You are on page 1of 10

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua
keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi
menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
selepas masa serangan musuh.
SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda
samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi
dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-
apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa
serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan
Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:


1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Teras Strategik

1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan


2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
3. Pemerkasaan angkatan
4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

Nilai & Teras

1. Integriti
2. Komitmen
3. Kualiti
4. Inovasi Dan Kreativiti
5. Profesionalisme
6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
7. Keterbukaan
8. Kebolehpercayaan

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :

 Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah


kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
 Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari
sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
 Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif
bagi Angkatan Pertahanan Awam.
 Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan
dan logistik yang relevan dan terkini.
 Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh
memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
 Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di
seluruh negara.
 Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang
awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
 Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan
punca kuasa yang ditetapkan.
 Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan Pertahanan Awam

 Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek


keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam
1951 (Akta 221).
 Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin
Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
 Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin
keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku
atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas
bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

Sejarah APM

British Passive Defence1939


Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive
Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk
mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.
Ordinan Pertahanan Awam Digubal1951
The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang
dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
Jabatan Pertahanan Awam Ditubuhkan1952
Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan
peruntukan Ordinan.
PASCA-MERDEKA

Ordinan Pertahanan Awam 1951 Ditukar1957


The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta
221) berikutan kemerdekaan negara.
Pertahanan Awam Menjadi Unsur Tetap1958
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara
mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Perksekutuan.
Diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura1964
Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan
konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.302/314/64)
Kekuatan Dipertingkatkan1965
Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan
selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara.
Akta Perkhidmatan Negara1970
Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut peruntukan Akta
Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425) berikutan bencana banjir besar yang melanda
negara.
Pindaan Akta1972
Akta 221 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan
menjalankan perkhidmatan bantuan selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
Pertukaran moto1992
Pertukaran kepada logo baru dengan motto “Sentiasa Siap Sedia”.
Kesan Tragedi Highland Towers1993
Kondominium Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula manampakkan
kepentingan peraan Pertahanan Awam dalam situasi kecemasan dan bencana.
ERA-PEMBANGUNAN

JPA 31994
Pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mula
digunakan untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Talian Kecemasan 9911995
Talian Kecemasan ‘991’ dilancarkan pada 21 Mei sebagai tanda komitmen JPAM
memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.
Rancangan Pembangunan JPA1996
Rancangan Pembangunan 5 Tahun (1996 – 2000) JPAM dirangka bagi
memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam
gerakan kerja menyelamat.
Peluasan Penggunaan Talian 9912000
Semua ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan
perkhidmatan talian kecemasan ‘991’.
Penambahan Pusat Pertahanan Awam Dalam RMK72000
Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat
Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK7 termasuk dua projek pusat
latihan yang baru.
Lagi Penambahan Pusat Pertahanan Awam Dalam RMK82001
Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan
untuk dilaksanakan di dalam tempoh RMK8 m2008 menjadikan semua ibu negeri di
seluruh Semenanjung memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
Pengenalan Motto 'Selangkah Ke Hadapan'2004
Slogan ‘Selangkah Ke Hadapan’ diperkenalkan sebagai komitmen warga JPAM
memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai sesuai
dengan pertambahan perjawatan dalam JPAM.
Slogan 'Sedia, Pantas dan Berintegriti' Diperkenalkan2006
Memperkenalkan slogan “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai pemangkin
menjadikan JPAM sebuah jabatan yang unggul.
JPAM Diperkenalkan2008
Pertukaran pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan pada
bulan Mac semasa sambutan Hari Pertahanan Awam ke 56 yang diadakan di Ipoh,
Perak.
999 - Satu Negara Satu Nombor2008
Kerajaan Malaysia memperkenalkan talian kecemasan negara ‘Satu Malaysia Satu
Nombor’ ‘999’ bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan
polis, hospital, bomba dan JPAM.
International Civil Defence Organization2010
7 Mei – Menteri Dalam Negeri menandatangani Keahlian Tetap Malaysia dalam
International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland 6 Jun –
Malaysia melalui JPAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Tetap ICDO.
JPAM memperkenalkan Ops Bantu2010
5 September – JPAM memperkenalkan Ops Bantu bagi memberi bantuan dan khidmat
kecemasan kepada orang awam yang menggunakan Jalan-Jalan Persekutuan dan
Jalan-Jalan Negeri untuk pulang ke kampung sewaktu musim perayaan.
Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu 2013
Bermula 17 Februari – Penglibatan JPAM dalam Op Lahad Datu dalam menyediakan
pusat perlindungan awam dan khidmat kemanusiaan ketika menghadapi
ancaman pencerobohan tentera Kesultanan Sulu.
Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence2014
24 April – Penganugerahan pingat Knight of International Order of Civil Defence kepada
Ketua Pengarah Pertahanan Awam oleh Dr. Vladimir Kuvshinov selaku ICDO Secretary
General. Pengurniaan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerja-kerja bantuan
kemanusiaan, bencana dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam yang dijalankan oleh
JPAM.
Asian Crisis Management Conference2014
1 hingga 2 Oktober – Kuala Lumpur menjadi tuan rumah buat kali kedua
bagi persidangan 12th Asian Crisis Management Conference (12th ACMC
Kuala Lumpur 2014) hasil kerjasama antara JPAM dan DBKL.
Penglibatan JPAM dalam operasi menyelamat dan pasca banjir 2014 - 2015
Penglibatan JPAM secara besar-besaran dalam operasi menyelamat dan pasca banjir
yang melanda negeri-negeri pantai timur, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.
KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

Setiausaha Pertahanan1952
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1955
Kementerian Pertahanan1959
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan1964
Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam1965
Kementerian Pertahanan1967
Kementerian Keadilan1968
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1970
Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan1971
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan1975
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan1978
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri1982
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri2004
Kementerian Dalam Negeri2008
Jabatan Perdana Menteri2015

Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengurusan bencana dan
kecemasan dengan cekap dan professional seperti berikut:-

 Mengesahkan keahlian Anggota Sukarela baru dalam tempoh 14 hari dari tarikh
permohonan lengkap diterima.
 Mengambil tindakan terhadap semua 100% panggilan kecemasan.
 Sampai ke tempat kejadian tidak lebih dari 30 minit bagi jarak 10km dari Pusat
Kawalan 999 JPAM.
 Mengedarkan surat pemberitahuan lapor diri kepada peserta kursus sekurang-
kurangnya 7 hari sebelum kursus bermula.
 Menyediakan laporan kursus dalam tempoh 14 hari selepas kursus selesai
dilaksanakan.
 Memberi maklumbalas terhadap aduan yang lengkap diterima melalui
(telefon/faks/email/suratkhabar) dalam tempoh 1 hari bekerja.

Sukarelawan Pertahanan Awam

Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota
Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan
telah :-

 Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil


 Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
 Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Objektif

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

 Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi


bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
 Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
 Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995
yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

Keanggotaan

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam


1. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
3. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
4. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
5. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Faedah Menyertai Anggota

 Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)


 Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
 Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
 Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
 Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
 Belajar tatacara berpakaian seragam
 Dapat belajar seni mempertahankan diri
 Dapat belajar membaca peta dan kompas
 Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
 Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
 Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
 Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
 Dapat belajar asas kebombaan
 Dapat belajar asas menyelamat
 Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi
kemalangan yang berlaku

Kemudahan-Kemudahan

 Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan


 Mendapat elaun berkhidmat
 Mendapat Uniform percuma
 Menerima bounti (Saguhati) tahunan
 Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana
Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

Cara Memohon Sukarelawan

Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota


Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :


Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Surat Pekeliling Perkhidmatan

 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2014 – Peraturan-


Peraturan Pakaian Seragam Pertahanan Awam – Pemakaian ‘Peak Cap’ /
Beret Dan Tongkat Pegawai
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2008 – Kaedah Pelarasan
Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Alaun Pemangkuan
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 – Pihak Berkuasa
Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 – Pemakaian Pakaian
Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998 – Garis Panduan
Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah Dan Pegawai Yang Bermasalah

Arahan Tetap Ketua Pesuruhjaya

 Arahan Tetap Ketua Pengarah Bilangan 5 Tahun 2012 – Pengiktirafan


Jurulatih Pegawai Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 
 Arahan Tetap Ketua Pengarah Bilangan 2 tahun 2015 – Penyelarasan
Pemakaian Baju Korporat Lelaki Dan Wanita Angkatan  Pertahanan Awam
Malaysia
 Arahan Tetap Ketua Pesuruhjaya Bilangan 1 Tahun 2020 – Garis Panduan
Cetakan Logo Rasmi dan Nama Rasmi Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia serta Penggunaan Corak Digital Pada Bahan-Bahan Cetakan atau
Cenderamata atau Apa-Apa Barang Dagangan (Garis Panduan & Borang)
 Arahan Tetap Ketua Pesuruhjaya Bilangan 2 Tahun 2020 – Garis Panduan
Membekal atau Menjual Kelengkapan dan Peralatan Seragam Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (Garis Panduan & Borang)

Arahan Angkatan
 Arahan Jabatan Bil 7/2011 – Penetapan Pihak Berkuasa Melulus Bagi
Permohonan Cuti Tidak Berekod Serta Pelaksanaan Waktu Bekerja
Pegawai Tetap Dan Waktu Bertugas Anggota Sukarela

Arahan Teknologi Maklumat

 Arahan Teknologi Maklumat Tahun 2007

You might also like