You are on page 1of 2

Semester 2 Sesi 2017/2018

HSA3043- Asia Tenggara Abad Ke-20.

Soalan Tugasan Berkumpulan


(20 Markah)

Arahan: Tulis sebuah Kajian berasaskan tajuk-tajuk berikut berdasarkan kepada


nombor dalam kumpulan tutorial yang didaftarkan. Anda dikehendaki menganalisa
setiap isu tersebut berdasarkan kepada artikel dalam majalah Far Eastern Economic
Review, NewsWeek, Asia Week dan Time. Selain daripad itu jurnal semasa seperti
Asian Affairs, Foreign Affairs juga akhbar antarabangsa yang diperolehi secara
online seperti Trove, National Library of Australia. Format penulisan mestilah
didahului dengan kajian literatur yang melibatkan analisa terhadap apa yang pernah di
tulis secara ilmiah berhubung dengan perkara tersebut. Seterusnya diikuti oleh analisa
terhadap apa yang dibincangkan dalam majalah yang dinyatakan. Jumlah ahli untuk
setiap kumpulan ialah 4-6 orang. Panjang esei adalah antara 50-100 muka surat
termasuk bibliografi. Format penulisan mestilah menggunakan font Arial dengan saiz
11 dengan langkau baris 1.5. Penulisan hendaklah mengikut format penulisan sejarah
berbentuk ilmiah yang lengkap dengan nota kaki dan bibliografi. Tugasan hendaklah
dihantar dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy (CD). Tajuk-tajuk ialah:

1. Kehadiran semula kuasa Barat selepas Perang Dunia Kedua 1939-1945,


membawa kepada persaingan ideologi di Asia Tenggara. Persaingan ini
membawa kepada penubuhan SEATO untuk melindungi negara pro Barat
daripada ancaman Komunis. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah
antarabangsa, analisakan peranan pertubuhan tersebut di rantau ini sehingga
tamatnya Perang Dingin 1990.

2. Penubuhan SEATO menimbulkan reaksi daripada golongan anti Barat sehingga


membawa kepada penganjuran persidangan Afro-Asia di Bandung. Persidangan
ini disertai oleh negara-negara Komunis dan Bukan Komunis di Asia dan Afrika
yang berusaha menegakkan prinsip berkecuali dan menentang campurtangan
kuasa Barat. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan
peranan dan perkembangan gerakan tersebut di rantau ini sehingga tamatnya
Perang Dingin 1990.

3. Penubuhan ASEAN bertujuan untuk mengembalikan kuasa menentukan


perkembangan sosial dan ekonomi di rantau Asia Tenggara kepada negara-
negara rantau ini. Pertubuhan tersebut juga pernah terlibat dalam membantu
menyelesaikan krisis sosial, ekonomi dan politik yang timbul di rantau ini
sepanjang abad ke-20. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa,
analisakan usaha pertubuhan ASEAN dalam menyelesaikan krisis tersebut
sehingga tahun 2000.
4. Asia Tenggara pernah terlibat dalam isu gerakan pemisah seperti di Aceh,
Selatan Thailand dan Selatan Filipina sepanjang abad ke-20. Berdasarkan laporan
akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan perkembangan tersebut sehingga
tahun 2000.

5. Asia Tenggara pernah terlibat dalam beberapa isu persempadanan di Laut China
Selatan sepanjang abad ke-20. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah
antarabangsa, analisakan perkembangan tersebut sehingga tahun 2000.

6. Asia Tenggara pernah terlibat dalam beberapa siri krisis ideologi yang
membawa kepada perang terbuka seperti di Vietnam 1954-1975. Meskipun ia
melibatkan kuasa Barat yang anti Komunis, Britain seperti tidak begitu berminat
untuk terlibat secara langsung dalam membantu golongan Bukan Komunis di
Vietnam. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan
sikap Britain terhadap perang tersebut sehingga tahun 1975.

7. Asia Tenggara merupakan rantau yang menerima kesan langsung daripada


Perang Vietnam 1954-1975. Antara kesan tersebut ialah masalah pelarian
Vietnam yang hanya selesai pada pertengahan tahun 1990an. Berdasarkan
laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan perkembangan tersebut
sehingga tahun 1997.

8. Asia Tenggara pernah terlibat dalam beberapa siri masalah ekonomi sepanjang
abad ke-20. Berdasarkan laporan akhbar dan majalah antarabangsa, analisakan
perkembangan tersebut sehingga tahun 2000.

You might also like