You are on page 1of 9

PK 07- Pengurusan Mesyuarat

____________________________________________________________________________________

SJK TAMIL, LADANG KULAI OIL PALM 81000 KULAI , JOHOR


தேசிய வகை ேமிழ் ப் பள் ளி கூலாய் ஆயில் பாம் தோட்டம் ,
81000 கூலாய் த ாகூர்.
Tel/Faks : 07-6524286
Email Sek : tamiloilpalm@gmail.com

_____________________________________________________________________________________

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Panitia Sains,
SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm,
81000 Kulai,
Johor.

Tuan / Puan

MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 /2018


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 6.02.2018 (Rabu)


Masa : 1.10 tengahari
Tempat : Bilik Perpustakaan
Pengerusi : En. C.Mayachandran A/L Subramaniam (Guru Besar)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Ucapan Aluan Pengerusi


3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara –perkara berbangkit
3.4 fokus mesyuarat
3.5 Hal-hal lain
3.6 Ucapan penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, DISAHKAN OLEH,

___________________________ ________________________________
PARAMESVARI A/P MUNUSAMY MAYACHANDRAN A/L SUBRAMANIAM
KETUA PANITIA GURU BESAR
SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________
PK 07/2
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 (2018)

Tarikh : 07.02.2018 Masa : 1.10 tengahari


Tempat : Bilik Perpustakaan
Pengerusi : En.S. Mayachandran

Bil Nama T/tangan Bil Nama T/tangan


1 16
2 17
3 18
4 19
5 20
6 21
7 22
8 23
9 24
10 25
11 26
12 27
13 28
14 29
15 30
(Gunakan helaian tambahan jika perlu)

TURUT HADIR
1 3
2 4

TIDAK HADIR
Bil Nama Catatan Bil Nama Catatan
1 6
2 7
3 8
4 9
5 10
Disediakan oleh,

..........................................………
(PARAMESVARI A/P MUNUSAMY )
Tarikh : 07.02.2018
____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________

PK 07/3

SJK TAMIL LADANG KULAI OIL PALM


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 /(TAHUN 2018 )

Tarikh :- 07.02.2018 (RABU)


Masa :- 1.10 – 2.30 petang
Tempat :- Bilik Perpustakaan
Pengerusi :- Guru Besar
Kehadiran :- 6/6

En.S.Mayachandran ( GB )
Pn.J.Murugamah (PK 1)
Pn M.Paramesvari (Pengerusi)
Cik K.Puunitha (Setiausaha)
En K. Prakash (AJK)
En B. Praveendran (AJK)

1.0 Perutusan Pengerusi


1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para guru. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
guru kerana dengan limpah kurnia Tuhan guru-guru dapat hadir bersama dalam mesyuarat ini. Beliau
menyampaikan amanat Guru Besar. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK atas
kerjasama yang diberikan pada tahun lalu dan diharap tahap komitmen yang sama dapat dikekalkan pada
tahun ini.

2.0 Perutusan Guru Besar


2. Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau berharap agar semua guru Sains
dapat bekerjasama bagi mencapaI kelulusan 100% bagi matapelajaran Sains dalam UPSR dan
juga petaksiran yang dijalankan pada peringkat sekolah. Beliau telah memberitahu bahawa
memberikan perhatian yang khusus kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR agar murid
tersebut dapat memperoleh keputusan cemerlang iaitu A.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.


Pn.K.Punitha selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang
lalu. Minit mesyuarat 4/2017 telah dicadang oleh En B. Praveendran dan disokong oleh
En.K.Prakash
Makluman : Semua Guru Sains

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________

4.0 Perkara Berbangkit

Murid-murid yang masih lemah dalam Sains perlu diberi bimbingan secara individu dari masa ke semasa.
Terutamanya pada waktu PdP. Selain waktu PdP guru – guru juga boleh menggunakan waktu lapang
murid iaitu pada waktu pagi, pada waktu rehat dan waktu balik iaitu sementara menunggu van. Ini akan
memberi kesan yang positif.

5.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Sains


Ketua Panitia :Pn.M.Paramesvari
Setiausaha :Pn.K.Punitha
AJK Pn.J.Murugammah
En.K.Prakash
En B. Praveendran

Maklumkan Semua Guru Sains

Maklumat Mata Pelajaran


9. Senarai guru yang mengajar mata pelajaran Sains adalah seperti berikut :
TAHUN NAMA GURU
1 Tamarai Cik K.Punitha
2 Roja En K.Prakash
3 Alli Pn.M.Paramesvari
4 Kanagam Pn.M.Paramesvari
4 Samanthi Pn.J.Murugammah
4 Suria Gandhi En B.Praveendran
5 Senbagam Pn.J.Murugammah
6 Malligai Cik K.Punitha
6 Mullai Pn.M.Paramesvari

6.0 Target Akademik / Headcount

*Lihat Lampiran

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________
7.0 Perancangan Tahunan Panitia

*Lihat Lampiran

8.0 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

8.1 Semua guru mata pelajaran harus memastikan bahawa DSKP bagi kelas yang diajar telah difailkan
sebelum sesi persekolahan dimulakan.
8.2 Penyemakan fail DSKP akandilakukanoleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik pada
minggu pertama persekolahan.
Tindakan Semua Guru Sains

9.0 Rancangan Pengajaran Tahunan / Harian


9.1 Semua guru harus memastikan supaya Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) telah difailkan dan
sebelum sesi persekolahan dimulakan.
9.2 Semua guru yang mengajar Sains boleh merujuk fail DSKP panitia bagi menyediakan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwim sekolah 2017.
9.3 Rancangan pengajaran harian adalah mengikut format yang dibekalkan oleh ketua panitia agar
tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

நாள் பாடத்திட்டம்
*Lihat Lampiran

9.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah difailkan akan disemak oleh Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Akademik pada minggu keempat persekolahan.
Tindakan Semua Guru Sains

10.0 Penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja


16. Bilangan penggunaan buku latihan yang ditentukan oleh panitia bagi semua Kelas adalah seperti
berikut :
TAHAP BILANGAN BUKU
1 1 buku nota (panjang)
( Tahun 1 – 3)  1 buku aktiviti sains

2 2 buku nota (panjang)


( Tahun 4 – 6)  1 buku aktiviti
Tindakan Semua Guru Sains
____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________
11.0 Penggunaan BukuTeks
11.1 Para guru diseru untuk mengoptimumkan penggunaan buku teks semasa Pdp.
11.2 Guru harus memastikan murid telah membalut buku teks dengan pembalut buku plastik dan
menggunakan buku tersebut dengan berhemah.

Tindakan Semua Guru Sains

12.0 Penggunaan ICT / VLE / ABM / BBM


12.1 Guru matapelajaran digalakkan untuk melaksanakan Pdp melalui penggunaan peralatan ICT
yang telah dibekalkan oleh pihak KPM.
12.2 Guru-guru disarankan untuk merancang aktiviti Pdp yang dapat mengalakkan anak murid
untuk menggunakan computer dalam bilik darjah sebagai langkah pendedahan teknologi
kepada mereka.
12.3 Guru-guru boleh mendapatkan bahan pengajaran atau bahan rujukkan dari laman Frog-Vle sebagai
rujukan tambahan dalam pelaksanaan Pdp. Para guru boleh merujuk dengan Penyelaras Vle
Sekolah sekirany ater dapat sebarang kemusyikilan.
12.4 Semua ABM / BBM telah pun dikemaskini dengan bantuan serta kerjasama semua guru dan staf
sokongan sekolah bagi memudahkan penggunaan para guru bagi pembelajaran dan pengajaran
12.5 Guru-guru diseru agar mengunakan ABM / BBM bagi tujuan Pdp. Perekodan Penggunaan bahan-
bahan tersebut adalah diwajibkan dalam buku yang disediakan.
Tindakan Semua Guru Sains

13.0 Penyemakan Buku Latihan

13.1 KPI bagi penyemakan buku yang telah ditentukan semasa mesyuarat adalah 3 hari persekolahan.
Ini bermakna guru –guru dikehendaki menanda latihan dan hasi kerja murid dalam tempoh tersebut
tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
13.2 Para guru juga harus memeriksa tarikh dan hari dari segi ejaan serta data agar dtulis dengan betul
oleh murid.
13.3 Semakan hasil kerja murid / latihan murid akan dinilai oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Akademik sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun mengikut jadual yang ditetapkan
Tindakan Semua Guru Sains

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________
14.0 PdP / Pencerapan Guru

14.1 Pdp yang dijalankan perlulah merangkumi aspek pembelajaran abad ke 21 seperti konsep ‘trafic
light’, ‘parking lot’, pemberian ganjaran, ‘behavior chart’ dan sebagainya.
14.2 Aktiviti Pdp yang dirancang perlu terdiri daripada pelbagai aras dan diselit dengan didik hibur agar
objektif Pdp dapat dicapai secara efektif dan afektif.
14.3 Pencerapan guru akan dijalankan minimum sebanyak dua kali setahun mengikut Standard 4 SKPM
secara klinikal.
14.4 Jadual pencerapan guru akan ditampal di bilik guru untuk makluman dan tindakan para guru.
14.5 Dapatan hasil pencerapan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa untuk tindakan
susulan meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Makluman Semua Guru Sains

15.0 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah

15.1 Guru kelas harus menyediakan sudut matapelajaran Sains di kelas.


15.2 Guru matapelajaran harus menampal hasil kerja dan kreativiti murid termasuk hasil murid yang
berlandaskan I-Think (petapemikiran) atau bahan hasil murid sendiri dan harus ditukar dari semasa
ke semasa.
15.3 Hasil kerja murid boleh simpan dalam fail murid sebagai bahan rujukan atau bahan bukti
pelaksanaan Pdp.

Tindakan Semua Guru Sains

16.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Peperiksaan


16.1 Guru matapelajaran harus mengemaskinikan data dalam modul offline dalam masa yang ditetapkan
oleh Penyelaras PBS.
16.2 Guru matapelajaran juga perlu mengisi data markah murid dalam sistem
SAPS NKRA pada tarikh yang dimaklumkan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Tindakan Semua Guru Sains

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________

17.0 Analisa Item


17.1 Guru matapelajaran diwajibkan untuk membuat analisa item sejurus selepas penyemakan setiap
ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
17.2 Apabila kelemahan murid dapat dikenalkan pasti melalui analisa item, guru dapat merancang
tindakan / langkah susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut.
Tindakan Semua Guru Sains

18.0 ‘Professional Learning Communities’ (PLC)


18.1 Guru Besar menyarankan agar sesi ‘Professional Learning Communities’ diamalkan kerana PLC
merupakan aspek yang diwajibkan dalam Pelan Pembangunan Pendididikan Malaysia agar
meningkatkan kualiti Pdp serta nilai profesionalisme dalam kalangan guru.
18.2 Maka, jadual PLC akan diedarkan oleh Guru Penolong Kanan Akademik agar sesi PLC dapat
dimulakan secepat yang mungkin.
Tindakan Semua Guru Sains

19.0 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)


19.1 Semua Panitia matapelajaran diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan berdasarkan
peruntukan 2018 yang telah diterima oleh pihak sekolah. Produser Kewangan perlu dipatuhi
sepenuhnya.
19.2 Guru Sains yang memerlukan bahan bantu mengajar boleh membuat Pesanan kepada ketua panitia.

Makluman Semua Guru Sains


20.0 Hal-hal lain
20.1 Guru harus berhati-hati semasa menegur murid agar tidak menyinggung perasaan murid melalui
pertuturan dan tindakan guru. Namun begitu, ketegasan guru tetap dititik beratkan.
20.2 Semua guru bertanggungjawab terhadap maklumat yang dipaparkan dalam portal PPD. Guru tidak
boleh memberikan alasan bahawa tiada internet dan lain-lain sebab.
20.3 Persembahan murid semasa perhimpuan perlu diberi perhatian agar kualiti persembahan dapat
ditingkatkan lagi.

21.0 PENUTUP
21.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------ -------------------------------------
____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00
PK 07- Pengurusan Mesyuarat
____________________________________________________________________________________
(PARAMESVARI A/P MUNUSAMY)
PENGERUSI,
PANITIA SAINS

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
1 Januari 2018 – Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like