You are on page 1of 15

LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Dewan Ungku Omar


TARIKH : 26/6/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 116 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 116 orang
AKTIVITI : Pembahagian unit beruniform dan taklimat

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Kami daripada setiap unit berkumpul di dewan al-Farabi untuk pembahagian unit beruniform.
Unit beruniform yang terlibat untuk pembahagian ialah Pengakap, Pandu Puteri Kadet (PPK)
dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Untuk Pengakap, ianya terdiri daripada unit
Sains 1, unit Sains 2 dan opsyen Pendidikan Agama Islam. Secara keseluruhannya,
Pengakap mempunyai ahli seramai 60 orang. Bagi unit beruniform PPK, ianya hanya
melibatkan siswa guru perempuan daripada unit TESL 1 dan unit TESL 2 sahaja manakala
siswa guru lelaki daripada kedua-dua unit tersebut memasuki unit beruniform BSMM
bersama-sama siswa guru opsyen Bahasa Melayu.

2.30 petang hingga 4.30 petang.


Setelah selesai pembahagian unit beruniform, setiap ahli unit beruniform perlu berkumpul
mengikut unit beruniform masing-masing. Untuk sesi pertama ini, taklimat serba sedikit
mengenai Pengakap dilakukan oleh jurulatih Pengakap IPGKDRI. Kemudian, kami
bersama-sama berbincang untuk melantik organisasi pengakap peringkat IPGKDRI ambilan
Jun 2017.

Rifleksi
Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari mengenai serba sedikit berkenaan dengan
unit beruniform Pengakap. Saya juga telah pelajari nilai kerjasama dan demokrasi ketika
pemilihan jawatankuasa organisasi Pengakap peringkat IPGKDRI ambilan Jun 2017.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITIUNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al- Farabi dan Dewan al-Farabi


TARIKH : 3/7/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 116 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 116 orang
AKTIVITI : Penyediaan slaid pembentangan

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Kami diberikan tugas oleh pensyarah untuk menyediakan slaid pembentangan mengenai
sejarah pertubuhan, organisasi antarabangsa dan kebangsaan, tugas dan perkara-perkara
penting mengenai Pengakap Antarabangsa dan Pengakap Malaysia. Tugasan diagihkan
mengikut kumpulan dan kami bersama-sama mencari maklumat mengani perkara-perkara
tersebut.

2,30 petang hingga 4,30 petang.


Kami meneruskan perbincangan dan pembuatan slaid pembentangan slaid bersama-sama
dalam kumpulan.

Rifleksi
Sepanjang perbincangan ini, saya serba sedikit mengenal Pengakap dengan lebih baik
serta secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan sesama rakan. Setiap orang dapat
melaksanakan tugas dengan baik sekali.
Ahli Pengakap

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi dan Dewan al-Farabi


TARIKH : 10/7/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 60 orang / 20 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 60 orang / 20 orang
AKTIVITI : Pembetangan slaid dan kompas

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Aktiviti dimulakan dengan istiadat pagi. Kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan
hasil perbincangan dan pencarian maklumat yang dilakukan minggu lepas.

2.30 petang hingga 4.30 petang.


Kami melalukan aktiviti luar iaitu membaca kompas. Namun begitu, sebelum aktiviti
berlmula, pensyarah memberikan maklumat dan latihan mengenai cara membaca dan
menggunakan kompas. Untuk melakukan akiviti ini, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan
yang terdiri daripada 4 orang. Setiap orang perlu membuat stesen masing-masing
kemudian kertas klu perlu ditulis bersama cabaran. Kemudian setiap kumpulan akan
melakukan stesen yang dibuat oleh kumpulan yang lain.

Rifleksi
Sewaktu melakukan aktiviti kompas, saya terlah belajar mengenai ketepatan kita dalam
melakukan sesuatu tugas. Kerjasama dan kepecayaan antara sesame ahli kumpulan turut
penting.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi, kawasan belakang Unit


Kokurikulum dan Dewan al-Farabi
TARIKH : 17/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 60 orang / 20 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 60 orang / 20 orang
AKTIVITI : Lagu persetiaan dan masakan rimba

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Aktivit dimulakan dengan istiadat pagi. Kemudian, kami telah belajar mengenai persetiaan
pengakap dan lagu pengakap. Kami melakukannya bersama-sama dengan dibimbing oleh
pensyarah.

2.30 petang hingga 4.30 petang.


Kami melaksanakan masakan rimba. Kami telah belajar cara memasak tanpa
menggunakan peralatan dapur yang sedia ada. Kami menggunakan kayu api untuk
memasak, menggunakan buluh untuk masa nasi dan macam-macam lagi. Disamping kami
melakukannya, pensyarah banyak memberitahu kami menganai teknik-teknik masakan
rimba alternatif yang lain.

Rifleksi
Saya mula menyedari akan kepayaan yang akan kita lalui sekiranya kita tersesat di dalam
hutan dan tiada peralatan untuk memasak. Namun begitu, dengan adanya ilmu masakan
rimba / ikhtiar hidup kita hanya perlu menggunakan persekitaran kita untuk memasak.
Kreativiti perlu ada di dalam diri dan jangan sesekali berputus asa.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi, gelanggang bola keranjang dan


Dewan al-Farabi.
TARIKH : 24/7/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 60 orang / 20 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 60 orang / 20 orang
AKTIVITI : Laung agung dan pertolongan cemas.

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Aktiviti dimulakan dengan istiadat pagi. Kemudian, pensyarah mengajarkan kami laung
agung. Dalam laung agung, akan ada akela yang duduk ditengah dan yang lain akan
mengelilinganya dalam bulatan.

2.30 petang hingga 4.30 petang.


Pensyarah mengajarkan kami asas pertolongan cemas. Kami belajar mengenai balutan
tangan, kepala, penyimpanan kain anduh dan ikatan buku sila untuk mengikat balutan.

Rifleksi
Semangat patriotik dan semangat berpasukan dapat dipupuk melalui aktiviti unit beruniform.
Selain itu, saya sedar bahawasanya pengetahuan asas pertolongan cemas amatlah penting
bukan sahaja ketika melakukan aktiviti luar kokurikulum manakala ketika sebarang situasi
kemalangan yang berlaku.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi, Kelas Opsyen PSV


TARIKH : 7/8/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 60 orang / 20 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 60 orang / 20 orang
AKTIVITI : Kawad kaki dan ikhtiar hidup

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Aktiviti dimulakan dengan istiadat pagi. Kemudian kami melakukan aktiviti latihan kawad
kaki. Kami belajar pergerakan asas kawad statik dan kawad dinamik.

2.30 petang hingga 4.30 petang.


Terdapat 17 ikatan dan simpulan namun begitu kami hanya sempat pelajari 7 ikatan sahaja
iaitu ikatan buku sila, ikatan manuk, ikatan silang, ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan
balak dan ikatan bunga getih. Setiap siswa guru diberikan tali untuk melakukan ikatan-katan
tersebut. Sebelum melakukannya, pensyarah menunjukkan cara ikatan tersebut dengan
begitu baik sekali langkah demi langkah agar semua siswa guru dapat melakukannya.

Rifleksi
Aktivit kawad kaki sememangnya dapat memupuk nilai disiplin di dalam diri serta
bekerjasama dalam pasukan. Kefahaman antara ahli perlu ada agar pergerakan kawad kaki
adalah sama. Sebagai seorang ketua yang menharahkan kawad, suara perlulah lantang
agar dapat didengari oleh orang yang berkawad. Seterusnya, belajar ikatan tali amat
penting dalam ikhtiar hidup dan pembuatan gajet. Mempelajarinya agak susah kerana perlu
menghafal cara ikatan dan simpulannya namun begitu, dengan latihan yang kerap, ianya
akan menjadi mudah.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi, Kelas Unit Sains 1 dan Dewan


al-Farabi
TARIKH : 18/9/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 20 orang / 116 0rang
BILANGAN KESELURUHAN : 20 orang / 116 orang
AKTIVITI : Persiapan dan Persembahan Pertandingan Malam
Kebudayaan

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Aktiviti dimulakan dengan istiadat pagi. Setiap unit/opsyen perlu melakukan persembahan
malam kebudayaan dan akan dipertandingkan pada sesi petang. Maka kami diarahkan
untuk melakukan persediaan di kelas masing-masing. Pembahagian watak, lagu, jalan
cerita dan muzik latar dirancang dalam kalangan ahli unit di kelas unit Sains 1.

2.30 pagi hingga 4.30 pagi.


Persembahan pertandingan malam kebudayaan dilakukan di Dewan al-Farabi. Semua
unit/opsyen melakukan persembahan dengan begitu baik sekali. Tempat pertama
dimenangi oleh unit Sains 2, tempat kedua dirangkul oleh unit Sains 1 dan tempat ketiga
jatuh kepada unit TESL 2.

Rifleksi
Melakukan persembahan tersebut merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan.
Kerjasama dan komitmen oleh semua orang yang terlibat benar-benar mendatangkan hasil.
Saya berasa bangga dan gembira apabila unit saya berjaya merangkul naib juara.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM

TEMPAT : Parkir al-Farabi, Dewan al-Farabi


TARIKH : 25/9/2018
MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg / 2.30 ptg hingga 4.30 ptg
BILANGAN TERLIBAT : 116 orang / 30 orang
BILANGAN KESELURUHAN : 116 orang / 30 orang
AKTIVITI : Taklimat perkhemahan unit beruniform

Laporan

8.00 pagi hingga 10.00 pagi


Aktiviti dimulakan dengan istiadat pagi. Pensyarah memberikan taklimat mengenai
perkhemahan unit beruniform yang bakal diadakan di Kem Tebu View, Besut. Kami
berbincang mengenai persediaan dan pengkemasan ahli-ahli jawatankuasa program.
Selain itu, setiap AJK perlu berbincang mengenai bidang tugas mereka.

2.30 petang hingga 4.20 petang.


Taklimat berkaitan perkhemahan diteruskan. Kemudian, diarahkan setiap unit beruniform
akan menjadi satu subkem melainkan Pengakap yang perlu dibahagi kepada 2 subkem.
Setelah diagihkan, Pengakap 1- subkem 1. Pengakap 2- subkem 2, Bulan Sabit Merah
Malaysia- subkem 3 dan Pandu Puteri Kadet- subkem 4. Kemudian kami berkumpul dalam
setiap subkem masing-masing bagi melantik ketua dan penolong ketua subkem serta
berbincang mengenai agihan tugas dan perancangan.

Rifleksi
Persediaan yang rapi perlulah dilaksanakan untuk menghadapi perkhemahan unit
beruniform. Disamping itu, kerjasama dan komitmen dalam subkem amat penting untuk
merancang dan agihan tugas. Kita perlu berani bersuara dalam memberikan idea dan
maklumat.

Ahli Pengakap

…………………..…………………….
(AMIRUL SYAFIQ B MUHAMAD NOR)
KAWAD KAKI PENGAKAP

SEJARAH KAWAD KAKI


Bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke -14.
Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-an dan di Singapura
pada tahun 1800-an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad.

ASAS PERBARISAN
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam
patrolnya sendiri.
Mereka perlu sentiasa berlatih melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.

JENIS KAWAD KAKI


Kawad jenazah
Kawad kawalan kehormat
Kawad tongkat ken (pegawai),
Kawad tongkat
Kawad kaki.

Sementara dari segi pergerakan :


Kawad statik
Kawad dinamik.
Arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat.
Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.

DEFINISI
Dewan bahasa : Berbaris dan berjalan dengan sama rentaknya
Bahasa : Latihan badan atau bersenam

Masuk Baris
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….

1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,

1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,

1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,


2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,

1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,


2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,

1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,


1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’.
Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan
lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.

Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan


Penanda barisan berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan
pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan,
kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke
tanah.
Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan
kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan
barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus.
Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan
diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan
serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan
hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut
arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung
kaki kiri.

Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua
langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang.
Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.

Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Apabila
mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya,
hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam
keadaan sedia semula.

Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang
membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan
yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.

Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak
3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap,
bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Objektif
Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatertib cergas dan taat setia
(menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas dan
perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki
berkali-kali.
Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad
sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi
untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pa

You might also like