You are on page 1of 5

MANUAL PENGGUNA PENGESAHAN AKTIVITI PELAJAR

SISTEM MAKLUMAT PELAJAR VER 3.0

1. Mentor perlu akses kepada SMP melalui url https://pismp.moe.gov.my/mySMP


(url ini hanya untuk entry MENTOR sahaja)
>ID: No Kad Pengenalan Mentor
>Kata Laluan: 4 digit akhir No Kad Pengenalan (secara default / kata laluan yang sama
untuk login aplikasi SGMY dan SPLKPM.

2. Mentor boleh menggunakan peranti seperti personal computer (PC), komputer riba atau
telefon bimbit yang mempunyai capaian internet bagi mengakses kepada url tersebut.
3. Perkara yang perlu dilakukan oleh Mentor ialah Klik SENARAI AKTIVITI pada PROFIL (e-
INSANIAH DAN 4K).

IPG KPM MYSMP VERSION 3.0 1


4. Klik butang CARI untuk melihat senarai nama mentee/pelajar di bawah seliaan.

5. Mentor juga boleh membuat carian spesifik untuk mengetahui mentee/pelajar mana
yang masih belum membuat pendaftaran aktiviti dalam SMP dengan cara membuat
pilihan pada Status Pengesahan dan buat pilihan butang (Belum Daftar Aktiviti)
kemudian klik butang CARI. Mentor boleh terus memaklumkan dan mengingatkan kepada
mentee/pelajar berkenaan untuk membuat pendaftaran aktiviti dalam sistem.

6. Paparan senarai aktiviti mentee/pelajar yang didaftarkan atau belum didaftarkan akan
ditunjukkan seperti di bawah.

RAUDAH BINTI ADI


980515066228

KASIM BIN SELAMAT A


C
981115065727

ALI BIN ABU


980115065759 B

IPG KPM MYSMP VERSION 3.0 2


7. Berdasarkan gambar di atas, mari kita perhatikan maksud bagi setiap indikator yang
dilabelkan:
A. Mentee/pelajar tidak membuat sebarang pendaftaran aktiviti lagi di dalam
sistem.
B. Mentee/pelajar telah membuat pendaftaran aktiviti sebanyak 26 aktiviti di dalam
sistem.
C. Mentor belum membuat pengesahan/sokong sebanyak 26 aktiviti
mentee/pelajar di dalam sistem.
D. Warna merah bermaksud mentee/pelajar tidak mencapai sasaran aktiviti yang
ditetapkan. Sekiranya telah mencapai sasaran, warna merah tersebut akan
menjadi warna biru. Sasaran aktiviti adalah seperti yang berikut:
B
I KLUSTER PENGISIAN 100%
L
100% pelajar mengikuti sekurang-kurangnya dua kali 2 kali sepanjang tempoh
1 KESUKARELAWAN
aktiviti sukarelawan sebelum bergraduat. pengajian
4 program setahun (2
100% pelajar mengikuti sekurang-kurangnya empat
2 KEROHANIAN program bagi setiap
program kerohanian setiap tahun
semester)
100% pelajar mengikuti sekurang-kurangnya empat 4 program sepanjang
3 KEPIMPINAN
program kepimpinan sebelum bergraduat tempoh pengajian

8. Untuk membuat pengesahan, mentor perlu klik pada hyperteks BIL. AKTIVITI (DAFTAR)
seperti di indikator B (angka 26 seperti dalam contoh di atas) untuk melihat setiap aktiviti
mentee/pelajar. Kemudian klik pada ikon KEMAS KINI bagi setiap aktiviti mentee/pelajar
yang telah didaftarkan.

980115065759 ALI BIN ABU

IPG KPM MYSMP VERSION 3.0 3


9. Paparan aktiviti berserta maklumat aktiviti ditunjukkan seperti di bawah. Semak pilihan
check box Konstruk Personaliti yang dipilih oleh mentee/pelajar. Pemilihan Konstruk
Personaliti boleh dipilih lebih daripada satu sekiranya aktiviti tersebut melibatkan
beberapa konstruk. Semak juga pilihan check box Kemahiran 8K-Ekstra Kokurikulum
yang dipilih oleh mentee/pelajar. Pemilihan Kemahiran 8K-Ekstra Kokurikulum hanya
boleh dipilih satu sahaja. Mentor boleh membuat perubahan sekiranya mentor
mendapati aktiviti tersebut tidak berkaitan dengan Konstruk Personaliti dan Kemahiran
8K-Ekstra Kokurikulum yang dipilih oleh mentee/pelajar.

10. Paparan aktiviti berserta maklumat aktiviti ditunjukkan seperti di atas. Pilih butang
SOKONG dan klik butang SOKONG & SIMPAN untuk pengesahan. Aktiviti yang telah
disokong dan disahkan oleh mentor tidak boleh dikemas kini atau dipadam oleh
mentee/pelajar.

IPG KPM MYSMP VERSION 3.0 4


11. Tanda akan ditunjukkan pada column Status Pengesahan sekiranya pengesahan telah
dibuat dan tanda (-) sekiranya pengesahan masih belum dibuat. Mentor boleh tekan ikon
Kemas Kini bagi Aktiviti yang lain pula untuk membuat pengesahan berikutnya.

12. Mentor perlu memastikan setiap mentee/pelajar mengemaskini maklumat e-Insaniah


dan 4K.
13. Mentor hendaklah menyemak, menyokong dan mengesahkan semua aktiviti yang telah
dikemas kini oleh mentee/pelajar.
14. Aktiviti mentee/pelajar yang tidak disokong/tidak diambil tindakan sokong oleh mentor
akan menjejaskan peratus pencapaian KPI Kluster 6: Peningkatan Kualiti Pelajar di
IPGK.
15. Proses pengesahan aktiviti mentee/pelajar selesai.

Manual Pengesahan Aktiviti Pelajar oleh Mentor ini disediakan oleh:


1. Tuan Syed Azman bin Syed Ismail, IPG Kampus Bahasa Melayu

IPG KPM MYSMP VERSION 3.0 5

You might also like