You are on page 1of 4

Manual Penggunaan

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : 1

Tema / Tajuk
Teknologi dan Kehidupan Lestari / Teknologi

Standard Kandungan
10.1 Binaan daripada bentuk bongkah asas.

Standard Pembelajaran :
10.1.1 Mengenalpasti bentuk asas iaitu segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat dan
bulatan.
10.1.2 Mengenalpasti bongkah bentuk asas seperti kubus, kuboid, pyramid, silinder, prisma
dan kon.
10.1.3 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan bongkah bentuk asas.

Standard Prestasi
1. Menyatakan bentuk asas iaitu segi tiga, segi empat tepat, segi empat sama dan
bulatan.
2. Mengenalpasti bongkah iaitu kubus, kuboid, pyramid, silinder, kon dan prisma.
3. Membina objek atau struktur menggunakan bentuk asas dan bongkah.

Objektif
Model bentuk 2D DAN 3D ini bertujuan:
1. Memudahkan murid untuk mengenal bentuk-bentuk asas dan bongkah asas seperti
yang dinyata di dalam standard pembelajaran.
2. Mampu membentuk model binaan dengan menggunakan bentuk-bentuk asas dan
bongkah asas seperti yang dinyatakan di dalam standard pembelajaran.
3. Bermain secara kreatif dengan model-model 2D dan 3D berkenaan.
Kos Penyediaan

Bil Bahan Kos Catatan

1. Kotak - Bahan kitar semula

2. Kertas warna RM5.65

Boleh diambil dari bahan


3. Batang asikrim RM2.65
kitar semula

Jumlah : RM8.30

Manual Penggunaan
Guru-guru boleh menggunakan model ini secara mengikut kesesuaian dan kehendak yang
diingini. Namun secara ringkasnya, penggunan kit ini adalah seperti berikut:
1. Pertama sekali, guru-guru akan memperkanalkan bentuk-bentuk asas dan bongkah-
bongkah asas dengan menggunakan model atau juga dibantu sumber yang lain.
2. Setelah murid mendapat kefahaman, guru-guru akan memberikan kad yang terdapat
pada Kit Mengenal Bentuk 2D dan 3D ini.
3. Murid akan melaksanakan arahan yang terdapat pada kad-kad tersebut.
4. Akhir sekali, murid akan diberi peluang untuk membina rumah idaman mereka dengan
menggunakan bongkah-bongkah asas yang tersedia.
*Penggunaan model ini boleh dilaksanakan secara individu ataupun kumpulan.

Kelebihan
Penggunaan kit ini dapat memberikan informasi yang jelas kepada pelajar berkenaan bentuk-
bentuk asas dan bongkah-bongkah asas kerana ianya mempamerkan bentuk model yang
konkrit. Disamping itu, mereka diperi peluang untuk meneroka sendiri model-model binaan
dengan membinanya berdasarkan contoh yang diberi dan menggunakan kreativiti masing-
masing. Aktiviti ini seiring dengan pengaplikasian STEM iaitu unsur engineering atau
kejurteraan. Yang terakhir sekali adalah kit ini bkan sahaja berpusatkan guru malah
berpusatkan pelajar juga.
Penutup
Kit Mengenal Bentuk 2D dan 3D sangatlah berguna untuk mewujudkan suasana
pembelajaran abad ke-21 dan memacu daya kreativiti murid-murid. Dengan menggunakan
kit ini juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan
kerana ianya melibatkan penglibatan murid-murid.

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah
(KSSR) Dunia Sains dan TeknologiTahun 1. Selangor: Kementerian Pengajaran
Malaysia.

You might also like