You are on page 1of 5

BUKU SKRAP

TAJUK: SEJARAH PENUBUHAN ANGKATAN


TENTERA MALAYSIA

NAMA : QAZEEM AQASHA AL-ASH BIN ANUAR


KELAS : 4 TEKNIKAL 1
PENGENALAN

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di

Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu

dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM, dan

terkini sebagai APM.

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah

diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi

melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan

dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah

bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual

ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia.

Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi

sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979,

Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab

memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.


Fungsi APM adalah:

-Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek

keselamatan dan pertahanan awam.

-Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan Awam angkatan dan

perkhidmatan pertahanan awam.

-Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin

keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku

atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana

tersebut.

Sejarah

Sejarah APM terdiri daripada iaitu zaman sebelum dan selepas kemerdekaan:-

Pra Merdeka

Pada tahun 1939, Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh

pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang dibentuk di bawah Emergency

Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah–langkah bagi

menghadapi Perang Dunia Kedua. Kemudian pada tahun 1951, The Ordinan

Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) digubal secara rasmi

sebagai satu undang–undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Setahun

kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi

melaksanakan peruntukan Ordinan.


Semasa peperangan

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi

menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa

atau selepas masa serangan musuh.

Semasa aman

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta

benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu

berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan

mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan

kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.


Infrastruktur

Setakat tahun 2015, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai:

1 Ibu Pejabat,

14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam(PNPA),

99 Pejabat Daerah Pertahanan Awam(PDPA),

55 Pejabat Unit Pertahanan Awam(PUPA),

1 Akademi Latihan Pertahanan Awam(ALPHA) dan

3 Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).

di seluruh Malaysia.

Anggota & Pasukan

926,434 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam(ASPA),

141,953 Anggota Kadet Pertahanan Awam(KAPA),

43,371 Anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam(PISPA),

9,989 Anggota KOR Siswa-Siswa Pertahanan Awam(KOR SISPA),

3401 Anggota Civil Defence Emergency Response Team(CDERT-G,S,N) dan

1,519,321 Penglibatan Orang Awam Dalam Latihan Kesiapsiagaan Awam


Menghadapi Kecemasan

You might also like