You are on page 1of 29

BAB 4

LANGKAH MENGATASI GERAKAN KOMUNIS

4.0 PENGENALAN

Dalam menghadapi ancaman dan serangan daripada pihak komunis di bawah PKM,

pelbagai langkah diambil oleh pihak kerajaan Persekutuan dengan bantuan kerajaan

negeri. Antara langkah ini termasuklah mewujudkan pasukan keselamatan iaitu Kome

Guard bagi membantu pasukan polis dan tentera, mewujudkan Sistem Penggera,

melakukan sekatan bekalan makanan, memberikan tawaran hadiah, melaksanakan

pembersihan kawasan, melakukan kawalan di Kampung Baru, menubuhkan

Pendaftaran Kebangsaan dan paling penting, mendapatkan sokongan masyarakat

dalam menentang komunis. Untuk lebih lanjut, penerangan tentang langkah-langkah

kerajaan membanteras komunis akan dibincangkan seperti di bawah.

4.1 Pasukan Keselamatan

Menubuhkan Pasukan Home Guard

Dalam menghadapi ancaman komunis, pihak kerajaan telah mewujudkan pasukan

Home Guard di seluruh Tanah Melayu. Semakin meingkat thun, semakin bertambah

jumlah keanggotaan pasukan ini. Begitu juga dengan pasukan Home Guard negeri

Kelantan. Pasukan Home Guard Kelantan mengalami perkembangan dari segi

pertambahan anggota, kemudahan infrastruktur, latihan dan persenjataan.

Perkembangan dari segi pertambahan bilangan anggota Home Guard dapat dilihat

pada tahun 1952, dimana jumlah anggota Home Guard negeri Kelantan adalah seramai

7,500 berbanding pada November 1951 yang hanya berjumlah 1,760 orang anggota.

Sehingga 2 Ogos 1952, jumlah pegawai yang terlibat dalam pentadbiran dan latihan

pasukan Home Guard Kelantan adalah berjumlah 128 orang. Daripada jumlah ini, tiga

55
orang merupakan Assistant State Home Guard Officer, empat orang District Home

Guard Officer, 21 orang Inspektor manakala 100 orang terdiri daripada Permanent

Staff Instructor. Jumlah pegawai yang terlibat dalam pasukan Home Guard Kelantan

sering berubah kerana bertukar dan dikurangkan mengikut keadaan semasa dan tahap

ancaman komunis di negeri Kelantan.

Pasukan Home Guard dianggap sebagai pasukan sahabat kepada pasukan

keselamatan negara terutamanya kepada polis dan angkatan tentera kerana banyak

membantu pasukan keselamatan mengekang ancaman komunis. Namun begitu, tugas

anggota Home Guard ini tidak menyeluruh seperti mana tugas pasukan keselamatan

yang lain. Pasukan Home Guard hanya membantu pihak pasukan keselamatan

menjalankan tugas mengawal keselamatan terutamanya di kawasan

kampung-kampung yang terdedah dengan ancaman komunis. Tugas Home Guard

adalah berbeza mengikut kedudukan dan kebolehan setiap Home Guard. 1 Pindaan

unit Home Guard adalah mengikut pekeliling Perintah Pengarah Bagi Gerakan-

Gerakan Tanah Melayu Bilangan 35 Home Guard Tahun 1956 yang telah

membahagikan unit Home Guard kepada empat tingkatan iaitu :

i. Tingkat satu : Latihan (polis bertanggungjawab bagi pertahanan)

ii. Tingkat dua : Pertahanan bersama pihak polis dan pihak polis

bertanggungjawab sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan

iii. Tingkat tiga : Home Guard dengan kekuatan yang penuh

sertabertanggungjawab dari segi pertahanan. Selepas tiga bulan Home Guard

bertugas tanpa kehadiran dan bantuan pihak polis.

1
Abdullah Zakaria Ghazali, “Menangani Pemberontakan Komunis", dalam Abdullah Zakaria Ghazali. Ho Hui
Ling dan Mahmud Embong. Darurat di Kelantan, 1948-1960 : Pengalaman dan Iktibar. Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan Darul Naim. 2009. Hlm. 133.

56
iv. Tingkat empat : Rizab dengan pasukan yang disenjatakan dan

bertanggungiawab bagin pertahanan dan boleh melakukan operasi atau

rondaan di luar kampung.

a) Unit Home Guard tingkat satu :

Unit Home Guard tingkatan satu terdiri daripada ahli-ahli yang baru menjalani

latihan. Pihak polis akan befianggungjawab kepada unit ini dan peflahanan yang

dijalankan adalah di bawah perintah pihak polis. Anggota Home Guard ini akan

ditempatkan di balai- balai polis untuk diberi latihan menggunakan senjata api.

Anggota Home Guard yang baru tidak dibekalkan dengan senjata api semasa

menjalankan tugas rondaan di kampung.2

b) Unit Home Guard tingkat dua :

Unit Home Guard tingkatan dua akan bekerjasama dengan pasukan polis

dalam aspek pertahanan. Unit ini adalah di bawah tanggungjawab pihak polis- Pada

peringkat atau tahap ini, pasukan Home Guard tidak dibekalkan senjata api kecuali

mereka menjalan tugas rondaan dan kawalan pada waktu malam. Senjata api yang

digunakan akan disimpan di balai polis pada waktu siang dan akan dikeluarkan pada

waktu malam untuk kegunaan anggota Home Guard yang bertugas pada waktu malam.

Anggota Home Guard yang bertugas pada waktu malam perlu mengawal pos

kawalan, mengadakan kawalan berganda (double sentry), melakukan rondaan di

kampung dan tempoh bekerja hanya dua jam bekerja dan empat jam lepas atau rehat.

Pihak polis akan bersama-sama Home Guard dalam menjalankan tugas kawalan dan

rondaan pada waktu malam dan sekurang-kurangnya seorang anggota polis akan

bersama pasukan Home Guard.

2
Perintah Pengarah Bagi Gerakan- gerakan Tanah Melayu. Bilangan 35. Home Guard Tahun 1956

57
Satu pasukan Home Guard bagi seksyen operasi telah ditubuhkan bagi

membuat kawalan di luar kawasan kampung. Semenjak penubuhannya pada tahun

1952 hingga 1953, Persekutuan Tanah Melayu telah mempunyai seribu pasukan

seksyen operasi dengan kekuatan seramai 12,000 orang anggota. Anggota seksyen

operasi ini akan dibekalkan pakaian seragam bewarna hijau serta senjata short gun dan

'carbines'.

c) Home Guard tingkat tiga :

Unit ini adalah terdiri daripada kaum Cina golongan muda. Penahanan kampung

adalah terletak di bawah tanggungjawab Home Guard dan tidak lagi berada di bawah

pihak polis. Pasukan ini mempunyai seorang ketua seksven dan sembilan orang

angoota. Seorang pemerintah platun akan dilantik sekiranva sebuah kampung itu

memerlukan lebih dari satu seksyen untuk mengawal kampung. Setiap seksven akan

diberikan pakaian seragam benvarna hijau dan senjata api.

Cara pertahanan adalah dengan mengadakan rondaan di dalam dan di luar

kawasan kampung dengan menggunakan kaedah gempur supaya ahli pasukan

simpanan boleh turut menyertainya. Setiap individu dalam pasukan tersebut perlu

melakukan operasi lebih kurang sepuluh malam dalam masa sebulan. Bagi kawasan

kampung yang kecil, kampung ini hanya akan dikawal oleh satu seksyen sahaja dan

bagi kawasan kampung yang lebih besar ianya boleh dikawal sekurang-kurangnya

lima pasukan. Setiap anggota akan diberi senjata api dan senjata itu hanya boleh

digunakan pada waktu malam sahaja.Satu kaedah gempur perlu dilakukan di seluruh

kampung. Pusat kawalan atau Command Post di setiap kampung hendaklah di jaga

kerana pusat kawalan bertindak sebagai tempat mengadakan mesyuarat dan latihan.

d) Home Guard tingkat empat :

58
Unit Home Guard yang tinggal di Kawasan Putih (white area) dan kawasan yang akan

diisytiharkan sebagai kawasan putih kerana tiada lagi ancaman daripada pengganas

komunis di kawasan tersebut. Anggota Home Guard akan dikurangkan sedikit demi

sedikit. Satu pasukan Cadre yang bersenjata akan ditubuhkan. Unit-unit lain akan

dimansuhkan, Pasukan ini terdiri satu platun dengan kekuatan sembilan orang

anggota. Terdapat juga satu platun dengan kekuatan anggota sehingga dua puluh lima

orang bagi kampung yang besar. Pasukan Cadre termasuk dalam kekuatan pasukan

Home Guard dan mempunyai kuasa yang penuh sebagai anggota pasukan Home

Guard. Mereka juga menerima latihan menembak.

Pihak Jawatankuasa Perang Negeri (dengan nasihat Ketua Home Guard

Negeri, berkuasa memilih beberapa unit untuk dijadikan pasukan Cadre. Selain itu,

pihak Jawatankuasa Perang Negeri boleh memansuhkan sesebuah unit jika dirasakan

unit tidak menjalankan tugas dengan baik atau terdapat banyak unit dalam sesebuah

kampung. Apabila sesebuah unit telah dinaikkan ke tingkat empat, maka satu acara

akan diadakan bagi mengiingati jasa-jasa anggota Home Guard yang sanggup

berkorban menjaga keselamatan kampung daripada ancaman komunis.

Latihan Pasukan Home Guard

Di setiap negeri, terdapat satu atau lebih pusat latihan yang diuruskan oleh pegawai

Home Guard. Di setiap pusat latihan, latihan dijalankan di bawah pengawasan penuh

sama ada oleh Pegawai Home Guard Negeri, timbalannya ataupun Pegawai Home

Guard Daerah. Pada awal penubuhan pasukan Home Guard, anggota Home Guard

negeri Kelantan menerima latihan di Pusat Latihan Home Guard di Kem Tentera

Pengkalan Chepa. Sultan Kelantan, Sultan Pahang, dan Sultan Terengganu juga

melawat Pusat Latihan Home Guard di Pengkalan Chepa. Lawatan ini bertujuan untuk

melihat tahap kesediaan pasukan Home Guard yang baru dibentuk melawan
59
pengganas komunis yang semakin berani menimbulkan kekacauan di negeri Kelantan

serta di negeri Terengganu dan Pahang. Antara latihan yang diajar di Pusat Latihan

Home Guard ialah cara bertempur dengan pihak musuh. latihan seni mempertahankan

diri, latihan fizikal, latihan pertahanan kawasan kampung dan latihan merentasi

halangan.l Selain itu, terdapat beberapa latihan lain yang akan diajar kepada anggota

Home Guard secara berperingkat. Setelah mengalami pertambahan anggota, pada

bulan Januari 1953, Pusat Latihan Home Guard berpindah ke Pasir Puteh.

Selain di Pasir Puteh, Pusat Latihan Home Guard juga terdapat di Kuala Krai.

Sultan Kelantan pada ketika itu iaitu Sultan Ibrahim Petra telah berkenan untuk

melawat Pusat Latihan Home Guard di Kuala Krai pada Februari 1956. Semasa

lawatan tersebut baginda telah berpeluang untuk melihat secara dekat latihan yang

dilaksanakan di pusat latihan tersebut. Kunjungan baginda ke Pusat Latihan Home

Guard telah menaikkan semangat anggota pasukan Home Guard Kelantan untuk

melawan pengganas komunis. Pusat-pusat latihan Home Guard menyediakan tempat

latihan kepada anggota semua anggota pasukan Home Guard. Dalam setiap sesi

latihan, semua anggota Home Guard menerima tunjuk ajar berhubung tugasan mereka

sebagai anggota Home Guard di samping aspek-aspek teknikal lainnya. Misi utama

yang menjadi cabaran kepada tenaga pengajar di setiap pusat latihan Home Guard

adalah seperti :

a) Melatih anggota Home Guard dengan kemahiran asas

b) Melatih dan memberi tunjuk ajar berkenaan cara-cara menembak

c) Meningkatkan dava ketahanan dan kecekapan anggota.

d) Mentadbir unit termasuklah penyeliaan peralatan senjata.

e) Menvalurkan maklumat yang tepat dan mampu membuat kcputusan atau

tindakan yang betul.

60
Dalam latihan yang dilaksanakan ini, anggota Home Guard diberikan kursus

pendedahan asas dalam menghadapi saat genting semasa menjalankan tugas. Oleh

yang demikian, bentuk latihan yang diterapkan sangat sesuai dengan keutamaan dan

keadaan semasa menempuhi ketegangan dalam era darurat. Antara beberapa bentuk

latihan yang dipraktikkan kepada pasukan Home Guard ialah drill atau latihan tekan

tubi. Penerapan Inl sangat diperlukan untuk menyemai sikap kepatuhan kepada

perintah, tanpa seharang rungutan. Perkara ini sangat penting bagi memastikan

anggota pasukan Home Guard terus memainkan peranannya dengan berkesan.

Selain latihan ini, anggota pasukan Home Guard juga diajar kemahiran asas

seperti cara-cara untuk menjaga dan menggunakan peralatan senjata, penerapan

tugasan di pos-pos kav,alan, rondaan dan kawalan di kawasan kampung, dan juga

teknik melakukan scrangan hendap. Penekanan turut diberikan dalam aspek seperti

langkah pemantapan kawalan di sesuatu kawasan dan pembentukan jadual pertahanan

yang sesuai khususnya di kampung yang mempunyai penduduk berselerak. Antara

latihan asas lain Yang diberikan tumpuan adalah seperti latihan pengendalian

penggera keselamatan, penempatan pos kawalan pada waktu malam, kaedah rondaan,

pemantapan pusat simpanan dan juga kaedah yang betul mengelakkan rampasan

peralatan senjata. Pada peringkat akhir latihan pula. pelatih Home Guard diajar

cara-cara melakukan serangan Untuk memastikan keberkesanan pengajaran, anggota

polis dan tentera yang berpengalaman turut menjadi tenaga pengajar kepada pelatih

Home Guard.

Pasukan Home Guard Wanita

Pasukan Home Guard negeri Kelantan turut dianggotai oleh kaum wanita. Antara

kawasan kampung yang mempunyai anggota Home Guard wanita ialah di Kampung

Manjor iaitu sebuah kawasan yang terpencil di Hulu Kelantan. Kampung Manjor
61
mempunyai anggota Home Guard seramai 53 orang iaitu 41 orang lelaki dan 12

anggota wanita. Anggota Home Guard wanita ini akan bersama-sama dengan anggota

Home Guard lelaki melakukan rondaan, berkawal di pos kawalan dan bertugas di pos

pemeriksaan Home Guard. Anggota Home Guard wanita tidak bertugas pada waktu

malam dan hanya bertugas pada waktu siang. Antara anggota pasukan Home Guard

wanita Kampung Manyor ialah Che Minar binti Pahang atau dilebihkan sebagai Mak

Tengah. Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1921 di Kampung Manjor, Kelantan.

Ketika berusia 17 tahun, beliau menyertai Home Guard untuk mengawal keamanan

dan keselamatan di kampungnya, Selepas menjalani latihan menembak selama tiga

hari di Kem Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan. Wanita ini kembali ke Kampung

Manjor

dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menentang pengganas komunis.

Persuruhjaya Tinggi iaitu Sir Gerald Templer menganggap pasukan Home

Guard Kampung Major sebagai antara pasukan Home Guard terbaik di Persekutuan

Tanah Melayu. Antara kelebihan anggota Home Guard kampung Manjor ialah

kebolehan anggota wanita menembak dengan baik dan tepat. Semangat kaum wanita

menjadi anggota Home Guard di Kampung Manjor untuk menjaga keselamatan

kampung dan memerangi pengganas komunis telah mendapat penghargaan dan pujian

daripada Menteri Besar Kelantan iaitu Tengku Mohamed Hamzah ketika lawatan

beliau selama dua hari di kampung-kampung dalam daerah atau jajahan Hulu

Kelantan.

Pengurusan dan Pembayaran Elaun

Anggota pasukan Home Guard terbahagi kepada dua iaitu anggota yang

menerima bayaran dan juga anggota yang bertugas secara sukarela. Dari segi

pembayaran elaun ianya dikira dalam tempoh lima jam waktu bekerja dalam sehari.
62
Namun, terdapat juga pengecualiaan bagi mereka yang berkhidmat dalam tugasan

rutin seperti unit rondaan misalnya mesti menghabiskan tugasan mereka kurang

daripada lima jam. Bagi anggota pasukan Home Guard yang mempunyai pekerjaan

tetap dalam perkhidmatan awam, bayaran gaji bagi anggota yang menghadiri latihan

di pusat latihan pasukan Home Guard dibuat oleh majikan atau jabatan tempat mereka

bekerja. Hal ini kerana pemberian elaun hanya dikhaskan kepada anggota Home

Guard dari unit biasa dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Secara purata,

kadar bayaran biasanya sebanyak $5 bagi jawatan Komander Platun dan $3 kepada

anggota biasa dalam pasukan Home Guard. Selain itu. bayaran elaun ini diberikan

mengikut bilangan hari latihan penuh yang disertai oleh ahli dengan keutamaan

diberikan kepada anggota yang tinggal jauh dari pusat latihan. Pada tahun 1952,

pasukan Home Guard Kelantan mernbelanjakan sebanyak $60 000 untuk urusan

penggajian dan pembayaran elaun.

4.2 Sekatan Bekalan Makanan

Dalam usaha menyekat makanan. ubat dan bahan letupan jatuh ke tangan pengganas

komunis, Sir Harold Briggs memperkenalkan larangan membawa makanan,

ubat-ubatan dan letupan. Sehubungan dengan itu, penduduk di negeri Kelantan

terutamanya di kawasan berhampiran dengan hutan seperti di Kampung Hulu Sat,

Jeram dan Batu Mengkebang diwajibkan membawa “Kad Sekatan Membeli” ketika

membeli barangan kawalan seperti ikan kering. susu tin, beras dan barang lain seperti

candum gula, garam dan makanan yang dimasak. Pasukan Home Guard berperanan

untuk memeriksa bekalan makanan penduduk terutamanya jika bekalan makanan itu

dibawa keluar. Langkah ini diambil oleh pihak kerajaan kerana menyedari pihak

komunis mendapat bekalan makanan. Ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain

63
daripada penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Selain itu, di atas nasihat Majlis

Eksekutif Perang Negeri, empat unit dibentuk termasuk Unit sungai dan Keretapi

Jadual menunjukkan perbelanjaan pembayaran gaji dan elaun kepada pasukan

Home Guard mengikut negeri pada tahun 1952.

PERKEMBANGAN DAN PERANAN PASUKAN Home Guard NEGERI

KELANTAN

Pengenalan

Pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu dan negeri Kelantan telah
mengalami perkembangan terutamanya dari segi jumlah anggota, persenjataan, dan
bidang tugasan. Golongan wanita juga turut bersama-sama menyertai pasukan Home
Guard untuk membanteras pengganas komunis. Pasukan Home Guard juga dilatih di
Pusat Latihan Home Guard sebagai persediaan untuk menghadapi pengganas
komunis. Pada zaman darurat, pasukan Home Guard memainkan peranan penting
dalam membantu pihak kerajaan membasmi pengganas komunis. Pasukan Home
Guard memainkan peranan penting dalam pengawalan di kawasan kampung dan
Kampung Baru. Pembentukan pasukan Home Guard di kawasan kampung dan
Kampung Baru sangat penting untuk menghalang atau menyekat bekalan makanan
komunis. Hal ini kerana pengganas komunis mendapat bekalan makanan daripada
penduduk kampung dan kawasan setinggan yang berdekatan dengan hutan. Pasukan
Home Guard juga berperanan dalam pengawalan di pos kawalan, operasi pemeriksaan
makanan dan kawalan pagar dan turut bersama-sama pasukan keselamatan memburu
pengganas komunis di hutan3

Perkembangan Pasukan Home Guard Kelantan

64
Menjelang Julai 1951, pasukan Home Guard Persekutuan Tanah Melayu telah

mengalami perkembangan kerana terdapat 79,000 orang anggota Home Guard di

Tanah Melayu. Jumlah kcanggotaan pasukan Home Guard terus bertambah kepada

139,829 orang anggota pada November 1951 yang dibahagikan kepada 806 unit.

Unit-unit tersebut termasuklah 16 unit di Pahang dengan 3,313 orang anggota Home

Guard, 81 unit di Kelantan dengan kekuatan seramai 1,760 orang anggota, 31 unit di

negeri Melaka dengan kekuatan Home Guard seramai 1,005 orang, 25 unit di Selangor

dengan 6,488 orang anggota Home Guard, 36 unit di Negeri Sembilan dengan 1,361

orang anggota pasukan Home Guard, 429 unit di negeri Johor dengan kekuatan

anggota Home Guard seramai 41,81 1 orang. 4 Unit di Pulau Pinang dengan

keanggotaan seramai 5,834 orang Home Guard. Di negeri Perak pula, terdapat 101

unit dengan kekuatan anggota Home Guard seramai 44,600 orang. Sementara itu,

terdapat 10 unit di Perlis dengan kekuatan anggota Home Guard seramai 1,816 orang,

di negeri kedah pula terdapat seramai 32,092 orang anggota Home Guard tetapi tidak

dapat diketahui dan dikenalpasti jumlah unit Home Guard di Kedah. Di Terengganu

sehingga tahun 1951 tiada unit Home Guard ditubuhkan kerana pada waktu itu kurang

ancaman komunis di Terengganu.5

(jadual)

(Jadual)

4
Ho Hui Ling. Zaman Darurat, 1948-1960 : Kegiatan Komunis dan Langkah-langkah Kerajaan Membanteras

5
Abdullah Zakaria Ghazali & Mohd Radzi Hj. Ahmad (ed), Perak dan Sejarah,

65
Tugas dan Peranan Pasukan Home Guard

Peranan utama yang dimainkan oleh anggota pasukan Home Guard adalah untuk

mempertahankan dan mengawal keselamatan penduduk kampung dan juga di

kampung-

kampung baru yang dikenal pasti berisiko menerima ancaman komunis. Selain itu,

anggota pasukan Home Guard juga berperanan besar dalam membuat penangkapan

dan menghapuskan anggota komunis yang berada di sekitar kampung mereka. Pada

masa yang sama, seorang anggota hendaklah memastikan maklumat-maklumat

tentang aktiviti komunis itu dapat disalurkan secara langsung kepada pihak polis atau

pos kawalan yang terletak berhampiran dengan kawasan rondaan dan kawalan anggota

Home Guard. Walaubagaimanapun antara keutamaan-keutamaan lain yang menjadi

tugasan rutin anggota Home Guard seperti:

a) Mengadakan pemeriksaan di setiap pintu masuk dan memeriksa kenderaan dan

individu yang keluar masuk bertujuan untuk menyekat pencerobohan

pengganas

komunis yang sering menceroboh kampung untuk mendapatkan makanan dan

wang.

b) Menyertai gabungan antara pasukan Home Guard dengan pihak polis dalam

melakukan rondaan dan kawalan kampung.6

Aspek Taktikal Pasukan Home Guard

6 The straits Times, 31 ogos 1953, him. 7.

66
Bagi memastikan pasukan Home Guard muncul sebagai pasukan keselamatan yang

penting, kerajaan telah membuat beberapa arahan dasar sebagai garis panduan operasi.

Pertamanya mengadakan rondaan dan kawalan dalam waktu yang panjang di kawasan

kampung. Satu jadual akan dibentuk untuk menyelaraskan jumlah anggota dan

kawasan tanggungjawab yang perlu dibuat rondaan oleh pasukan Home Guard.

Dengan perlaksanaan jadual tugasan ini, anggota Home Guard juga dapat melakukan

rondaan dalam jarak yang tertentu denoan kawasan asas mereka berdasarkan kepada

rancangan yang dipersetujui bersama dengan pihak polis. Dari segi persenjataan pula,

setiap anggota Home Guard yang bertugas berkawal di pos kawalan akan dibekalkan

dengan senapang patah bersama-sama 50 butir peluru. Walaubagaimanapun seseorang

anggota Home Guard tidak dibenarkan untuk menjalankan operasi diluar kawasan ini

melainkan melibatkan operasi bersama denoan pihak tentera dan polis. Antara operasi

yang melibatkan pasukan Home Guard dengan pihak keselamatan seperti menjalankan

gerakan-gerakan dan operasi di Sungai Lebir dan meronda di kawasan selatan dan

barat sungai itu.7

Kedua, membentuk unit-unit kecil yang beroperasi dalam jumlah yang banyak.

Pasukan Home Guard yang terlibat dalam bahagian ini diberi latihan tambahan dan

disiapsediakan untuk menjalankan operasi secara aktif secara bersendirian

(melibatkan anggota Home Guard sahaja) atau bersama-sama pihak keselamatan lain

dalam menentang musuh di kawasan mereka. Anggota Home Guard akan menjalani

latihan untuk melakukan serangan ke atas musuh di Pusat Latihan Home Guard di Tok

7
Penasihat British Negeri Sembilan. U/7!54. Home Guard General CIS (53) (17). " Duties of The Home Guard".

hlm.2.

67
Khamis, Pasir Puteh.8 Setelah p erkasåan pasukan Home Guard dilakmkan. anggota

Home Guard juga boleh menjalankan operasi di luar kawasan kawalan mereka.

Anggota pasukan Home Guard boleh menjalankan operasi di luar kawasan mereka

bersama anggota Home Guard dari daerah dan negeri lain.

Pos Kawalan Pasukan Home Guard

Pos kawalan pasukan Home Guard dibina tidak melibatkan kawasan yang besar. Hal

ini bertujuan memastikan kesemua anggota pasukan Home Guard dapat menumpukan

tugas dengan baik tanpa disalahounakan untuk aktiviti lain. Binaan pos ini kawalan

Home Guard ini diberi penekanan kepada cili-ciri keselamatan seperti kalis peluru dan

mampu memberi perlindungan dari semua sudut daripada peluru di bahagian anjung

atau di bahagian luar. Di setiap pos kawalan pasukan Home Guard, terdapat dua pintu

keluar yang dibina khas bagi memudahkan anggota pasukan mempertahankan diri

sekiranya diserang oleh musuh. Selain itu, pos kawalan ini juga diperkuatkan lagi

dengan pagar berkembar di bahagian hadapan dengan binaan pagar yang bersesuaian

dengan ciri-ciri keselamatan. Biasanya pos kawalan dibina bersebelahan atau

berhampiran di lokasi strategik di kawasan yang menjadi pusat kepada sesebuah

kampung atau kampung baru. Sebagai angkah keselamatan, biasanya pos kawalan

dibina bersebelahan atau berhampiran dengan balai polis. Walau bagaimanapun, di

perkampungan baru yang besar, pos kawalan biasanya dibina lebih dari sebuah kerana

kawasan ini lebih erisiko diserang oleh pengganas komunis. Pasukan Home Guard

Kelantan juga membina pos kawalan untuk mengawal kawasan kampung. Contohnya,

pembinaan pos kawalan pasukan Home Guard di Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Pos

kawalan pasukan Home Guard ini dibina untuk mengawal kawasan Kuala Balah. Pos

8
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Fail Kelantan war Committee Confidential 306/1957, Home
Guard- Confidential Miscellaneous, BRIEF HISTORY OF THE Home Guard, KELANTAN. hlm. 2.

68
ini dibina dengan peruntukan sebanyak S250 yang dibiayai oleh Jawatankuasa

Eksekutif Perang Negeri Kelantan. Pos kawalan juga dilengkapi kawat berduri, kawat

berduri ini penting untuk keselamatan dan pertahanan pos kawalan pasukan Home

Guard. Semua pos kawalan pasukan Home Guard di Kelantan dilengkapi dengan

kawat berduri untuk tujuan pertahanan daripada serangan pengganas komunis.

Jawatankuasa Eksekutif Perang Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai

Jajahan atau pegawai daerah telah berusaha meningkatkan pos-pos kawalan di seluruh

jajahan atau daerah Pasir Puteh. Pos-pos pasukan Home Guard juga mula dibuka di

Pasir Puteh pada Mei 1952. lanya telah dibuka di beberapa buah kampung antaranya

kampung Air Tawar, kampung Tok Bali, Kuala Semerak, Kampung Dalam Rhu,

Pachakan, Cherang Ruku, Pulau Lima Limbongan, Gaal, Kampung Saring, Telosan,

Padang Pak Amat, Bukit Abal, dan di kampung Selising. Selain dari kawasan ini,

terdapat juga cadangan pembukaan pos kawalan di kampung Banggol Seman, Bukit

Jawa, Wakaf Tuan Ferre, kampung Batu Kawi. Bukit Awan€2 dan kampung Bukit

Bidang. Tanggungjawab Pengawalan Di Kampung Baru

Kerajaan Persekutuan mengetahui adanya hubungan di antara pengganas komunis

dengan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran dengan hutan atau kawasan

setinggan. Pihak kerajaan juga mengenal pasti kawasan kampung dan setinggan yang

berhampiran hutan menjadi sumber utama pihak pengganas komunis mendapat

bekalan makanan, wang tunai dan maklumat berkaitan pergerakan pasukan

keselamatan. Oleh yang demikian, sebuah Jawatankuasa Setinggan dibentuk dan

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Sir Alex Newboult untuk menyelesaikan

masalah setinggan. Pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk memindahkan

penempatan setinggan ke kawasan yang baru serta membekalkan pentadbiran,

keselamatan, dan aspek kesihatan di kawasan tersebut. Dengan itu pada tahun 1950

69
kerajaan telah mengambil langkah memindahkan penduduk tersebut ke penempatan

baru yang disediakan oleh kerajaan. Langkah ini dapat memutuskan perhubungan

antara pihak pengganas komunis dengan masyarakat serta dapat mengatasi masalah

ancaman daripada pengganas komunis Yang dihadapi oleh penduduk. Usaha kerajaan

ini telah berjaya menubuhkan 280 buah kampung baru pada 1951 dan 480 buah

kampung baru pada tahun 1954, dan kira-kira 572,917 orang terlibat dalam

perpindahan ke kampung baru ini.

Kampung Baru

Di negeri Kelantan terdapat 18 buah kampung baru telah diwujudkan oleh

pihak kerajaan yang melibatkan seramai 12.560 orang penduduk Antara penempatan

baru yang diwujudkan ialah di Gua Musang yang melibatkan 1750 orang penduduk,

Kemubu, 550 orang, Bertam, 1100 orang, Kuala Gris, 180 orang, Dabong seramai 500

orang, Manik Urai seramai 770 orang. Kubur Datu. 530 orang dan Kuala Balah

seramai 1070 orang. Di jajahan Ulu Kelantan, terdapat 17 buah kampung baru telah

diwujudkan sehingga tahun 1953 bagi menempatkan semula penduduk agar

pengganas komunis tidak dapat berhubung dengan penduduk. Antaranya ialah

Kampung Baru Gua Musang, Kampung Baru Kuala Balah, Kampung Baru Bertam,

Kampung Baru Dabong, Kampung Baru Laloh, Kampung Baru Pemberian, Kampung

Baru Manjor, Kampung Baru Kuala Gris dan Kampung Baru Karangan. Pasukan

Home Guard telah memainkan peranan yang besar dalam aspek keselamatan di

kampung-kampung baru ini. Pasukan Home Guard yang dibentuk di

kampung-kampung baru ini akan melakukan rondaan dan mengawal kawasan ini

daripada diceroboh oleh pengganas komunis. Contohnya, terdapat terdapat 15 orang

anggota Home Guard bertuoas di Kampung Baru Karangan, 15 orang Home Guard di

Kampung Baru Manjor, 10 orang anggota Home Guard di Kampung Baru Pemberian.

70
15 orang anggota Home Guard di Kampung Baru Kuala Gris, 25 orang anggota Home

Guard di Kampung Baru Kuala Balah. Setiap anggota Home Guard yang bertugas

dikampung-kampung baru telah dibekalkan dengan senapang patah oleh pihak

kerajaan. Anggota Home Guard juga akan memeriksa segala pergerakan keluar masuk

kenderaan dan penduduk di kampung-kampung baru.

Sekatan Bekalan Makanan

Dalam usaha menyekat makanan. ubat dan bahan letupan jatuh ke tangan

pengganas komunis, Sir Harold Briggs memperkenalkan larangan membawa

makanan, ubat-ubatan dan letupan. Sehubungan dengan itu, penduduk di negeri

Kelantan

terutamanya di kawasan berhampiran dengan hutan seperti di Kampung Hulu Sat,

Jeram dan Batu Mengkebano diwajibkan membawa Kad Sekatan Membeli ketika

membeli barangan kawalan seperti ikan kering. susu tin. beras dan barang lain seperti

candum gula, garam dan makanan yang dimasak. Pasukan Home Guard berperanan

untuk memeriksa bekalan makanan penduduk terutamanya jika bekalan makanan itu

dibawa keluar. Langkah ini diambil oleh pihak kerajaan kerana menyedari pihak

komunis mendapat bekalan makanan. ubatan dan keperluan asas yang lain daripada

penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Selain itu, di atas nasihat Majlis Eksekutif

Perang Negeri, empat unit dibentuk termasuk Unit sungai dan Keretapi untuk

menerangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Fail Kelantan Executive Committee Confidential 306/1957. Home Guard-

Confidential Miscellaneous. Tour Of Inspection On By SHOO, film. 2

Pejabat Daerah Pasir Mas. 159/52. Message from His Highness the Sultan Kelantan to

the Council of State.

71
Budget meeting on 17 December, 1953.

m/s 75

penduduk mengenai Peraturan Kawalan Makanan yang diperkenalkan oleh kerajaan

pada

35

5 April 1954.

dljaga kasva«an bet pngat' bntu

Dacrah Hulu Kclantan

Segala perbclanjaan pad' ok nn ol'

Kclantan tnclalui pcmntuknn ban',

Pembersihan Kawasan

Kcrajaan kclantan juga Ilicngnnll)il langkall kawnqnrj

72
di tepi jalan untuk Incngclakkan nncaruan (la'åpnda Plhak yang

sekaligus menycrang hcndap tcrhadap ojnng awant scHn angpota kcsclagnatan yang

menggunakan jalan terscbut.

13agi nncnjaynkan progralti (crqcbut KcrnJiian Ncgcrj

Kelantan mengsiytiharkan

pcraturan ('Icarancc (Kuala K'tui Road) (2' act'.

1951

Bcrkuatkuasa peraturan ini, kcrja mcnjbcrsihkan senülk satnun (Illakukan sepangjang

jalan

menghubungi Kuala Krai dengan Kota 13haru,

Sctcnusnya pada 27 Scptcrnber 1952

73
Menteri Besar Kelantan Nik Ahmed Kamil mcngtllnutnkan peraturan Clcatnnce

Puteh —Machang Road) Order 1952, yang menguatkuasakan peraturan Incmbetslh

semak

samun di sepanjang jalan raya mcnhubungi Pasir Puteh-Maehang.

Pada tahun 1955, 12,000. diperuntukkan untuk membcrslh bcluknr dl kin dan

kanan bahu jalan tahun 1956 pula Inenyaksikan angka yang sama dtpohon yang mana

langkah ini bermatlamat bagi gnembasrni pihak komunis yang lagi akuf bergerak di

SUK,Kel, 3002/1957,Pegawai I)aerah llulu Kelantan kcpada Penolong Fengu.va

Januan 1957.

HO Hui Ling, ' 'Usaha Kerajaan mcnangani J)

Kclantan X X VI, monograf Pctbadanan Ncgcn Kejalitan,

Ms 90

???

74
Ms 91

itu, pada Mei 1954, M.c Shepperd, Residen British Negeri Sembilan, dan Pengeru%i

Eksekutif Negeri Sembilan memperkenalkan Pemusatan Masak Nasi (Central

cooking of Rise) untuk mengawal bekalan makanan. Dalam rancangan ini penduduk

kampung baru atau ladang bebas membeli jumlah beras mengikut kemampuan, nasi

yang dimasak ini boleh diambil kira-kira pukul 5.00 pagi, Selain itu, di atas nasihat

Majlis Eksekutif Perang Negeri, empat unit dibentuk termasuk unit sungai dan

keretapi, melaksanakan kempen pada 20 Mac 1954, di kawasan darurat menerangkan

kepada penduduk mengenai Peraturan Kawalan Makanan. Pada 5 April 1954,

Peraturan Kawalan Makanan diperkenalkan, Unit Bergerak menyebarkan 40,000

risalah dalam berbagai bahasa: Melayu, cina, Tamil dan Inggeris di kawasan yang

berkaitan. Pertunjukan secara langsung diadakan bagi menjelaskan kepentingan

Peraturan Kawalan Makanan itu. Dalam pada itu Jabatan Maklumat merakamkan

suara Sultan dan Menteri Besar Kelantan untuk dipasangkan di kawasan darurat,

Ucapan rakaman ini mengenai Peraturan Kawalan Makanan dan pengumpulan padi

sebagai langkah Utama menamatkan Darurat.

Tawaran Hadiah

Dalam usaha lain dalam membanteras gerakan komunis, Sir Henry Gurney

mengisytiharkan tawaran hadiah kepada sesiapa yang menyampaikan maklumat

kepada kerajaan sehingga membawa kepada penangkapan atau kematian pengganas

komunis, Tawaran hadiah yang dikeluarkan itu mengikut taraf dan kedudukan mereka

ditangkap.

75
J.J Raj, The War Year & After,(Second printing,revised) Subang Jaya:Pelanduk

Publications (M) Sdn Bhd,2000, him. 102.

Kelantan State Secretary 3037/1954,' 'Monthly Repofl-February, 1954", Depaflment

of Information, Kota Bharu, Kelantan, I st March 1954,

Tawaran hadiah sebanyak $250,00 kepada mereka yang memberi maklumat sehingga

tertangkap hidup-hidup Setiusaha Jawatankuada Kerja Pusat, dan $125,00 hadiah jika

ia terbunuh: $200,000 sehingga tertangkap hidup-hidup ahli Parti Buruh, Seterusnya

$100,000 jika ia terbunuh:$150,000 kepada mereka yang menyebabkan tertangkapnya

hidup-hidup, ahli Jawatankuasa Pusat dan Juga ahli Selatan, Tengah, dan Utara, dan

Selain itu, $ 75000 menyebabkan pembunuhan mereka., S 120,00 dan S 60,000

kepada mereka yang menyebabkan tertangkapnya Setiusaha Jawatankuasa Bahagian

dan Negeri: $75000 dan $ 35,000, ahli jawatankuasa Negeri dan Bahagian: $8000 dan

S 6000, setiusaha Jawatankuasa Pengarah dan Ketua, serta Ketua dan Penolong Ketua

Platun: dan $ 5000, Setiusaha Jawatankuasa Cawangan, ahli jawatankuasa cawangan,

Ketua dan platun, Ketua pasukan kawalan, dan Ketua Pasukan Kenderaan:$25000 dan

kepada mereka yang menyebabkan tertangkapnya ahli Parti Komunis Malaya, dan ahli

pertubuhan pengganas bersenjata yang bukan komunis.

Mendapatkan Sokongan Penduduk

Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk menawan hati

penduduk tempatan supaya tidak menyertai dan menyokong komunis, serta

mempengaruhi supaya ahli komunis meletak senjata dan menyerah diri, serta

meninggalkan fahaman komunis, ialah melalui perang saraf. Tugas ini

dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Perhubungan Raya Persekutuan. Dalam

76
rancangan ini seluruh negeri Tanah Melayu

Abdullah Zakaria Pemberontakan Komunis", dalam Abdullah Zakaria Ghazali, Ho

Hui Ling & Mahmud Embong, Darurat di Kelantan 1948-1960 Pengalaman dan

Iktibar, 2012, him. 151.

ms 92

Risalah disebarkan kepada penduduk tempatan memaklumkan keadaan dan

kedudukan komunis dari masa ke semasa akibat pasukan kerajaan,

Dalam melaksanakan perang saraf ini kerajaan British mendapatkan nasihat pakar

psikologi, Lucian w.peys dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat menjalankan

kajian tinjauan dan penelitian di Tanah Melayu, beliau menyatakan antara lain, setiap

langkah ke arah kemerdekaan yang diisytiharkan oleh Kerajaan British dituntut oleh

pengganas komunis sebagai hasil perjuangan mereka. Kerajaan Persekutuan

mengambil pelbagai langkah untuk menawan hati penduduk tempatan supaya tidak

menyertai dan menyokong komunis, serta mempengaruhi supaya ahli komunis

meletakkan senjata dan menyerah diri meninggalkan fahaman komunisme yang

dianuti mereka.

Antaranya ialah melalui Perang Saraf (psychological warfare). Tugas ini

dipertanggunjawabkan kepada Pejabat Perhubungan Raya Persekutuan. Dalam

rancangan ini seluruh negeri Melayu terlibat. Dalam gerakan ini, surat khabar

mingguan dan bulanan memuatkan berita mempengaruhi penduduk menentang

komunis dan kerjasama dengan kerajaan membanteras komunis. Sementara itu

propaganda yang dibuat sama ada di radio dan pengganas komunis yang menyerah diri

akan digunakan dalam kempen tersebut. Selain itu, bilik bacaan dibina untuk

membolehkan penduduk membaca surat khabar dan risalah yang dibekalkan. Kerajaan
77
juga menayangkan filem, khususnya melalui Filem Unit Malaya di kampung, dan

pengganas komunis yang menyerah diri bercakap mempengaruhi

Siti Norbaya Binti Yusof,'Darurat 1948-1960: Ancaman Komunis di Pasir Puteh dan

Langkah-langkah Yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasinya ', Latihan Ilmiah,

B.A, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 68.

Ibid, hlm. 72.

ms 93

….

MS 73

Tanggungjawab Pengawalan Di Kampung Baru

Kerajaan Persekutuan mengetahui adanya hubungan di antara pengganas komunis

dengan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran dengan hutan atau kawasan

setinggan. Pihak kerajaan juga mengenal pasti kawasan kampung dan setinggan yang

berhampiran hutan menjadi sumber utama pihak pengganas komunis mendapat

bekalan makanan, wang tunai dan maklumat berkaitan pergerakan pasukan

keselamatan. Oleh yang demikian, sebuah Jawatankuasa Setinggan dibentuk dan

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Sir Alex Newboult untuk menyelesaikan

masalah setinggan. Pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk memindahkan

penempatan setinggan ke kawasan yang baru serta membekalkan pentadbiran,

keselamatan, dan aspek kesihatan di kawasan tersebut. Dengan itu pada tahun 1950

kerajaan telah mengambil langkah memindahkan penduduk tersebut ke penempatan

baru yang disediakan oleh kerajaan. Langkah ini dapat memutuskan perhubungan

antara pihak pengganas komunis dengan masyarakat serta dapat mengatasi masalah

ancaman daripada pengganas komunis yang dihadapi oleh penduduk. Usaha kerajaan

78
ini telah berjaya menubuhkan 280 buah

surat Dato' Kaya setia kepada Mr. Macdonald, 15 Mei 1952. DOPP 1 199/1952 ANM.

INF273/52, Pamplet Facts about Malaya, Jabatan Penerangan Kuala Lumpur, 1952.

kampung baru pada 1951-9 dan 480 buah kampung baru pada tahun 1954, dan

kira-kira 572,917 orang terlibat dalam perpindahan ke kampung baru ini. Di negeri

Kelantan terdapat 18 buah kampung baru telah diwujudkan oleh pihak kerajaan yang

melibatkan seramai 12.560 orang penduduk Antara penempatan baru yang

diwujudkan ialah di Gua Musang yang melibatkan 1750 orang penduduk, Kemubu,

550 orang, Bertam, 1100 orang, Kuala Gris, 180 orang, Dabong seramai 500 orang,

Manik Urai seramai 770 orang. Kubur Datu. 530 orang dan Kuala Balah seramai 1070

orang. Di jajahan Ulu Kelantan, terdapat 17 buah kampung baru telah diwujudkan

sehingga tahun 1953 bagi menempatkan semula penduduk agar pengganas komunis

tidak dapat berhubung dengan penduduk. Antaranya ialah Kampung Baru Gua

Musang, Kampung

Baru Kuala Balah, Kampung Baru Bertam, Kampung Baru Dabong, Kampung Baru

Laloh, Kampung Baru Pemberian, Kampung Baru Manjor, Kampung Baru Kuala Gris

31

dan Kampung Baru Karangan.

79
Pasukan Home Guard telah memainkan peranan yang besar dalam aspek

keselamatan di kampung-kampung baru ini. Pasukan Home Guard yang dibentuk di

kampung-kampung baru ini akan melakukan rondaan dan mengawal kawasan ini

daripada diceroboh oleh pengganas komunis. Contohnya, terdapat terdapat 15 orang

anggota Home Guard bertuoas di Kampung Baru Karangan, 15 orang Home Guard di

Kampung Baru Manjor, 10 orang anggota Home Guard di Kampung Baru Pemberian,

32

Mohd Riduan Hj. Aslie & Mohd Radzuan Hj. Ibrahim. Polis Diraja Alalavsia : Sejarah

Peranan dan Cabaran,

Kuala Lumpur, Kumpulan Karangkraf,1984.hlm. 110.

Ho Hui Ling. " Usaha Kerajaan Dalam Menangani Masaiah Komunis di Negeri

Kelantan, 1948-1960, dalam

80
arisan Kelantan XXV. MonografPerbadanan Muzium Negeri Kelantan. 2007. hlm.

129.

New Village Ulu Kelantan. From S.A.O. Kota Bharu, 1953, dalam Fail Peiabat

Penanian Negeri Kelantan 1945-

-ibid, hlm.2.

MS 79

Pendaftaran Kebangsaan

Kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan menangani pemberontakan komunis

di Tanah Melayu seperti memperkenalkan pendaftaran kebangsaan, termasuk

Kelantan dengan mewajibkan penduduk berumur 12 tahun ke atas mendaftar dan

memillkl kad pengenalan. Langkah kerajaan ini dikenali sebagai Pendaftaran

Kebangsaan dan Pemilikan Kad Pengenalan. Dalam peraturan yang diisyihar dan

dikuatkuasakan melalui Emergency (Registration of Residents) Regulations, 1948,

semua kanak-kanak 12 tahun ke atas mewajibkan Inendaftar bagi memiliki kad

pengenalan _sang tertcta pemilik, cap ibu jari, nama,bangsa, bahasa, tempat lahir,

tempat tinggal (Ian pekerjaan. Dengan langkah ini kerajaan yakin akan dapat

mengawal pergerakan bebas ahii komunis di Tanah Melayu dengan sistem pengenalan

diri yang dapat dikenal pasti melalui sistem tersebut. sehubungan pengisytiharan

pendaftaran kebangsaan, Menteri Besar Kelantan Dato'Nik Ahmed Kamil

mengisytiharkan Kelantan sebagai kawasan pendaftaran kebangsaan pada 25 Ogas

1948. Pengisytiharan ini berasaskan peraturan Regulation 3 of the Emergency

81
(Registration Areas) Regulations, 1948-Declaration of Regulation Area. Berkuatkuasa

dengan peraturan ini penduduk kelantan diwajibkan mendaftaran di Balai polis

berdekatan, atau Pejabat Pendaftaran. Pendaftaran bermula pada 15 September 1948,

dan berakhir pada 31 Disember 1949.14 Dalam hal ini penduduk diingatkan hanya

menunjukkan kad pengenalan kepada polis dan tentera kepada anggota yang bertugas

beruniform sahaja. Sistem pengenalan diri dilihat sebagai salah satu usaha berterusan

Kerajaan Persekutuan dalam menggiatkan lagi usaha membasmi gerakan komunis di

Tanah Melayu dan khususnya di Negeri Kelantan.

Commums/ Banditry m a Chronolo,o

Department of Information, Kuala Lumpur, him. 100,

….

Abdullah Zakaria Ghazali, 'Menangani Pemberontakan Komunis", dalam Abdullah

Zakaria Ghazali,H0

Hui Ling & Mahmud Embong, Darurat di Kelantan 1948-1960 Pengalaman dan

1ktibar,Perbadanan Muzium

Negeri Kelantan, 2012. hlm.122.

Ibid. him 123.

82
83

You might also like