Professional Documents
Culture Documents
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat
Tarikh : 19.11.2018
Kehadiran(Bilangan) : 4/6
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para ahli ke mesyuarat panitia Pendidikan Moral kali
keempat.
1.2. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang sudi hadir ke mesyuarat ini.
1.3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang telah membantu menjayakan
segala aktiviti panitia.
1
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1. En. Muhammad Syafiq bin Azzmi membentangkan minit mesyuarat Panitia kali pertama tahun
2018. Puan Zalina bt. A.Hamid mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Puan Nor Haryati bt. Hussein.
3. Perkara Berbangkit
3.1. Analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun serta tindakan susulan.
3.1.1.Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun mencapai peratus lulus sebanyak 100%.
3.1.2.Guru – guru diingatkan supaya mengekalkan prestasi murid pada Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral.
3.3. Penggunaan buku rujukkan dan buku kerja tambahan tahun 2019
3.3.1.Guru boleh membuat cadangan pembelian untuk buku rujukan / buku latihan bagi tahun
2018.
3.3.2.Senarai pembelian hendaklah diserah kepada Penolong Kanan sekolah secepat mungkin.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral
3.4. Persediaan untuk Tahun 2019
3.4.1. Semua guru perlu membuat persedian untuk tahun 2019.
3.4.2.Rancangan Pelajaran Tahunan dan sukatan Pelajaran perlu disediakan sebelum sesi
persekolahan baru bermula.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral.
4. Kewangan
Perkara Jumlah
Baki tahun 2017 RM 108.25
Peruntukan 2018 RM 211.32
Wang yang dibelanjakan RM 78.60
Baki RM 215.97
2
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SK TANGGA BATU
KM 16, SUNGAI UDANG POS
76300, MELAKA
Minit Mesyuarat
5. Pembahagian kelas mengajar 2019
7. Hal-Hal Lain
7.1. Pengerusi Panitia Pendidikan Moral meminta para guru supaya menjalankan aktiviti seperti yang
telah dirancang.
7.2. Beliau menyeru guru-guru berusaha untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tahun ini.
8. Ucapan Penangguhan
8.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih serta
kerjasama meminta AJK Panitia Pendidikan Moral untuk menjayakan segala program yang
dijalankan oleh Panitia Pendidikan Moral