You are on page 1of 7

SULIT

Nama Murid : _________________________________________________

Kelas : ________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Januari 2016
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawaban objektif
yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 © [Lihat halaman sebelah

SULIT
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di
hospital.
A dia
B kalian
C beliau
D mereka

2 “________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di
perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda sultan.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Patik

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita
terutamanya di Terengganu.
A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

4 Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang
kata itu.
A memerah
B mengilap
C menerjah
D mencanai
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

5 Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka
menjuarai pertandingan itu.
A Setelah itu
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Namun demikian

6 Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk
aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
A terhebat
B kehebatan
C memperhebat
D memperhebatkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
A tekun
B rajin
C bernas
D kuat

8 Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

9 Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan
yang bertugas.
A atas
B bawah
C tengah
D belakang
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

10 Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada
waktu malam.
A bari-bari
B obor-obor
C sibur-sibur
D kunang-kunang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan
kepada pelanggannya.
A bilah
B berkas
C batang
D tongkol

12 “Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan
Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
A tutur kata
B tutur nista
C tutur bicara
D tutur bahasa

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Kerbau menarik bentang yang berisi peti-peti ikan di tepi Pantai Teluk Senangin.
II Kakak diminta bentang permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.
III Bentang kertas kerja projek pertanian itu akan disampaikan oleh pengerusinya sendiri.
IV Kawasan hutan yang luas bentang itu dipenuhi oleh pelbagai spesies flora dan fauna.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.

A Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh
enak.
B Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan
oleh ibu.
C Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan
kakak mereka.
D Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam
yang sangat enak.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.


B Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
C D’saji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
D Aisyah suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.

16 I Cik Yatimi menghiasi mukanya supaya lebih kelihatan cantik dan ceria.
II Hujan yang mula melebat menyebabkan kawasan rendah itu ditenggelami air.
III Mukanya berkerut cemas sambil menajam matanya memandang kepada budak itu.
IV Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara tercinta.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Cepat bersiap, sekejap lagi kita nak pergi berkelah, “kata Pak Lang kepada kami.

Tanpa banyak bicara, kami segera bersiap. Sejam kemudian, kami tiba di pantai Teluk Batik. Aku
terpegun melihat pemandangan di sekitar pantai itu.

Selesai sahaja menurunkan barang, aku dan Aman, anak Pak Lang yang seusia denganku menuju ke
pantai. Kami meninggalkan Kak Su dan Syuhada bersama-sama dengan ibu mereka untuk menyusun
barang dan bekalan yang dibawa. Tidak sabar rasanya hendak mandi di laut kerana inilah
pengalamanku yang pertama. Tanpa membuang masa, aku terjun ke dalam air.

“Masinnya air laut, pedih mataku!” ujarku diikuti gelak ketawa Aman.

Aku kagum melihat kecekapan anak-anak Pak Lang berenang. Sedang asyik mandi-manda, tiba-
tiba aku hilang imbangan dan hampir lemas. Mujurlah Kak Su telah menyelamatkan aku. Betapa
malunya aku diselamatkan oleh Kak Su kerana tidak tahu berenang.

Setelah perasaanku tenang semula, aku memberanikan diri untuk mandi-manda di gigi air. Aman
menasihatiku supaya berhati-hati. Kulihat anak-anak Pak Langku selamba sahaja melonjak ketika
ombak besar melanda. Akhirnya, aku melangkah ke air separas pinggang setelah keyakinanku mula
berputik. Belum puas kami mandi, Pak Lang menyuruh kami membilas badan di bilik mandi yang
berhampiran. Sementara menunggu kami bersiap, Pak Lang memasukkan semua barang ke dalam
kereta.

“Bagaimana perkelahan di sini, Fahim? Tanya Mak Long kepadaku ketika meninggalkan pantai itu.

“Wah, hebat dan menakjubkan, Mak Lang!” balasku dengan pantas.

“Baguslah, Fahim. Pengalaman itu cukup berharga, bukan? Cuti nanti, ajaklah adik-adik kamu
bersama-sama. Bolehlah kita pergi ke tempat-tempat menarik yang laim pula,” ujar Mak Lang lagi.

17 Mengapakah ‘aku’ hampir lemas ketika mandi di laut?


A Matanya pedih
B Hilang kawalan
C Tidak berkeyakinan
D Pengalaman pertamanya

18 Penulis berasa malu kerana


A terminum air laut yang masin dan berasa pedih mata.
B hilang imbangan dan hampir lemas ketika mandi
C diketawakan oleh Aman kerana tidak sabar hendak mandi.
D Kak Su yang menyelamatkannya daripada lemas.
UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Fahim.


A Suka menasihati
B Cepat bertindak
C Cekap berenang
D Sentiasa membantu

20 Rangkai kata keyakinanku mula berputik dalam petikan bermaksud


A penulis melihat keupayaan semua sepupunya bermain ombak.
B Kak Su ada bersama-sama ketika menyelamatkan penulis.
C penulis semakin mahir berenang walaupun ombak besar.
D perasaan penulis kembali tenang dan berani.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like