You are on page 1of 2

KAWALAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

PENDAHULUAN
Sistem kepolisian diwujudkan khusus dalam hal ehwal pengawalan keselamatan dan
ketenteraman dalam negeri. Ia bermula sejak era Kesultanan Melayu dengan ketua keselamatan
bergelar Temenggong yang diberikan peranan menjaga keselamatan hal ehwal dalam negeri.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511,
yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan
menggunakan sistem "Kapitan". Apabila berakhirnya empayar Portugis pada 14 Januari 1641,
penaklukan Belanda di Melaka yang di bantu oleh askar-askar negeri Johor, menggunakan sistem
ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah
pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' yang diselia oleh Majlis Keadilan yang anggota-
anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Apabila British mengambil alih semula
Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu
membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjenamakan semula fungsinya sebagai majistret di
samping meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.
Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam
Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem
tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829. Konsep
"Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young
pada 15 Disember 1952.

Perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman
Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis
Persekutuan Tanah Melayu dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia hingga kini.
Institusi PDRM telah mencapai usia penubuhan perkhidmatan ke-212 pada tahun ini.

engoperasian sistem PDRM adalah tertakluk kepada dasar utama PDRM menurut Seksyen 3 (3)
Akta Polis 1967 telah menggariskan perkara berikut dan ia merupakan kewajipan asasi anggota
PDRM demi menjaga kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan.

i. Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman;


ii. Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia;
iii. Mencegah dan Mengesan Penjenayah;
iv. Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
v. Mengumpul Risikan Keselamatan.

Manakala menurut Seksyen 20 Akta Polis 1967 pula menyenaraikan tugas-tugas anggota PDRM
.

You might also like