You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU PEMULIHAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu

Kelas 1B

Bilangan Murid 7 orang

Tarikh 15.08.2018

Hari Rabu

Minggu 30

Masa 1.50 petang – 2.50 petang

Kumpulan A

Tajuk / tema Persekitaran Saya

Kemahiran Pemulihan 5. Perkataan KV + KV

Konstruk Linus 3. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata


terbuka
Standard Pembelajaran 2.1 Membaca vokal, konsonan, suku kata, frasa, perkataan
dan ayat dengan sebutan betul.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya
untuk :
a) Mengeja lima perkataan KV+KV dengan betul.
b) Mencantumkan satu keratin gambar perkataan
KV+KV dengan betul dalam aktiviti kumpulan.
c) Menjawab lima soalan perkataan KV+KV dengan
betul pada lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Set Induksi (± 5 minit)


Pembelajaran 1. Guru memakai topi berwana kuning.
2. Murid diminta mendengar lagu ‘Ini Topi Saya’ yang
dinyanyikan oleh guru.
3. Murid diminta menyanyikan lagu ‘Ini Topi Saya’
bersama-sama sambil melakukan pergerakan.
4. Murid disoal berdasarkan benda maujud topi dan lirik
lagu tersebut.
5. Murid dibimbing menerangkan pembelajaran pada
hari ini.

Ini Topi Saya


Ini Topi Saya
Topi Saya Lawa
Kalau Tidak Lawa
Bukan Topi Saya
Rentak : Burung Kakak Tua

Langkah 1 (± 15 minit)
Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Murid diperkenalkan dengan lima suka kata KV+KV.
2. Murid diminta membunyikan lima suku kata KV+KV
yang dipegang oleh mereka.
3. Murid dikehendaki melekatkan lima suku kata
KV+KV pada papan ‘Kolam Bestari’
4. Murid diminta mengeja lima perkataan KV+KV
secara individu dan berkumpulan.
5. Murid disoal berdasarkan lima perkataan KV+KV
tersebut.

da me to pa su
du ja pi ku du

Langkah 1 (± 15 minit)
Aktiviti Kumpulan Mencantumkan Keratan Gambar
Perkataan KV+KV
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Murid diterangkan cara permainan mencantumkan
keratan gambar perkataan KV+KV
3. Murid diminta mencantumkan satu keratan gambar
perkataan KV+KV.
4. Murid dikehendaki bercerita berdasarkan kad
gambar perkataan KV+KV.
5. Murid diberikan ganjaran token apabila memberikan
kerjasama yang baik.

Langkah 3 (± 15 minit)
Lembaran Kerja
1. Murid diberikan lembaran kerja perkataan KV+KV.
2. Murid diterangkan arahan soalan lemberan kerja.
3. Murid diminta menyenaraikan lima perkataan KV+KV
pada peta bulatan.
4. Guru menyemak jawapan murid.
5. Murid dikehendaki membuat pembetulan jika
terdapat kesalahan.

Penutup (± 5 minit)
Rumusan Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Murid disoal satu perkataan KV+KV
2. Murid yang berjaya menjawab dengan betul
diberikan token.
3. Murid dikehendaki menyenaraikan lima perkataan
KV+KV yang telah dipelajari.
4. Murid dibimbing merumuskan pembelajaran pada
hari ini.

Bahan bantu mengajar Topi, audio, kad perkataan, papan ‘Kolam bestari’, keratan
gambar KV+KV, Kad Manila, lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum Nilai, Bahasa, Kreativiti dan Inovatif


(EMK)

KBAT Peta I-think

Pengisian Kurikulum Nilai : Mendengar arahan, Kerjasama


Ilmu : Bahasa, Nilai Murni
Kaedah : Soal Jawab, Koperatif, Nyanyian, Latih Tubi.

You might also like