You are on page 1of 40

PEMERDAGANGAN

MANUSIA
“ TA

9
Malaysia, bersama-sama negara Asean yang lain At
menyedari agenda keselamatan sejagat tidak lagi
Pe
terbatas kepada isu-isu keselamatan tradisional sahaja. Ia
meluas sehingga meliputi isu-isu seperti pemerdagangan M
manusia dan usaha ke arah pembenterasan perlu An
Ke
dilakukan segera kerana ia memberi implikasi teruk
kepada soal keselamatan. Statistik menunjukkan
kira-kira 2.7 juta orang. Kebanyakkan wanita dan
kanak-kanak terbabit dalam kes pemerdagangan
“ Ar
Pu
62
manusia di seluruh dunia setiap tahun. M
YAB.DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
Ucapan Hubungan Malaysia-AS : Melihat Tunggak-tunggak Utama ke
Arah Kerjasama di majlis anjuran bersama CSIS dan Institut Pengajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Washington, 16 April 2010
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
TALIAN BANTUAN

999
Atau
Pejabat Strategik Nasional (NSO)
Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran ( MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 7, Blok D2, Kompleks D
Editor
Pusat Pentadbiran Kerajaan :
Persekutuan
62546 Putrajaya Wan Abdul Halim Yaakob
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Malaysia

= +603-8886Sumber
3015 & Rujukan :
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
= +603-8889 1716 Migran (MAPO)
= www.moha.gov.my
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
= Against
PEMIKIR Human Trafficking
- Pemerdagangan Manusia & Smuggling
Gugat of -
Keselamatan
Migrant Julai-September 2011
- 35 -
Isi Kandungan

Muka Surat
PENGENALAN 1
BANTERAS PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN
4
PENYELUDUPAN MIGRAN
DEFINISI MENGIKUT PERUNDANGAN 7
FUNGSI DAN KUASA MAJLIS 10
JADUAL KESALAHAN-KESALAHAN
13
PEMERDAGANGAN MANUSIA
KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA 15
BENTUK-BENTUK PEMERDAGANGAN
18
MANUSIA
TIP MENGELAK MENJADI MANGSA 21
STATISTIK 22
ANCAMAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DI
24
MALAYSIA
USAHA-USAHA MALAYSIA MENGATASI ISU
28
PEMERDAGANGAN MANUSIA
KESIMPULAN 30
KERATAN AKHBAR 32
TALIAN BANTUAN 35
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
PENGENALAN

Masalah pemerdagangan manusia bukanlah suatu perkara


baru. Ia menjadi satu bentuk ancaman yang mampu menggugat
keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara. Isu ini mampu
menjadi satu jenayah yang cepat berkembang dan bergerak
aktif di serata dunia.

-1-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan
secara kasar lebih kurang 700,000 hingga empat juta wanita
dan kanak-kanak didagangkan setiap tahun. Manakala The
International Labour Organization (ILO) menganggarkan
seramai 12.3 juta manusia di seluruh dunia adalah buruh
paksaan. Malah NGO Free the Slaves menganggarkan bahawa
terdapat 27 juta hamba di seluruh dunia pada ketika ini.

Secara umumnya, hampir kesemua negara di dunia ini terlibat


dalam aktiviti ini sama ada berperanan sebagai negara
asal (sumber), negara transit atau negara destinasi. Tidak
keterlaluan jenayah terancang ini menduduki tangga ketiga
terbesar di dunia yang memberi keuntungan selepas dadah
dan senjata api.

Terdapat beberapa cabaran dalam menangani aktiviti ini.


Antaranya ialah perbezaan kedaulatan dan undang-undang
yang mana setiap negara mempunyai kedaulatan dan sistem
perundangan yang berbeza. Apabila seseorang mangsa jenayah
ini dibawa keluar merentasi sempadan negara asalnya maka
kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan mangsa mendapati
sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kerana masih
-2-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
terdapat negara yang tidak mempunyai undang-undang
antipemerdagangan manusia.

Selain itu, ada di antara mangsa yang berjaya diselamatkan


tidak mahu memberikan maklumat tepat mengenai diri dan
negara asalnya apabila disoal siasat. Terdapat juga faktor lain
dalam menangani cabaran ini antaranya kerana kurangnya
pengetahuan mengenai isu. Kebanyakan masyarakat di dunia
tidak terdedah kepada maklumat yang tepat mengenai jenayah
ini. Cabaran lain adalah tiadanya keseragaman tindakan
undang-undang di antara negara-negara asal (sumber), negara
transit dan negara yang menjadi destinasi. Cabaran ini adalah
suatu realiti yang dihadapi di peringkat antarabangsa kerana
adanya perbezaan undang-undang dan juga kedaulatan.

-3-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
BANTERAS PEMERDAGANGAN
MANUSIA DAN PENYELUDUPAN
MIGRAN

Pemerdagangan Manusia
Segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau
pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui
paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut,
memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima
seseorang bagi tujuan eksploitasi. Eksploitasi termasuklah
segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa,
perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan,
pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-
undang atau pemindahan organ manusia (Seksyen 2 Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
2017).

-4-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Penyeludupan Migran
“penyeludupan migran” ertinya:

(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung


atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak
sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang
secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang
itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama
ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang
itu adalah tidak sah; dan

(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan,


melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau
perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang
disebut dalam perenggan (a).

-5-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Perbezaan Pemerdagangan Orang dan
Penyeludupan Migran
PEMERDAGANGAN ORANG vs PENYELUDUPAN MIGRAN
PEMERDAGANGAN PENYELUDUPAN
ORANG MIGRAN
Eksploitasi Persetujuan
Kebenaran /
(elemen paksa, penipuan, (tiada paksaan, penipuan,
Persetujuan
penghambaan) penghambaan)
Elemen Rentas Tanpa / Melibatkan Rentas Sempadan
Sempadan Rentas Sempadan (dengan cara tidak sah)
Orang yang Migran yang diseludup
Mangsa vs.
diperdagangkan adalah dianggap bersubahat
Pesalah
‘MANGSA’ dengan sindiket
Bentuk Kesalahan melanggar hak Kesalahan melibatkan
Kesalahan asasi manusia perundangan imigresen
Dokumen UN Protocol to Prevent UN Protocol Against
/ Protokol Suppress and Punish Smuggling of Migrant by
Rujukan Trafficking in Persons Land, Sea and Air

-6-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
DEFINISI MENGIKUT PERUNDANGAN
SUMBER
Negara di mana orang yang didagangkan itu
NEGARA berasal. Ia menjadi tumpuan sindiket untuk
mencari individu atau kumpulan manusia yang
akan menjadi mangsa mereka

TRANSIT DESTINASI
Negara yang digunakan sebagai laluan Negara penerima atau Negara
oleh sindiket untuk membawa mangsa yang dituju oleh sindiket untuk
mereka sebelum tiba ke negara destinasi. membawa mangsa mereka.
Ia sama ada menggunakan jalan darat, laut
mahupun udara.

Apakah Kaedah Atau Laluan Yang Digunakan ?

UDARA LAUT DARAT

AKTIVITI
• Perekrutan 3 Elemen
• Pengangkutan
• Pemindahan Dalam
• Perlindungan Pemerdagangan
• Penerimaan Orang

CARA
• Ancaman
• Paksaan/Kekerasan
• Pemelarian
TUJUAN
• Perdayaan
• Pemalsuan Dokumen • Eksploitasi Seks/Pelacur
• Penculikan • Perhambaan
• Penipuan • Pengabdian
• Penyalahgunaan Kuasa • Pemindahan Organ
• Memberi/Menerima Bayaran • Kerja/Perkhidmatan Paksa

-7-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
ATIPSOM 2007 yang berkuat kuasa pada 28 Februari 2008
adalah merupakan perundangan domestik yang khusus bagi
menangani jenayah pemerdagangan orang. Akta ini telah
memperuntukkan penubuhan Majlis Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang melibatkan
penyertaan pelbagai Kementerian / Jabatan termasuk wakil-
wakil daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri (KDN). Akta ini dilengkapi dengan Pelan Tindakan
Kebangsaan Pemerdagangan Orang 2010-2015 yang
dilancarkan pada 31 Mac 2010.

Majlis Antipemerdagangan Orang dan


Antipenyeludupan Migran (MAPO)
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
-8-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Dalam Negeri yang mana antara tanggungjawab utama yang
ditetapkan di bawah Seksyen 7, Akta Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ialah menyelaraskan
perlaksanaan Akta dan merumuskan dasar dan program bagi
mencegah dan menghapuskan pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran. Ahli-ahli Majlis adalah terdiri daripada:

• Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri;


• Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri;
• Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat;
• Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia;
• Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;
• Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia;
• Peguam Negara Malaysia;
• Ketua Polis Negara;
• Ketua Pengarah Imigresen;
• Ketua Pengarah Kastam;
• Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
• Setiausaha - Kementerian Dalam Negeri; dan
• Lima (5) wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
atau organisasi lain yang berkaitan.
-9-
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
FUNGSI DAN KUASA MAJLIS
1. Menyelaraskan perlaksanaan Akta Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007;
2. Merumus dasar dan program untuk mencegah dan
memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan
migran;
3. Merumuskan program perlindungan untuk orang yang
diperdagangkan;
4. Memulakan program pendidikan untuk meningkatkan
kesedaran awam terhadap punca dan akibat perbuatan
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
5. Memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia bagi
bukti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan
mendapatkan respons segera daripada agensi kerajaan
berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan tentang masalah
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang
dibawa kepada perhatiannya;
6. Menasihati Kerajaan mengenai isu pemerdagangan orang
dan penyeludupan migran termasuk perkembangan di
peringkat antarabangsa terhadap perbuatan pemerdagangan
orang dan penyeludupan migran;
- 10 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
7. Membuat syor kepada Menteri tentang segala aspek
mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran;
8. Menyelaraskan perumusan dasar dan memantau
pelaksanaan dasar sedemikian ke atas isu-isu
pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan
agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan
kerajaan;
9. Bekerjasama dan menyelaraskan dengan kerajaan dan
organisasi antarabangsa mengenai pemerdagangan orang
dan penyeludupan migran;
10. Mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat,
dan memberikan kebenaran bagi penyelidikan, berhubung
dengan mencegah dan memerangi pemerdagangan orang
dan penyeludupan migran; dan
11. Melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan Akta ini
dengan sewajarnya.

- 11 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Jawatankuasa-Jawatankuasa
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
dibantu oleh lima (5) buah jawatankuasa yang berfungsi untuk
menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan mengikut
bidang kuasa masing-masing. Lima (5) buah jawatankuasa
yang dimaksudkan ini adalah terdiri daripada:

a. Jawatankuasa Perundangan yang diketuai oleh Jabatan


Peguam Negara;
b. Jawatankuasa Penguatkuasaan diketuai oleh Polis DiRaja
Malaysia;
c. Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa yang
diketuai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat;
d. Jawatankuasa Media dan Publisiti diketuai oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Komunikasi dan
Kebudayaan; dan
e. Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh
diketuai oleh Kementerian Sumber Manusia.

- 12 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
JADUAL KESALAHAN-KESALAHAN
PEMERDAGANGAN MANUSIA
SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
Memperdagangkan orang yang Apabila disabitkan, hukuman
bukan merupakan seorang penjara tidak lebih lima
12
kanak-kanak bagi maksud belas (15) tahun dan boleh
ekploitasi. dikenakan denda.
Memperdagangkan orang yang
bukan merupakan seorang
kanak-kanak bagi maksud
ekploitasi dengan satu atau lebih
cara berikut:
a. Ancaman;
Apabila disabitkan, hukuman
b. Penggunaan kekerasan atau
penjara tidak kurang tiga (3)
bentuk paksaan yang lain;
13 tahun tetapi tidak melebihi
c. Pemelarian;
dua puluh (20) tahun dan
d. Fraud;
boleh dikenakan denda.
e. Perdayaan;
f. Penyalahgunaan kuasa;
g. Penyalahgunaan kedudukan
orang yang mudah
terdedah kepada perbuatan
pemerdagangan orang; atau

- 13 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
h. Pemberian atau penerimaan
bayaran atau faedah untuk
memperolehi kerelaan
seseorang yang mempunyai
kawalan ke atas orang yang
diperdagangkan.
Apabila disabitkan, hukuman
Memperdagangkan orang yang penjara tidak kurang tiga (3)
14 merupakan seorang kanak- tahun tetapi tidak melebih
kanak, bagi maksud ekploitasi. dua puluh (20) tahun dan
boleh dikenakan denda.
Apabila disabitkan, hukuman
penjara tidak lebih lima
belas (15) tahun dan boleh
Kesalahan mendapatkan
dikenakan denda lima ratus
keuntungan daripada
15 ribu ringgit tetapi tidak
pengekploitasi orang yang
melebihi satu juta ringgit dan
diperdagangkan.
boleh juga dilucuthakkan
keuntungan daripada
kesalahan itu.
Kesalahan membawa
dalam transit orang yang Apabila disabitkan, hukuman
diperdagangkan melalui Malaysia penjara tidak lebih tujuh (7)
15A
(darat, laut dan udara) atau tahun dan boleh dikenakan
mengatur atau memudahkan denda.
perbuatan itu dilakukan
- 14 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA

Kesan Terhadap Manusia


Kebanyakan mangsa akan mengalami trauma dan perasaan
takut selain kesan psikologi yang mendalam. Perasaan takut
akan mempengaruhi diri mereka walau pun mereka telah
bebas dari menjadi hamba kepada kegiatan ini. Penderaan
emosi dan fizikal akan meninggalkan kesan mendalam dan
mempengaruhi masa depan mereka. Terdapat juga mangsa
yang mengalami kecederaan fizikal dan masalah kesihatan.

Kesan Terhadap Keluarga


Institusi keluarga mangsa akan berhadapan risiko kehilangan
ahli keluarga kerana diperdaya atau diculik sehingga menjadi
mangsa penjualan haram manusia semata-mata bagi mencari
nafkah hidup. Secara tidak langsung keluarga mangsa tidak
dapat meneruskan kehidupan berkeluarga seperti keluarga
yang normal.

- 15 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Kesan Terhadap Masyarakat
Melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang
rendah dan tidak seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Ini akan merencatkan pembangunan sahsiah masyarakat
dan melahirkan golongan yang tidak prihatin seterusnya
menggalakkan kemunduran dan menyekat pembangunan.

Kesan Terhadap Ekonomi


Kerajaan memperuntukkan kewangan yang besar bagi
tujuan pencegahan, kesedaran pendakwaan, pendidikan
dan penyediaan tempat perlindungan mangsa. Selain itu kes
rasuah juga meningkat dan hasil negara berkurangan kerana
pengiriman wang ke luar negara dan ini menyebabkan kerugian
hasil pungutan cukai.

Kesan Terhadap Negara


Isu bagi jenayah pemerdagangan manusia ini akan memberi
kesan yang negatif terhadap imej sesebuah negara yang
- 16 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
terlibat. Lazimnya jika terdapat laporan yang dibuat oleh negara
luar, laporan ini akan mempengaruhi persepsi masyarakat
antarabangsa terhadap negara tersebut dan menyebabkan
kerugian dari segi ekonomi dan menjejaskan hubungan dua
hala negara tersebut dengan negara luar.

- 17 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
BENTUK-BENTUK PEMERDAGANGAN
MANUSIA

Eksploitasi Seks
Eksploitasi seks adalah jenayah yang paling kerap berlaku dalam
pemerdagangan manusia. Mangsa biasanya dijanjikan pekerjaan
yang bergaji lumayan dan dibawa masuk ke sesebuah negara
secara sah atau diseludup secara haram. Namun akhirnya,
mangsa diperdaya dan dipaksa melacurkan diri. Mereka dikawal
ketat dan seringkali turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Buruh Terikat
Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja
melampaui keupayaan dan sekiranya menolak akan diugut
diserahkan kepada pihak bekuasa. Mangsa akan dimanipulasi
sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat malah ada
yang didera dan tidak dibayar gaji.
- 18 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Pengabdian Domestik Secara Paksa
Mangsa ialah pekerja-pekerja domestik yang dipaksa bekerja di
tempat yang tidak formal dan tidak dibenarkan bekerja dengan
pekerja lain. Migran asing biasanya wanita dan kanak-kanak
direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti
Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita
dipaksa atau diarahkan bekerja sebagai pembantu rumah
dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh
atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara
maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan
Malaysia.

Penjualan Organ
Penjualan organ merupakan salah satu dari aktiviti
pemerdagangan orang. Kebanyakannya diperolehi dari
negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara
mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang
diseludup secara haram. Ia memberi pulangan atau keuntungan
lumayan di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian
- 19 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus
dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin
berasal dari pasaran gelap.

Pemerdagangan Bayi
Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan
yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (Contohnya
di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000.00 hingga
RM20,000.00 seorang) Bayi yang diperdagangkan biasanya
diculik atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang teribat
degan sendiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam
pasaran gelap.

- 20 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
TIP MENGELAK MENJADI MANGSA
* Pastikan anda mendapat surat tawaran pekerjaan yang
rasmi.
* Fahami kontrak pekerjaan yang ditawarkan kepada anda.
* Pastikan anda ditawarkan gaji yang setimpal dengan skop
yang ditawarkan.
* Pastikan syarikat/agensi yang menawarkan pekerjaan
adalah berdaftar dan berhak menawarkan pekerjaan.
* Pastikan anda mengetahui alamat tempat kerja, tempat
tinggal alamat dan nombor telefon kedutaan negara
destinasi.
* Kongsi maklumat pekerjaan dan negara destinasi dengan
keluarga anda.

- 21 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
STATISTIK
KES PEMERDAGANGAN ORANG
(28.2.2008 - 31.3.2015)

Tahun Jumlah
Bil. Perkara
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Keseluruhan

1. Jumlah Kes 17 151 132 117 195 100 186 39 937

Jumlah
2. 20 217 195 159 244 154 249 59 1,297
Tangkapan

Jumlah Mangsa
3. / Perintah 29 206 471 220 445 323 303 27 2,024
Perlindungan

KES PENYELUDUPAN MIGRAN


(15.11.2010 - 31.3.2015)

Tahun Jumlah
Bil. Perkara
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Keseluruhan

1. Jumlah Kes 3 22 63 20 120 23 251

Jumlah
2. 2 31 83 34 163 47 360
Tangkapan

Jumlah Migran
3. 18 516 806 399 2,254 190 4,183
Yang Diseludup

- 22 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
JABATAN PEGUAM NEGARA
(28.2.2008 - 18.3.2015)

Tahun Jumlah
Bil. Perkara
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 Keseluruhan

Kes Yang Telah


1. 8 142 193 22 70 129 61 2 627
Dituduh

Kes Peringkat
2. 0 27 105 1 10 112 45 2 302
Bicara

Kes Selesai
3. 2 50 40 13 23 7 5 0 140
(Lepas / Bebas)

Kes Dilepas
4. Tanpa 3 18 4 4 14 4 1 0 48
Dibebaskan

5. Sabitan 3 47 44 4 24 6 1 0 129

- 23 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
ANCAMAN PEMERDAGANGAN
MANUSIA DI MALAYSIA
Aktiviti pemerdagangan manusia iaitu ‘human trafficking’
jika tidak dibendung boleh menyebabkan sesebuah negara
itu menjadi padat. Situasi ini merupakan salah satu bentuk
ancaman khususnya di Malaysia yang mana kedudukannya
yang strategik selain keadaan negaranya yang aman serta
peluang ekonomi yang baik.

Malaysia boleh menjadi antara negara yang berpotensi besar


untuk aktiviti jenayah pemerdagangan manusia bergerak
aktif. Faktor yang mendorong ‘trafficking’ di negara ini adalah
disebabkan peluang pekerjaan, kestabilan ekonomi, GRO
serta penggunaan tenaga buruh dari sektor pembinaan dan
pertanian. Terdapat di kalangan pembantu rumah terutamanya
dari Asean dipaksa melacurkan diri setelah ditipu untuk datang
ke Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan yang sah untuk
mereka.

Malaysia secara umumnya adalah negara destinasi sama


ada bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berhijrah yang
kebanyakannya dari Asean termasuk juga dari China, Nepal,
- 24 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
India, Pakistan dan Bangladesh. Malaysia juga adalah negara
sumber dan negara transit bagi wanita dan kanak-kanak untuk
didagangkan bagi tujuan seperti seks komersial, buruh paksa
dan ini menyebabkan Malaysia telah turun ke tahap tiga dalam
laporan TIP 2009.

Faktor permintaan yang tinggi dari sudut pasaran gelap


khususnya pelacuran dan perkhidmatan seks menyebabkan
aktiviti ini masih berterusan di negara ini. Tawaran bergaji
lumayan daripada ejen-ejen pekerja menyebabkan golongan
yang dinyatakan telah ditipu sehingga akhirnya menjadi
pelacur. Hasilnya di merata-rata kini perkhidmatan seks serta
rumah urut tumbuh bagaikan cendawan. Perkara ini amat
membimbangkan kerana pengaruh ‘budaya kuning’ dari Eropah
mula menjadi ikutan remaja di negara ini. Budaya seumpama
ini boleh menjadi trend generasi akan datang dalam kehidupan
mereka. Senario ini mendatangkan impak negatif kepada
generasi muda. Dikhuatiri pembentukan pemikiran minda kelas
pertama akan menemui kegagalan. Akibatnya ia akan memberi
kesan keselamatan terhadap negara pada masa hadapan.

Peningkatan kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang-


pendatang tanpa izin yang membanjiri negara ini boleh menjadi
salah satu ancaman keselamatan negara. Situasi ini menjurus
- 25 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
kepada jenayah kerana faktor pekerjaan yang tidak teratur
dan mereka juga akan membentuk kumpulan-kumpulan
dengan melakukan jenayah di negara ini. Apabila kegiatan
atau aktiviti kumpulan ini tidak terkawal ia akan menjejaskan
keadaan ekonomi semasa di mana sesebuah negara dianggap
tidak selamat maka pelabur-pelabur asing tidak akan datang
melabur dan keadaan ini akan menyebabkan negara bakal
menghadapi kemelesetan dari segi ekonomi.

Kesan langsung kemasukan pendatang tanpa izin melalui


aktiviti pemerdagangan manusia akan menyebabkan kurangnya
permintaan tenaga buruh tempatan di pasaran. Lazimnya
para majikan lebih cenderung mengambil tenaga buruh asing
atas faktor kadar upah yang murah. Secara tidak langsung ia
akan mewujudkan pengangguran di kalangan buruh tempatan.
Apabila kadar pengangguran negara meningkat generasi muda
negara bakal berhijrah ke negara luar mencari pekerjaan.
Senario yang melibatkan rakyat Malaysia akan berleluasa
dan imej negara akan terjejas di mata dunia. Para pengusaha
atau majikan perlu mengambil kira untuk mengelakkan faktor
ini berlaku walaupun tujuan utama berniaga adalah untuk
memaksimumkan keuntungan namun janganlah sampai
kerana hendak mengaut keuntungan maruah negara tergadai.
Keselamatan negara perlu dijaga dan jika tiada permintaan
- 26 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
terhadap buruh tanpa izin ini, pemerdagangan manusia tidak
akan berlaku.

- 27 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
USAHA-USAHA MALAYSIA
MENGATASI ISU PEMERDAGANGAN
MANUSIA
1. Malaysia telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang
2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Akta ini memberi
kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan
hukuman selain peruntukan penjara sehingga 20 tahun
dan denda sehingga RM50,000.

2. Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Antipemerdagangan


Orang (MAPO) pada tahun 2008. Tujuannya untuk memantau
aktiviti membawa masuk pekerjaan asing ke negara ini
bagi memastikan mereka tidak dieksploitasi sebagai
buruh murah dan pekerja seks. Penubuhan MAPO adalah
susulan kepada langkah kerajaan menguatkuasakan Akta
Antipemerdagangan Orang 2007.

3. Pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu ini


seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Sukarelawan
Negara (RELA) Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja
Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta badan-badan
beruniform yang bertangungjawab perlulah mengambil
- 28 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
langkah yang lebih proaktif di dalam membanteras
penyeludupan pendatang asing ini dari segi pemantauan
di perairan serta persempadanan negara, melakukan
operasi membanteras pelacuran secara giat serta operasi
ke atas kawasan-kawasan setinggan agar kegiatan
pemerdagangan manusia ini dapat dihidu dan dicegah.

4. Dalam konteks global dan serantau, aktiviti ini perlu


dibanteras secara serius. Perlu diwujudkan rangkaian
kerjasama serantau serta perkongsian bijak terutama
kekuatan dari segi teknologi, komunikasi dan jaringan
keselamatan bagi memastikan semua langkah yang
diambil di dalam menangani sindiket pemerdagangan
manusia dapat dilakukan dengan lebih teratur dan
bermanfaat kepada semua negara anggota bagi jangka
masa panjang.

- 29 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
KESIMPULAN

ktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada


aktiviti pemerdagangan manusia. Kesalahan penyeludupan
manusia mempunyai potensi menjadi sebahagian aktiviti
pemerdagangan manusia. Satu usaha perlu dilakukan oleh
kerajaan dengan penuh komitmen dan pelaksanaan strategik
terutama dalam meningkatkan sisitem penyampaian kerajaan.
Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek
perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan
kewangan yang mantap. Tanpa elemen-elemen ini adalah
sukar bagi kerajaan mencapai sasaran dalam pelan induk
mengenai antipemerdagangan manusia.

Setiap manusia perlu diberi perlindungan sebaik mungkin


tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.
Selain itu, setiap negara perlu menandatangani memorandum
perjanjian di bawah seliaan PBB supaya kos pemulihan
dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah
seorang penjenayah dan mangsa adalah rakyat mereka.
Seandainya perjanjian seumpama ini direalisasikan, semua
negara akan lebih serius untuk menangani isu ini. Adalah tidak
mustahil aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber
- 30 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
bagi mengurangkan beban kepada negara destinasi selain
menggalakkan migrasi secara sah.

Di samping itu, usaha mencari punca penyebab kepada


berlakunya masalah ini serta mencari jalan penyelesaian
krisis kemanusiaan ini adalah amat penting untuk diperbahas
dan dibincangkan secara serius termasuklah mencari titik
kelemahan yang telah membawa kepada masalah ini daripada
terus berleluasa di seluruh dunia terutamanya di negara-
negara mundur dan membangun yang mana aktiviti ini terlalu
aktif dan tidak terkawal. Diharapkan penglibatan semua pihak
sangat diperlukan ke arah mewujudkan sifar pemerdagangan
dan penyeludupan manusia pada masa hadapan.

- 31 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
KERATAN AKHBAR

Berita Harian - Isnin - 1 Jun 2015

Berita Harian - Sabtu - 6 Jun 2015

Utusan Malaysia. Isnin -15 Jun 2015

Berita Harian - Isnin - 22 Jun 2015

- 32 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA

Utusan Malaysia - Selasa - 23 Jun 2015

Utusan Malaysia - Khamis - 4


Jun 2015

Berita Harian - Selasa - 23 Jun 2015

- 33 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA

- 34 -
PEMERDAGANGAN
PEMERDAGANGAN
MANUSIA
MANUSIA
TALIAN BANTUAN

999
Atau
Pejabat Strategik Nasional (NSO)
Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran ( MAPO)
Kementerian Dalam Negeri
Aras 7, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Malaysia

= +603-8886 3015
= +603-8889 1716
= www.moha.gov.my
= Against Human Trafficking & Smuggling of
Migrant
- 35 -
Diterbitkan oleh:

BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA


Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia,
Aras 12, Kompleks KKMM,
No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel. : 03-8911 3440 Faks : 03-8911 7533

Laman web : http://www.penerangan.gov.my


E-mel : webmaster@inform.gov.my

CERTIFIED TO ISO 9001:2008


CERT. NO. : MY-AR 5240
B.020 (B.M) Sept. 2015 (0.50.)

You might also like