You are on page 1of 1

BAB 1

PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan perkara berhubung pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan,
tujuan kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.

1.0 PENGENALAN

Obesiti merupakan masalah kesihatan yang dikenal pasti mengancam seluruh aspek
kehidupan manusia. Obesiti merujuk kepada pengumpulan lemak yang berlebihan yang terkumpul
di dalam badan seseorang. Obesiti boleh menjadi satu penyakit apabila lemak-lemak yang
terkumpul pada tisu menjadi tepu dan keterlaluan. Selain daripada itu, kesan pengumpulan tisu
lemak juga boleh memudaratkan dan memberikan tekanan malah boleh mencederakan organ-
organ dalaman badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Aktiviti
fizikal dan senaman juga boleh menyumbang kepada penurunan pengumpulan lemak dalam badan.

Perubahan gaya hidup dan tekanan kehidupan dalam era kepesatan perkembangan
ekonomi dan teknologi merupakan pemangkin utama kepada perubahan tabiat dan amalan
pemakanan dan kurangnya penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal. Keadaan ini
berkemungkinan atau boleh memberikan kesan atau impak negatif keselamatan fizikal dan
kesihatan individu. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, obesiti
bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti boleh
menimbulkan pelbagai masalah dan ancaman kesihatan kesihatan jangka panjang seperti penyakit
jantung, dan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat
menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan atau fizikal yang terlalu gemuk sudah
pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga berkemungkinan akan mengalami tekanan
akibat perasaan malu dan rendah diri.

You might also like