You are on page 1of 14

Bahagian A

[ 15 markah ]

ARAHAN : Bahagian ini mengandungi 15 soalan. Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan
anda pada pilihan A, B, C dan D.

1. Sistem nombor perlapanan dikenali sebagai system nombor _____________ .

A. binary C. octal
B. decimal D. heksadesimal

2. Apakah kaedah yang digunakan untuk menukar nombor perpuluhan kepada nombor
perlapanan?

A. Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya.


B. Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya
C. Kaedah bahagi dengan 10 dan gunakan bakinya
D. Kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya

3. Apakah nombor perenambelsan bagi nombor perduaan 101011000100 ?

A. FC416 B. AC416
C. 7C316 D. BE416

4. Antara berikut, yang manakah tidak benar berkaitan ASCII?

A. Pengekodan ASCII bukan bahasa penterjemahan.


B. ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer.
C. ASCII membolehkan jenis-jenis peralatan pemprosesan data yang berlainan
berfungsi dengan sempurna.
D. Kod ASCII digunakan untuk mewakili tekks dalam komputer.

5. 1. Mula.
2. Set kaunter pembilang kepada sifar.
3. Baca perkataan.
4. Tambah kaunter pembilang dengan 1.
5. Perkataan terakhir dalam halaman?
Jika ya, tamat.
Jika tidak, ulang langkah 3 hingga 5.
6. Tamat.

Maklumat di atas menunjukkan algoritma dalam bentuk ______________ .

A. kod aturcara
B. kod arahan komputer
C. carta alir
D. pseudokod

2
6. Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah struktur kawalan bersarang?

A. Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan 1, Jika tidak, tamat.


B. Jika Syarat 1 dipenuhi, semak Syarat 2, Jika tidak, tamat
C. Jika Syarat 1 dipenuhi, laksana Pernyataan 1, Jika tidak, laksana Pernyataan 2.
D. Jika Syarat 1 dipenuhi, tamat. Jika tidak, laksana Pernyataan 1.

7. Jaspreet telah menulis satu pseudokod yang mewakili stu struktur kawalan.

1. Mula.
2. Isytihar pemboleh ubah.
3. Syarat diuji.
4. Jika benar,
Pernyataan ulangan dilaksanakan
Kemas kini pembilang
5. Jika palsu,
Atur cara keluar dari struktur kawalan ulangan
6. Ullang langkah 2 sehingga syarat menjadi palsu.
7. Tamat.

Kenal pasti struktur kawalan tersebut

A. Struktur kawalan ulangan for


B. Struktur kawalan ulangan while
C. Struktur kawalan dwipilihan
D. Struktur kawalan pelbagai pilihan

8. Proses mencari dan menghapuskan ralat dipanggil _____________________ .

A. pepijat C. pengujian
B. penyahpijatan D. pembetulan

9. Apakah tiga jenis ralat yang boleh dijumpai dalam pengaturcaraan?

I Ralat sintaks
II Ralat masa larian
III Ralat pengujian
IV Ralat logik

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. II, III dan IV D. I, II dan IV

10. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai persekitaran kod arahan?

A. Persekitaran yang digunakan oleh pengaturcara semasa menulis kod arahan.


B. Cara pengaturcara menulis kod arahan.
C. Kesesuaian persekitaran semasa pengaturcara menulis kod arahan.
D. Aplikasi komputer yang digunakan bagi menulis kod arahan.

3
11. Rajah dibawah menunjukkan kod arahan bahasa pengaturcaraan Python bagi jenis data
string.

>>> ayat = str (“Komputer”)


>>> print (ayat [3])

Apakah output yang diperoleh?

A. Komputer C. ter
B. Kom D. p

12. Apakah struktur kawalan yang sesuai bagi aturcara memasukkan dua nombor
perpuluhan dan operasi pendaraban dilakukan?

A. Struktur kawalan pilihan


B. Struktur kawalan jujukan
C. Struktur kawalan ulangan
D. Struktur kawalan bersarang

13. Antara berikut, yang manakah adalah kod arahan umum yang tepat bagi gelung for?

A. for <pernyataan in gelung [1, 2, 3]>: <Pembolehubah>

B. for <ujian in pembolehubah gelung [1, 2, 3]>: <Pernyataan>

C. for <pembolehubah gelung in [1, 2, 3]>: <Pernyataan>

D. for <pembolehubah gelung in ujian>: <Pernyataan>

14. Rajah di bawah menunjukkan satu kod arahan dalam suatu struktur kawalan ulangan.

for i in range (5, 15):


Apakah output yang mungkin dipaparkan?

A. Ralat sintaks
B. 5, 5, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14
C. 5, 10, 15
D. Tiada sebarang output

4
15. Berikut menunjukkan paparan kod arahan Python dan output yang diperoleh.

Kod arahan:

for i in _______________________________ :
print (“Nombor ganjil yang dipaparkan:”, i)

Output:
Nombor ganjil yang dipaparkan : 1
Nombor ganjil yang dipaparkan : 3
Nombor ganjil yang dipaparkan : 5
Nombor ganjil yang dipaparkan : 7
Nombor ganjil yang dipaparkan : 9

Apakah fungsi julat yang sesuai bagi melengkapkan kod arahan di atas?

A. range(1,11, 2)
B. range(0, 10, 3)
C. range(1, 9)
D. range(1 ,3 ,5, 7, 9)

5
Bahagian B
[ 55 markah ]

ARAHAN : Bahagian ini mengandungi 17 soalan. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan
anda pada ruangan yang disediakan.

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


i) Sistem nombor perlapanan juga disebut sistem nombor _____________________.
ii) Sistem nombor perenambelasan juga disebut sistem nombor _________________.
iii) Sistem nombor perenambelasan menggunakan sepuluh digit dan _____________
abjad.
[3 markah]

2. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang benar tentang sistem nombor perlapanan dan ( X )
bagi pernyataan yang salah.

i) Ditanda dengan subskrip 8 pada hujung nombor.


ii) Nombor selepas 7 adalah 10.
iii) Menggunakan digit 0 hingga 8.
[3 markah]

3. Tandakan (√ ) bagi kaedah penukaran nombor perduaan kepada nombor


perenambelasan yang betul dan (X) bagi yang salah pada petak yang disediakan.

i) Kaedah Pengiraan.

ii) Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan


tukarkan kepada nilai perenambelasan
iii) Kaedah pengumpulan empat digit nombor perduaan
dan tukarkan kepada nilai perenambelasan
[3 markah]

4. Maklumat berikut adalah tentang nombor perduaan.

A 110100011102 B 1110011012 C 101001111102

Padankan nombor perduaan dengan nilai perlapanan yang betul dengan menulis A, B
atau C pada petak yang disediakan.

24768
32168

7158
[3 markah]

6
5. Tukar nombor perlapanan berikut kepada nombor perduaan

a) 537 b) 614
Nombor perlapanan Nombor perlapanan
Kumpulan tiga digit Kumpulan tiga digit
Nombor perduaan Nombor perduaan
= =

c) 3021
Nombor perlapanan

Kumpulan tiga digit

Nombor perduaan

=
[6 markah]

6. Tukarkan nombor perenambelasan berikut kepada nombor perpuluhan.

i) ABC16 = ______________10 ii) 7F516 = ________________10

[6 markah]

7
7. Terangkan maksud algoritma.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[2 markah]

8. Tanda (√ ) pada jawapan yang betul

1. Mula
2. Set kaunter pembilang kepada sifar
3. Baca perkataan
4. Tambah kaunter pembilang dengan 1
5. Perkataan terakhir dalam halaman?
Jika ya, tamat
Jika tidak, ulang langkah 3 hingga 5
6. Tamat

Maklumat di atas menunukkan algoritma dalam bentuk?

Kod Atur cara

Pseudokod

Carta alir

Kad arahan komputer


[1 markah]

9. Rajah menunjukkan pseudokod yang digunakan untuk satu aturcara. Susun semula
pseudokod itu mengikut urutan yang betul dengan menulis jawapan dalam ruang
jawapan yang disediakan.

P : Jika umur > 21


R : Papar mesej ‘Anda layak mengundi’
T : Mula
Q : Jika tidak
S : Papar mesej ‘Anda tidak layak mengundi’
U : Masukkan umur
V : Tamat

T U S V
[3 markah]

8
10. Nyatakan tiga jenis struktur kawalan.

i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________
[3 markah]

11. Berikut merupakan jenis-jenis ralat.

A Ralat sintaks
B Ralat masa larian
C Ralat logic

Padankan jenis ralat dengan pernyataan yang betul dengan menulis A, B atau C pada
petak yang disediakan.

Ralat ini menyebabkan atur cara terhenti secara tiba-tiba tanpa diduga
semasa jalanan ujian.

Ali menulis pseudokod untuk satu atur cara penyelesaian masalah.


Semasa jalanan ujian, terdapat ralat dikesan. Ali telah membuat
kesilapan operator matematik dan output yang dihasilkan tidak seperti
yang diingini.

Ralat ini berlaku semasa penggunaan bahasa pengaturcaraan. Ralat


ini menyebabkan mesej ralat dipaparkan.
[3 markah]

12. Tentukan jenis data yang akan digunakan untuk mewakili data bagi atur cara
penghitungan markah murid.

Data Jenis Data


Nama Murid

Markah

Purata Markah

Jantina (L/P)
[4 markah]

9
13. Berikut adalah syarat untuk membuat perisytiharan pembolehubah. Nyatakan betul (√ )
dan salah ( x ).

Pembolehubah hanya boleh terdiri daripada aksara dan


digit sahaja.

Nama pembolehubah boleh ada ruang kosong di


antaranya.

Nama pembolehubah tidak boleh dimulakan dengan


nombor.
[3 markah]

14. Maklumat di bawah menunjukkan fungsi range ().

range (2, 10, 2)

Nyatakan parameter yang terdapat dalam fungsi range () di atas.

__________________________________________________________________
[1 markah]

15. Berikan jawapan benar atau salah dalam pernyataan operator logik di bawah.

Pernyataan logic
jawapan
a = benar , b = salah
i) a and b

ii) NOT (a or b)

iii) NOT (a AND b)


[3 markah]

16. Padankan pernyataan berkaitan struktur kawalan di bawah. Tuliskan jawapan anda
sama ada A, B atau C.

Struktur kawalan Struktur kawalan Struktur kawalan


A B C
jujukan pilihan bersarang ulangan

Suatu struktur kawalan pilihan berada dalam suatu struktur kawalan


10
pilihan yang lain.

Mempunyai syarat dan langkah-langkah untuk mengulang disebut


sebagai gelung (loop).

Melaksanakan arahan baris demi baris mengikut susunan satu aliran


sahaja.
[3 markah]

17. Bulatkan ralat dan tulis semula kod segmen yang betul.

print “hello dunia”


print “kiraan 0 hingga 9”
for i in range (10)
print i

[5 markah]

11
Bahagian C
[ 30 markah ]

ARAHAN : Bahagian ini mempunyai 3 soalan. Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan anda
pada ruangan yang disediakan.

1. Arissa sangat suka akan ais krim Malaysia. Tuliskan pseudokod dan carta alir untuk
mencari ais krim Malaysia dengan perisa yang digemari di kedai runcit sekitar rumah
Arissa.

i) Tuliskan carta alir diruangan di bawah.

Carta alir :

[10 markah]
8
2. Aturcara di bawah disediakan untuk membuat pengiraan isipadu silinder

# Pengguna masukkan ukuran jejari bulatan


Jejari = float ( input (“Masukkan panjang jejari (cm): “))

# Pengguna masukkan ukuran tinggi


Tinggi = float ( input ( “Masukkan ukuran tinggi silinder (cm) :”))

# Formula mengira isipadu silinder


Isipadu = 3.142*Jejari+Jejari*Tinggi

# Mencetak output
Print (“Isipadu silinder adalah”, Isipadu)

Apabila aturcara dijalankan, pengkompil telah mengeluarkan ralat.


i) Nyatakan jenis ralat dalam aturcara di atas.
________________________________________________________________
[1 markah]

ii) Kenalpasti aturcara yang mempunyai ralat dan tulis semula aturcara tersebut
supaya bebas ralat.
________________________________________________________________
[2 markah]
iii) Nyatakan dua pembolehubah dalam aturcara di atas.
a) _____________________________________
b) _____________________________________
[2 markah]

iii) Bina pseudokod untuk aturcara di atas.

[5 markah]

9
3. Selesaikan penyelesaian masalah di bawah ini dengan menggunakan kod arahan.

i) Pengiraan perimeter bulatan dengan memberi input untuk jejari bulatan.

Formula ialah perimeter = 2πj, gunakan π = 3.142

[3 markah]

ii) Hasil tambah tiga nombor yang diberikan oleh pengguna.

[3 markah]

iii) Sebuah kedai sukan di Seremban membuat jualan murah dengan memberi diskaun
sebanyak 5% bagi setiap pembelian. Kirakan jumlah diskaun dan jumlah yang perlu
dibayar oleh pelanggan kedai tersebut.

[4 markah]

## KERTAS SOALAN TAMAT ##

10
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

____________________ __________________ __________________

11

You might also like