You are on page 1of 12

PANDUAN PENGGUNAAN E-DISIPLIIN V4.

0
Oleh: Mohammad bin Harun
0199228343

Sistem akan berfungsi dengan baik dengan mengisi maklumat-maklumat berikut ke dalam system

1. Maklumat asas pengurusan disiplin melalui menu [Borang Maklumat Asas]

2. Maklumat guru hendaklah diisi melalui menu [Borang Maklumat Guru]

3. Maklumat murid hendaklah diisi secara manual melalui [Borang Maklumat Murid], atau
boleh juga diimport dari data APDM, tetapi mestilah mematuhi proses-proses yang akan
diterangkan kemudian

4. Manakala maklumat murid yang kekal seperti nama penjaga dan alamat hendaklah diisi
melalui menu [Kemas Kini Maklumat Murid]

5. Maklumat salah laku hendaklah diisi melalui [Borang Salah Laku] sama ada secara
individu atau secara berkelompok

6. Maklumat kerja amal hendaklah diisi melalui menu [Borang Kerja Amal] sama ada
secara individu atau berkelompok

7. Maklumat sesi kaunseling hendaklah diisi melalui menu [Borang Kaunseling] sama ada
secara individu atau secara berkelompok

Dengan mengisi maklumat-maklumat ini, system akan dapat berfungsi dengan baik dan
efektif

1
PENGENALAN KEPADA MENU DAN FUNGSI

[Borang Maklumat Asas]


adalah untuk memasukkan maklumat asas pengurusan
disiplin. Semua bahagian dalam borang ini hendaklah siisi
dengan lengkap

[Borang Maklumat Guru]


adalah borang untuk mengisi maklumat guru yang ada di sekolah. Maklumat guru dalam
borang ini TIDAK BOLEH di’delete’, sebaliknya hanya boleh ditambah. STATUS GURU
dalam borang ini hendaklah ditukar jika berkaitan

[Borang Maklumat Murid]


Adalah borang untuk mengisi maklumat murid secara
manual. Maklumat dalam borang ini TIDAK BOLEH
di’delete’ atau ditukar, sebaliknya hanya boleh diTAMBAH.

Ini adalah menu-menu dalam [Borang Maklumat Murid]

[Selesai/Keluar]
Adalah untuk keluar dari paparan Borang Maklumat Murid

[Tambah Murid]
Adalah untuk menambah data murid secara manual ke dalam sistem

[Import Data APDM]


Adalah proses mengimport data dari APDM (dari fail Exel), tetapi perlu melalui proses yang
akan diiterangkan kemudian

[Restote Data Murid]


Adalah untuk ‘memanggil semula’ data yang murid hilang jika proses [Import Data APDM]
gagal

[Kemas Kini Maklumat Murid]


Adalah menu untuk memasukkan maklumat kekal berkaitan murid

Maklumat dalam bahagian ini digunakan ketika


mencetak surat-surat Amaran Disiplin / Tindakan
Disiplin yang dijana oleh sistem secara automasi

Jika proses kemasukan data murid melalui [Import Data APDM], bahagian maklumat
ALAMAT dalam borang ini perlu dikemas kini kerana alamat yang diimport terkumpul pada
satu medan sahaja. Justeru perlu dikemas kini ke dalam medan-medan yang berkaitan

2
[Menukar Kelas/Status Murid]

Adalah untuk menukar kelas murid. Khususnya awal


tahun, atau pada bila jika murid berkenaan bertukar
kelas

Langkah-langkah:

1. Pilih kelas (Darjah / Tingkatan)


2. Pilih Nama Kelas

Senarai murid kelas berkenaan akan terpamer.


- Tukarkan kelas dan nama kelas, jika berkaitan
- STATUS MURID hendaklah ditukar juga jika berkaitan. Ini adalah untuk
MENYISIHKAN senarai murid berkenaan daripada senarai MURID SEMASA

[Selesai/Keluar]
Adalah untuk keluar daripada paparan ini dan kembali ke menu utama

[Lihat Senarai Murid/Kelas]

adalah untuk melihat / mencetak senarai nama murid


mengikut kelas

[Borang Salah Laku Individu]

Adalah borang untuk mencatat / merekod kes-kes salah


laku murid secara individu, khususnya kes-kes berlainan
kategori dan berlainan keterangan kes

3
Borang Catatan Salah Laku (Kes Individu)

Untuk memasukkan catatan salah laku, langkah-langkah


1. Pilih murid berkenaan, sama ada dengan menaip No KP Murid, atau klik pada nama murid
yang di’scroll’ ke bawah.
2. Pilih Kod Salah Laku, dan klik pada kes berkenaan
3. Masukkan tarikh: Hari, Bulan dan Tahun
4. Taipkan masa kes
5. Taipkan tempat berlaku kes
6. Taipkan No KP Guru, atau pilih dari senarai nama guru yang di’scroll’ ke bawah, dan klik
pada nama guru berkenaan yang menjadi saksi, atau melapor kes berkenaan
7. Sila pilih Jenis Salah Laku, atas pertimbangan, sama ada kes itu Ringan (3 markah),
Sederhana (5 markah) , atau Berat (10 markah)
8. Keterangan Salah Laku adalah ruang untuk mencatatkan keterangan kes. Ruang ini adalah
terhad kepada 250 cr sahaja. Justeru keterangan perlu ringkas dan padat, dengan
memasukkan butiran penting kes.
Contoh:
o Kes ponteng kelas: Bahawa kamu sengaja ponteng kelas Matematik
o Kes menghisap rokok: Bahawa kamu sengaja menghisap sebatang rokok jenama
Dunhill yang kamu bawa dari luar sekolah
o Kes bergaduh: Bahawa kamu sengaja menampar muka dan menendang badan Ali
o Kes tidak menyiapkan kerja rumah: Bahawa kamu sengaja tidak menyiapkan
latihan Bahasa Inggeris yang diarahkan oleh guru
o Kes buli bahasa: Bahawa kamu sengaja mengejek Ali dengan gelaran ‘Bangla’,
walaupun Ali telah menyatakan bahawa dia tidak suka dengan gelaran itu
o Kes tidak memakai lencana sekolah: Bahawa kamu sengaja tidak memakai lencana
sekolah, walaupun telah sering kali diingatkan kepada kamu
o Kes lewat masuk kelas: Bahawa kamu sengaja lewat masuk ke kelas untuk
pembelajaran Bahasa Melayu

[Selesai/Keluar]
adalah untuk keluar dari paparan ini dan kembali ke menu utama

[Borang Baru]
Adalah untuk mencatat kes murid berikutnya

4
Borang catatan salah laku (berkelompok)

Langkah pengisian maklumat kes adalah sama seperti di atas, seperti pada borang Borang
Catatan Salah Laku (Kes Individu)

Bezanya, setelah maklumat kes di’key in’, senarai murid yang sama maklumat kes boleh
diklik pada ruang No KP Murid. Ramai murid boleh di’klik’ pada ruang ini.

[Selesai/Keluar]
adalah untuk keluar daripada paparan ini dan kembali ke menu utama

[Semak/Edit Salah Laku]

Adalah untuk menyemak atau ‘delete’ kes yang silap, atau


kes yang mungkin tidak diakui oleh murid

Borang Edit Kes Salah Laku

Langkah untuk menyemak / edit kes;


1. Pilih murid pada ruang No KP Murid

5
2. Pilih kes untuk di’delete’, klik pada ruang petak sebelah kiri (pada ruang bulatan merah)
dan klik butan ‘Del’ pada ‘keyboard’

[Kemas Kini Kod Salah Laku]

Adalah untuk menambah kod-kod salah laku mengikut


kesesuaian sekolah.
CATATAN: Kod –kod yang ada dalam senarai ini
adalah kod-kod SSDM. Jadi harap JANGAN diubah

[Selesai/Keluar]
Adalah untuk keluar daripada paparan ini dan kembali ke paparan utama

[Lihat Senarai]
Adalah untuk melihat / mencetak senarai yyang ada dalam sistem

[Borang Kerja Amal Individu]


Adalah borang untuk merekod kerja amal secara
individu
CATATAN: Markah karja amal berfungsi
mengimbangi markah kes salah laku dalam
penentuan hukuman oleh sistem

Penuhkan maklumat yang dikehendaki oleh sistem

Ruang Keterangan Kerja Amal adalah ruang untuk mencatat keterangan kerja amal
Contohnya:
o Bahawa kamu telah mengecat kelas 3 Alfa
o Bahawa kamu telah membantu guru dalam kerja-kerja keceriaan bilik BOSS
o Bahawa kamu telah membantu kerja-kerja menyusun tempat persiapan Majlis
Ceramah Motivasi
o Bahawa kamu telah menunjukkan komitmen hadir penuh sepanjang bulan Januari
2016

6
[Borang Kerja Amal Berkelompok]

Adalah borang untuk mencatat kerja amal bagi ramai murid, dengan kod kerja amal dan
keterangan kerja amal yang sama

[Borang Kaunseling Individu]

Adalah borang untuk merekod sesi kaunseling atau program-


program bimbingan dan kaunseling yang diikuti oleh murid
CATATAN: Rekod ini akan dipamer dalam Laporan Individu dan
juga Surat Buang Sekolah

Penuhkan maklumat yang


dikehendaki

CATATAN: Ruang Jenis Kaunseling hendaklah ditaip, jika tiada dalam senarai. Lazimnya jenis-
jenis adalah seperti berikut;

o Bimbingan individu
o Bimbingan kelompok
7
o Kaunseling individu
o Kaunseling kelompok
o Program-program UBK seperti Kem-kem dan sebagainya
[Borang Kaunseling Berkelompok]

Adalah untuk merekod


murid-murid yang
menyertai satu-satu
program UBK

Modul Tindakan

Adalah untuk mengambil tindakan Gantung Sekolah atau Tindakan Buang Sekolah TANPA
merujuk markah merit demerit, sebaliknya digantung atau diabuang atas kes-kes tertentu yang
munasabah.

[Tindakan Gantung Sekolah]

Ini adalah untuk mengambil


tindakan Gantung
Sekolah tanpa merujuk
markah merit demerit,
sebaliknya atas kes-kes
tertantu yang
munasabah

Langkah-langkah:
1. pilih Murid berkenaan
2. Masukkan tarikh: Hari, bulan, dan tahun
3. Klik menu [Cetak Surat] untuk melihat dan MENCETAK surat

8
[Tindakan Buang Sekolah]

Adalah untuk mengambil tindakan Buang Sekolah TANPA mengikut markah merit
demerit, sebaliknya atas kes-kes tertentu yang munasabah

Penugkan maklumat yang dikehendaki dalam borang, dan klik menu [Cetak Surat] untuk melihat
dan MENCETAK SURAT

[Semak Tindakan]

Adalah untuk menyemak tarikh


tindakan diambil, atau untuk
‘delete’ data surat-surat Amaran
Disiplin

Untuk ‘delete’ data

Klik petak seperti ruang bulatan


merah, kemudian klik butang ‘Del’
pada keyboard

[Import/Export]

Adalah untuk transfer data dari satu pc ke pc yang lain, atau untuk
menggabungkan data daripada pelbagai pc

9
Paparan Makluman Tindakan yang yang perlu diambil

Ini adalah paparan


bilangan murid yang
dicadangkan oleh
sistem untuk diambil
tindakan

Klik menu [Ambil Tindakan] dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

[Laporan]

Adalah untuk mencetak pelbagai bentuk laporan daripada sistem

Anataranya:
o Laporan individu / rekod disiplin murid
o Laporan disiplin semasa
o Laporan bulanan
o Laporan Tahunan
o Sijil Akuan Sahsiah

[Borang Saman/Kerja Amal]

Adalah untuk mencetak format borang catatan salah laku / borang catatan kerja amal

Sebarang maklum balas hubungi


o Mohammad bin Harun
o 0199228343
o Emel bem8843@gmail.com
o Fb Mohammad Harun

10
PERANAN-PERANAN DALAM E-DISIPLIN

Guru-guru 1. Melaporkan kes-kes salah laku / kerja amal melalui Borang Catatan Salah
Laku/Kerja Amal
2. Guru-guru DILARANG mengambil tindakan yang tidak sepatutnya,
sebaliknya menumpukan sepenuh masa dan tenaga ke arah pnp yang
berkesan
SU Disiplin 1. Menguruskan kemasukan data (key in) ke dalam sistem
2. Memantau dan mengambil tindakan seperti yang diicadangkan oleh sistem
3. Memantau pelaporan, dan bersama-sama GPK HEM dan guru UBK, untuk
merancang dan melaksanakan program-program intervensi bagi mengatasi
masalah disiplin yang dihadapi
GPK HEM 1. Memantau pelaporan disiplin
2. Memantau pelaksanaan dan penguatkuasaan e-Disiplin
3. Memanggil murid-murid yang dikenakan Amaran Disiplin, menerangkan
tentang kesalah-kesalahan, dan meminta murid-murid berkenaan
menandatangani ruang setiap satu kesalahan yang disenaraikan dalam surat
Guru UBK 1. Melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
2. Bersama-sama GPK HEM dan SU Disiplin, merancang dan melaksanakan
program-program intervensi untuk mengatasi masalah disiplin
Pengetua 1. Memantau pelaporan disiplin
2. Memantau pelaksanaan dan penguatkuasaan e-Disiplin
3. Menandatangi surat-surat Amaran Disiplin, terutama surat hukuman
Gantung Sekolah dan Buang Sekolah

11
FAKTOR KEJAYAAN PELAKSANAAN E-DISIPLIN

Untuk memastikan e-Disiplin berjaya dan memberikan impak kepada sekolah, antara langkah
yang perlu diambil;

1. Membuat hebahan secara menyeluruh dan berterusan


2. Memastikan murid-murid faham konsep merit demerit dalam e-Disiplin
3. Memastikan guru-guru memahami dan melaksanakan sepenuhnya
4. SU Disiplin dan GPK Hem perlu mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh
sistem, tanpa ada penangguhan
5. Membuat poster / tampalan pada papan kenyataan senarai kes salah laku
6. Menampal laporan kes bulanan untuk penghayatan murid (potong bahagian yang ada
senarai nama murid)
7. Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai

12

You might also like