You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT ‘CONTACT TIME’ 2016

BIL 7 / 2016
TARIKH :09.05.2016
MASA : 1.45 ptg
TEMPAT : Bilik Gerakan

BIL NAMA GURU KEHADIRAN

1. En.R.P.Jayagopallan (Guru Besar) /

2. (PK Pentadbiran) x

3. Pn.A.Jothee (PK HEM) /

4. En.M.Murugesu ( PK Kokurikulum) /

5. Pn.S.Vashanti /

6. Pn.R.Rushini /

7. En.S.Narasimha Rao /

8. Pn.S.Banumathi /

9. En.Sri SanjayKumar X

10. Cik.C.Danaletchmy /

11. En.S.Kumaran /

12. Pn.N.Kanagaswari /

13. Pn. N.Priya /

14. Pn.S.Devagi /

15. Cik.S.Mangkalanayage /

16. Pn.Panimalar /

17. Pn.S.Tiba /

18. En.B.Madavan Nair /

19. Pn.P.Navamathi /

20. Pn.G.Perianayakam

21. Pn.M.Rany /

22. Cik.D.Raajeswary /
23. En.N.Sivanasvaran /

24. Pn.N.Girija /

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Guru besar mengalu – alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali ke -7 ini.

2.0 Ucapan Guru Besar


2.1 Guru Besar En.R.P Jayagopallan memberitahu bahawa Perkhemahan Unit
Beruniform peringkat Daerah akan diadakan pada 5,6 dan 7 ogos 2016 di Pusat
Kokurikulum PPD lama.
2.2 Public Speaking pula diadakan pada 25 mei 2016.
2.3 Hari Guru peringkat sekolah akan disambut pada 16.5.2016.
2.4 Hari Guru peringkat daerah pula akan diraikan pada 19.5.2016.
2.5 Lawatan Sekolah bagi murid murid tahap 1 ke P.Pinang pada 18.6.2016.
2.6 Pertandingan Catur peringkat daerah akan diadakan pada 10 – 11 Mei 2016.
2.7 Selain itu, Guru Besar juga memberitahu bahawa mesyuarat Koperasi guru-guru
Perak akan diadakan pada 19.6.2016.
2.8 Guru Bear turut , memberitahu bahawa pentas dan tapak perhimpunan akan
dibinakan dengan kadar yang segera. Bukan sahaja itu, tempat menunggu ibubapa
juga akan disiapkan.
2.9 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada EN.Siva kerana mencari
sumbangan “water dispenser” bernilai RM 1200.
2.10 Guru Besar turut berterima kasih kepada Cik.S.Mangala kerana mencari
sumbangan untuk membeli buku latihan sebanyak 30 naskah untuk murid tahun 6.
2.11 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada para pemenang “science fair” .
2.12 Guru Besar mengucapkan terimakasih kepada En.M.Murugesu yang mencari
sponser sebanyak RM 270 untuk projek kepong.
2.13 Beliau juga berterimakasih kepada semua guru-guru yang membantu menjayakan
program kepong.

Tindakan Semua guru


3.0 Taklimat PBPPP

3.1 Guru Besar memberi taklimat tentang PBPPP kepada semua guru.

3.2 Beliau juga mengumumkan Ahli Jawatakuasa seperti dibawah

Pengerusi : En.R.P.Jayagopallan
Naib Pengerusi : PK Pentadbiran
Pn.A.Jothee
En.M.Murugesu
AJK : PN.N.Kanagaswari
Pegawai Pentadbir

3.3 Semua fail PBPPP perlu dikemaskini sebelum penilaian pertama iaitu 30 jun 2016.
Penilaian kedua pula akan diadakan pada 1 oktober 2016.

Tindakan Semua Guru

4.0 Minit Mesyuarat

4.1 Guru Besar meminta semua Ketua Panitia menyediakan minit mesyuarat dan
analisis ujian.
Tindakan Ketua Panitia
5.0 Pakaian
5.1 Guru Besar memberitahu bahawa guru-guru hanya dibenarkan memakai baju PJ
sekiranya ada subjek PJ pada hari tersebut.
5.2 Sekiaranya ada KOKO,para guru diminta menyalin baju PJ semasa KOKO
` Tindakan Semua Guru

6.0 Kelas Yoga


6.1 Guru Besar memberitahu bahawa kelas yoga akan diadakan di Kuil Sri
Mahakaliamman pada 21.5.2016. Beliau diminta semua pelajar mengambil bahagian.

7.0 Program Kepong


7.1 Program Kepong untuk tahun 6 akan diadakan pada 30 mei hingga 10 jun 2016
7.2 Sebanyak 7 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam program ini.
7.3 Kos makanan akan disumbangankan oleh para guru, bekas murid ,ahli PIBG dan
ibubapa.

Disahkan oleh,
Disediakan oleh,
______________________________
_________________________ EN.R.P.JAYAGOPALLAN

TIBA SUPRAMANIAM GURU BESAR

You might also like