You are on page 1of 3

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SESI 2019/ 2020
1. PROGRAM DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:-

a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester

i. Jurusan Sains
ii. Jurusan Kejuruteraan
iii. Jurusan Perakaunan
iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

2.1 Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019.
2.2 Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.

a. Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran
sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata
pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/
Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil
mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional

3. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA SEMESTER
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018:

Jurusan Sains
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia
C Fizik atau Biologi
Lulus Sejarah

Jurusan Kejuruteraan
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Fizik
C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah
Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Kimia
Lulus Sejarah

Jurusan Perakaunan
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
C Matematik Tambahan
C dalam dua daripada mata pelajaran berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Sejarah

Jurusan Perakaunan Profesional

C Bahasa Melayu
A Bahasa Inggeris
A Matematik
C Matematik Tambahan
A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lulus Sejarah
4. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM EMPAT SEMESTER
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018

Jurusan Sains
a. Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris
b. Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer
c. Lulus Sejarah

5. CARA PERMOHONAN

Permohonan Melalui Internet

a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau
dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018
dengan Lembaga Peperiksaan (LP).
b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018
dengan LP.
iii. No. Pin 5 digit.
c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun
GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau
pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.
e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No.
Pin. untuk membuat permohonan.
f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit
Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang
matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.
h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.
i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti
penghantaran.
j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

6. SEMAKAN

a. Pemohon boleh mengemas kini maklumat pada awal Februari 2019.

b. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman
rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.

You might also like