semasa. Data-data hendaklah dicetak dan dipamerkan di papan
kenyataan sekolah yang berhampiran dengan pejabat.

6.0 Perancangan Aktiviti Tahun 2018

6.1 SMK Pertang telah diberi tanggungjawab mengurus dan mengelolakan


pertandingan bola sepak dan ping pong. Semua guru perlu bersedia dari segi
latihan, perancangan dan pelaksanaan.
Tindakan : GPK Kokurikulum dan SU Sukan.
6.2 Kelab PSS akan dibubarkan. Ahli-ahli sedia ada akan diserapkan ke Kelab ICTL.
6.3 Menambah kebitaraan SMK Pertang. Cadangan membentuk pasukan Sahibba dan
Scrabble di bawah persatuan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
Tindakan: Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan Guru Penasihat Persatuan
Bahasa Inggeris.
6.4 Perkhemahan perlu diadakan selewat-lewatnya pada awal semester kedua untuk
mengelakkan masalah cuaca.
Tindakan : Penyelaras Unit Beruniform dan Setiausaha Sukan
6.5 Pemakaian uniform.Terima kasih kepada semua guru kerana telah memberikan
kerjasama dengan memakai uniform pada hari Rabu dan perhimpunan bulanan
kokurikulum.Diharapkan pada tahun hadapan semua guru akan memakai uniform
yang lengkap.
Tindakan : Semua guru
6.6 Murid-murid juga perlu memakai uniform yang lengkap supaya boleh menyertai
apa-apa pertandingan dan aktiviti anjuran PPD/JPNS/KPM.Cadangan: bulan April
2018 semua murid telah ada uniform yang lengkap mengikut unit masing-masing.
Tindakan:Pengurusan sekolah/GPK Kokurikulum/Guru-guru Penasihat Badan
Beruniform/PIBG
6.7 Peruntukan waktu kurikulum akan dikaji semula supaya pelaksanaannya lebih
kemas, sistematik dan membolehkan murid-murid ada waktu yang lebih sesuai
untuk urus diri seperti solat dan makan.
Tindakan: AJK Jadual Waktu dan Unit Kuriklulum

7.0 Hal-hal lain


7.1 Laporan hendaklah disiapkan dalam tempoh dua minggu selepas program
berlangsung.
7.2 En. Jailani bin Damsuki mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan alat
pembesar suara sekolah di Dataran dan juga di Astaka.
7.3 En. Md Noralami memaklumkan cuaca tidak menentu untuk mengadakan Hari
Sukan Negara dan mencadangkan tempat yang sesuai untuk aktiviti hari tersebut
7.4 En. Mohamad Zahid mengucapkan terima kasih atas sumbangan jaring bola
tampar
7.5 En. Gan Cheng Teck memaklumkan agar pihak pengurusan memaklumkan tentang
pakaian seragam murid pada tahun ini.
7.6 En. Gan juga bahawa sijil-sijil kerja kursus SPM memerlukan tandatangan
pengetua pada 27 Oktober 2017.
7.7 En Gan memaklumkan supaya pengawas mengawasi murid agar tidak merosakkan
meja.

Disedikan oleh,
Setiausaha Kokurikulum SMK Pertang 2017

You might also like