You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK PEMULIHAN

Mata pelajaran Matematik

Kelas 2D

Bilangan Murid 8 orang

Tarikh 18.09.2018

Hari Selasa

Minggu 44 (Takwim Sekolah)

Masa 12.20 petang – 1.20 petang (60 minit)

Kumpulan A

Tajuk / tema Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50

Kemahiran Pemulihan 10. Operasi Tambah Dalam Lingkungan 50 Tanpa


Mengumpul Semula

Konstruk Linus 7. Keupayaan mengendalikan operasi asas

Standard Pembelajaran 2.1 (i) Murid tambah tanpa mengumpuul semula dengan
menggunakan pelbagai kaedah.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya
untuk :
a) Menyelesaikan tiga soalan masalah harian operasi
tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul
semula.
b) Menyelesaikan satu soalan masalah harian operasi
tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul
semula dalam aktiviti permainan.
c) Menjawab tiga soalan masalah harian operasi
tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul
semula pada lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Set Induksi (± 5 minit)


Pembelajaran 1. Murid diminta melakonkan sesi jual beli biskut coklat.
2. Murid A diminta membeli 12 biskut coklat kepada
penjual.
3. Murid B dimintaa membeli 12 biskut coklat juga pada
penjual.
4. Murid disoal jumlah biskut yang dibeli.
5. Murid dibimbing menerangkan pembelajaran pada
hari ini.

Langkah 1 (± 10 minit)
Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Murid ditunjukkan langkah menyelesaikan tiga
soalan masalah harian operasi tambah dalam
lingkungan 50 tanpa mengumpul semula.
2. Murid diminta menyelesaikan tiga soalan masalah
harian operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa
mengumpul semula.
3. Guru menyemak jawapan murid.
4. Murid diminta membuat pembetulan jika terdapat
kesalahan.
Langkah 2 (± 20 minit)
Aktiviti Permainan (Stesen Jari Jemari)

Stesen 1

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Guru menunjukkan cara bermain stesen Jari Jemari.
3. Murid diminta membaling bola mini ke dalam kotak
telur.
4. Murid yang Berjaya memasukkan bola ke dalam
kotak telur akan pergi ke stesen seterusnya dengan
melompat menggunakan kaki kanan.
5. Murid yang tidak berjaya memasukkan bola ke
dalam kotak telur diminta ke barisan belakang untuk
menunggu giliran.

Stesen 2

1. Murid diminta memilih satu nombor pada Permainan


Jari Jemari untuk mencabut soalan.
2. Murid dikehendaki menyelesaikan satu masalah
operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa
mengumpul semula.
3. Murid yang Berjaya menjawab dengan betul
diberikan token dan markah.
4. Murid kembali ke stesen 1 dengan melompat
menggunakan kaki kiri.
5. Murid yang mengumpul markah paling banyak
diberikan hadiah.

Stesen 1

Stesen 2

Langkah 3 (± 15 minit)
Lembaran Kerja
1. Murid diberikan lembaran kerja.
2. Murid diterangkan arahan soalan lembaran kerja.
3. Murid dikehendaki menjawab tiga soalan masalah
harian operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa
mengumpul semula.
4. Guru menyemak jawapan murid.
5. Murid membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
6. Murid yang selesai menjawab soalan dengan pantas
diberikan latihan pengukuhan.

Penutup (± 5 minit)
Rumusan Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Murid diberikan satu soalan masalah harian operasi
tambah dalam lingkungan 50.
2. Murid yang Berjaya menjawab dengan betul
diberikan token.
3. Murid dikehendaki merumuskan pembelajaran pada
hari ini.

Kostum penjual, biskut coklat, duit mainan, kereta tambah,


Bahan bantu mengajar paparan slaid, kotak telur, Kertas Lipatan Jari Jemari, pen
marker, papan putih mini, token, reward chart, lembaran
kerja, bola mini, kad gambar tapak kaki.

Elemen Merentas Kurikulum Nilai, Bahasa, TMK


(EMK)

KBAT Penyoalan (Mengaplikasi dan Menganalisis)

Pengisian Kurikulum Nilai : Toleransi, Hormat-menghormati


Ilmu : Bahasa, Nilai Murni
Kaedah : Lakonan, Bermain sambil belajar,soal jawab, Latih
Tubi.

You might also like