You are on page 1of 2

Model-model reka bentuk pengajaran :

a) Model ADDIE (berorientasikan produk) : Model ini telah diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
Ianya merupakan garis panduan bagi membina perisian dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut keperluan. Model ini mempunya lima fasa iaitu A- Analysis, D- Design,
D- Development, I- Implementation dan E- Evaluation. Pada fasa Analysis (analisis), ianya
me;ibatkan proses mengenalpasti masalah yang ingi diselesaikan serta mencari faktor dan punca
kepada masalah tersebut. Aspek analisis yang perlu dibuat ialah analisis terhadap pengguna, analisis
terhadap persekitaran dan pembelajaran dan kenalpasti matlamat pengajaran. Kemudian fasa
Design (reka bentuk). Ianyamerupakan fasa yang memberik gambaran keseluruhan mengenai reka
bentuk pengajaran, media apayang diperlukan, struktur, pendekatan teori dan penggunaan
teknologi. Ianya merupakan strategi yang amat penting bagi peringkat pembangunan reka bentuk
pengajaran. Ianya juga melibatkan proses-proses seperti pembentukan objektif, pembinaan item
ujian dan pembinaan strategi pengajaran. Seterusnya fasa Development (pembangunan) yang
melibatkan pembinaan sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang
terpilih berdasarkan keperluan. Selepas itu, fasa Implementation (pelaksanaan). Pada peringkat ini,
bahan pengajaran yang telah dihasilkan digunakan kepada pengguna dalam keadaan yang sebenar.
Akhir sekali, fasa Evaluation (penilaian) dimana melibatkan penilaian formatif dan sumatif. Penilaian
formatif ini dilakukan bagi setiap fasa dalam proses ADDIE manakala penilaian sumatif merupakan
pengujian spesifik yang memerlukan maklumbalas pengguna.

b) Model ASSURE (berorientasikan bilik darjah) : Terdapat enam fasa iaitu fasa Analyze learner, fasa
State Objectives, fasa Select Methods, media and materials, fasa Utilyze Media and Materials, fasa
Require Learner Participation dan Fasa Evaluate and Revise. Bagi fasa Analyzer Learner (analisis
pelajar), pengenalpastian keperluan setiap pelajar di dalam kelas dilaksanakan agar da[at dapat
memilih sumber dan media yang wajar bagimencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Aspek-
aspek analisis adalah seperti ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan sedia ada pelajar dan gaya belajar.
Bagi fasa State objectives (menyatakan objektif) ialah menyatakan pernyataan yang spesifik bagi
tentang kebolehan atau prestasi pelajar selepas mengikuti pelajaran. Objektif bukan sahaja
menyatakan prestasi sebenar namun prestasi cadangan juga. Obektif perlu dibentuk dengan jelas
dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan. Seterusnya fasa Select Methods, Materials and Media
(memilih metod, bahan dan media). Bagi pemilihan komponen-komponen ini, terdapat beberapa
perkara yang memainkan peranan iaitu ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners), bentuk
objektif (the nature of the objectives), pendekatan pengajaran ( the instructional approach), dan
kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation). Setiap bahan yang
dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif dan boleh diubahsuai mengikut
keperluanberdasarkan objektif. Kemudian fasa Utilyze Materials and Media (menggunakan bahan
dan media) ialah guru memanfaatkan dan menggunakan bahan dan media yang ada dengan
menyemak/pratonton bahan sebelum digunakan dalam kelas, sediakan bahan yang perlu digunakan
di dalam kelas dan sediakan persekitaran yang sesuai bagi memastikan kelancaran dan kejayaan
penggunaannya. Selepas itu, fasa Require Learner Participation (memerlukanpenglibatan pelajar).
Suasana pembelajaran perlulah aktif dan bahan-bahan seperti media dan sebagainya perlulah
berpusatkan pelajar. Fasa yang terakhir ialah Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula).
Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.
c) Model Dick & Carrey (berorientasikan sistem) : model rekabentuk instruksi yang menggunakan
pendekatan sistematik. Ianya membina dan memilih bahan pengajaran yang memenuhi keperluan
pengajaran dan pembelajaran. Bagi membina bahan pengajaran, ianya bergantung kepada objektif
Manakala pemilihan bahan pengajaran bergantung kepada situasi dan kaedah pengajaran,
pengetahuan sedia ada, objektif domain pembelajaran dan media yang akan digunakan.

You might also like