You are on page 1of 1

Model-model reka bentuk pengajaran :

a) Model ADDIE (berorientasikan produk) : Model ini telah diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
Ianya merupakan garis panduan bagi membina perisian dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut keperluan. Model ini mempunya lima fasa iaitu A- Analysis, D- Design,
D- Development, I- Implementation dan E- Evaluation. Pada fasa Analysis (analisis), ianya
me;ibatkan proses mengenalpasti masalah yang ingi diselesaikan serta mencari faktor dan punca
kepada masalah tersebut. Aspek analisis yang perlu dibuat ialah analisis terhadap pengguna, analisis
terhadap persekitaran dan pembelajaran dan kenalpasti matlamat pengajaran. Kemudian fasa
Design (reka bentuk). Ianyamerupakan fasa yang memberik gambaran keseluruhan mengenai reka
bentuk pengajaran, media apayang diperlukan, struktur, pendekatan teori dan penggunaan
teknologi. Ianya merupakan strategi yang amat penting bagi peringkat pembangunan reka bentuk
pengajaran. Ianya juga melibatkan proses-proses seperti pembentukan objektif, pembinaan item
ujian dan pembinaan strategi pengajaran. Seterusnya fasa Development (pembangunan) yang
melibatkan pembinaan sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang
terpilih berdasarkan keperluan. Selepas itu, fasa Implementation (pelaksanaan). Pada peringkat ini,
bahan pengajaran yang telah dihasilkan digunakan kepada pengguna dalam keadaan yang sebenar.
Akhir sekali, fasa Evaluation (penilaian) dimana melibatkan penilaian formatif dan sumatif. Penilaian
formatif ini dilakukan bagi setiap fasa dalam proses ADDIE manakala penilaian sumatif merupakan
pengujian spesifik yang memerlukan maklumbalas pengguna.

b) Model ASSURE (berorientasikan bilik darjah) : Terdapat enam fasa iaitu fasa Analyze learner, fasa
State Objectives, fasa Select methods, media and materials, fasa Utilyze media and materials, fasa

c) Model Dick & Carrey (berorientasikan sistem)

You might also like