You are on page 1of 10

Jawatankuasa Kelab Doktor Muda

SMK KIDURONG
PETI SURAT 2078
97011 BINTULU
SARAWAK

Melalui :
Puan Sharly anak Ekie
Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Kidurong.

PENGETUA, Ruj. Kami :


SMK KIDURONG Tarikh : 19 Januari 2018
PETI SURAT 2078
97011 BINTULU
SARAWAK

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya SHAHIDA BINTI HUSSIN (Guru Penasihat
Kelab Doktor Muda) berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998
P.U (A) 196, berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon
untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda mulai 15 Februari 2017.

2. Bersama-sama ini disertakan :


2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti
2.3 Senarai Jawatankuasa Penaja

Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.................................................................
(ATHANASIUS ANTHA ANAK JITES)
Setiausaha Kelab Doktor Muda,
SMK KIDURONG

s.k PK Kokurikulum
S/U Kokurikulum
Fail Kelab Doktor Muda.
DRAF PERLEMBAGAAN KELAB DOKTOR MUDA

Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)} dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.
11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) KELAB DOKTOR MUDA,
SMK KIDURONG yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

A. Nama Persatuan : KELAB DOKTOR MUDA

B. Alamat : SMK KIDURONG


PETI SURAT 2078
97011 BINTULU
SARAWAK
97000 BINTULU, SARAWAK

C. Logo

D. Rasional Logo:
Simbol bulan sabit yang melindungi figura dan mata pena membawa maksud
pentingnya pendedahan aspek kesihatan kepada kumpulan sasar. Dua figura berwarna
biru dan merah merujuk kepada kumpulan sasar program iaitu murid-murid sekolah
yang ceria, cerdas, sihat, berketerampilan, cemerlang akademik dan berinovatif. Mereka
adalah agen perubahan kea rah amalan cara hidup sihat. Mata pena emas pula merujuk
kepada pentingnya ilmu pengetahuan kepada kumpulan sasar. Setiap murid perlu
berilmu untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan dan sebagai pewaris negara yang
sihat, cemerlang, gemilang dan terbilang.

E. Moto: Rakan Kesihatan Anda


PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai kelab ini dengan lebih terpimpin dalam menimba
ilmu asas amalan kesihatan dan menjadi pembimbing rakan sebaya (peer
educator) dalam aspek khidmat nasihat serta berkaitan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli persatuan akan seberapa daya berusaha untuk melaksanakan aktiviti
terancang seterusnya mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang
diceburi terutamanya melalui sesi-sesi kemahiran dari masa ke semasa.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 KEAHLIAN BERSEKUTU

5.1 Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia

5.2 Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

5.3 Bekas ahli Kelab Doktor Muda

5.4 Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan memohon secara
rasmi melalui Pendaftar Persatuan Sekolah.

5.5 Organisasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diluluskan oleh Pendaftar
Persatuan Sekolah.

PERATURAN 6 GURU PENASIHAT

6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan, pemantauan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

6.4 Merekodkan kehadiran murid dan memberikan penilaian.


PERATURAN 7 AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.

7.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian dan pemenang ditentukan secara
majoriti.

7.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
Mesyuarat Agung.

7.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

7.6.1 Pengerusi
7.6.2 Timbalan Pengerusi
7.6.3 Setiausaha
7.6.4 Penolong Setiausaha
7.6.5 Bendahari
7.6.6 Penolong Bendahari
7.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan mengikut keperluan)
7.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA DAN AHLI

8.1 Pengerusi

8.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.
8.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

8.2 Timbalan Pengerusi

8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.
8.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.
8.3 Setiausaha

8.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-
kegiatan.
8.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab
8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa kesemasa.

8.4 Penolong Setiausaha

8.4.1 Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.
8.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
8.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa kesemasa.

8.5 Bendahari

8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.


8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
8.5.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulaan dan tahunan serta
menandatanganinya.
8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
8.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
8.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa kesemasa.

8.6 Penolong Bendahari

8.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


8.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa kesemasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa

8.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
8.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
8.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa kesemasa.
8.8 Pemeriksa Kira-Kira

8.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.
8.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

8.9 Peranan Ahli Kelab.

8.9.1 Menjadi agen pembimbing kepada rakan sebaya di sekolah ini.


8.9.2 Mendorong rakan-rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap
positif dan bertingkah laku sihat.
8.9.3 Mempromosikan sikap sihat dan tingkahlaku sihat dalam kalangan
anggota keluarga di rumah.
8.9.4 Berusaha mencapai keadaan persekitaran yang bersih dan sihat di
sekolah dan di rumah.
8.9.5 Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan
sekolah mengadakan lawatan ke sekolah.
8.9.6 Memainkan peranan yang aktif dalam kempen-kempen kesihatan
yang dijalankan di sekolah.

8.10 Peranan Ahi Bersekutu

8.10.1 Membantu menyediakan sumber kepakaran, kewangan, peralatan dan


kemudahan bagi menjayakan aktiviti kelab
8.10.2 Memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti kelab.
8.10.3 Memberikan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan kelab.

PERATURAN 9 KEWANGAN

9.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang setahun.

9.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

9.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9.4 Peruntukan Perkapita Kokurikulum

9.5 Peruntukan PIBG

PERATURAN 10 KEHADIRAN / PENYERTAAN

10.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.

10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali berturut-turut dikehandaki menulis


surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 11 AKTIVITI

11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.

11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 PERATURAN-PERATURAN

12.1 Peraturan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
adalah menjadi peraturan asas.

12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12.3 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

12.4 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 TINDAKAN DISIPLIN

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:


13.2.1 Amaran lisan
13.2.2 Amaran bertulis

13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru Besar
sebagai Penolong Pendaftar Pertubuhan di sekolah adalah muktamat.

PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN

14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia di pinda.

14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

14.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa.

14.3.1 Atas permintaan bertulis dua pertiga ahli.


14.3.2 Atas keputusan pengerusi

14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan oleh
Pendaftar Persatuan Sekolah.
PERATURAN 15 PEMBUBARAN PERSATUAN

15.1 Pendaftar Persatuan Sekolah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika
didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERATURAN 15 PENARIKAN DIRI DARI MENJADI AHLI

15.1 Ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada kelab hendaklah menulis surat
kepada pengerusi untuk diputuskan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
15.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 16 PELAPORAN AKTIVITI

16.1 Laporan setiap aktiviti kelab hendaklah disediakan secara bertulis

PERATURAN 17 HAL-HAL LAIN

17.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
17.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
DRAF PERANCANGAN AKTIVITI
KELAB DOKTOR MUDA
SMK KIDURONG

TAHUN 2018

PERJUMPAAN AKTIVITI CATATAN


1 MESYUARAT AGUNG KELAB
- PENETAPAN AJK
- PERANCANGAN AKTIVITI KELAB
SEPANJANG TAHUN
2 PENGENALAN KEPADA KELAB DOKTOR
MUDA
- PERLEMBANGGAAN
- IKRAR DAN NYANYIAN LAGU KELAB
DOKTOR MUDA
3 PERTANDINGAN
- BICARA SPONTAN BM DAN BI
4 KECERGASAN FIZIKAL
- LATIHAN SENAMROBIK UNTUK
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
5 OPS DENGGI
- PEMERIKSAAN TEMPAT PEMBIAKAN
NYAMUK AEDES.
6 PROGRAM TINGKAH LAKU RESILIEN
- AKU YANG BERHORMAT
7 KECERGASAN FIZIKAL
- FUNCTIONAL TRAINING
8 PERSEDIAAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA
- PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN DAN
AKTIVITI
9 MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA
10 KECERGASAN FIZIKAL
- LATIHAN SENAMROBIK UNTUK
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
11 SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
- MENGETUAI SENAMROBIK
12 RUMUSAN TAHUNAN DAN PERANCANGAN
TAHUN HADAPAN
PROGRAM KHAS
JANUARI CERAMAH KESEDARAN SEKSUAL DALAM TING 1
KALANGAN PELAJAR
BENGKEL LOMPAT TALI AHLI KDM
FEBRUARI KEMPEN KESEDARAN KANSER SEMUA
APRIL MINI KARNIVAL KESIHATAN KDM 2017 SEMUA
JAWATANKUASA PENAJA

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196
bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa
yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

NAMA GURU PENASIHAT


1. SHAHIDA BINTI HUSSIN

2. AHMAD RUZAINI BIN ABDUL HADI

3. AZIZAN BIN KIPLI

4. BERTOLOMIA RUKU ANAK JOSHUA

JAWATANKUASA MURID TING


1. Pengerusi : Awg Mohd Azrie Awg Julaihi 5KRK
2. Naib Pengerusi : Zipporah Sewing 4KRK
3. Setiausaha : Dominique anak Jonathan Sawing 3KRK1
4. Pen. Setiausaha : Nursyasya Uzma binti Umar 1KRK1
5. Bendahari : Muhammad Syafiq bin Mohd Iswadi 5KRK
6. Pen. Bendahari : Nurhafika binti Ismail 2KRK1
7. Ahli Jawatankuasa:
7.1 : Fabian Erik anak Tero 1KRK2
7.2 : Nur Aqilah Zahidah binti Muhammad Safwan 1DLP
7.3 : Aisya Ameera 2KRK1
7.4 : Putri Dewi Cinta binti Faizal 2KRK1
7.5 : Elya Farzana binti Zulkifli 3KRK1
7.6 : Nor Azimah binti Maslihi 3KRK1
7.7 : Ben O’ryan anak Clarance 4S1
7.8 : Pyrrus Amilton anak Andrew 4KRK
7.9 : Nurul Hanis Hazirah binti Yussuf 5KRK
7.10 : Annabelle Jaming anak Matthew Pau 5KRK

You might also like