You are on page 1of 2

Soalan Perbincangan (Kumpulan- 30%)

1. Dengan menggunakan kitab Jawi/ Kitab Kuning yang diterbitkan di Pulau Pinang/ Singapura/
Patani/ Indonesia/ Filipina/ Brunei setiap pelajar diminta mencari maklumat tentang para
penulis kitab berkenaan. Bincangkan tentang pengembaraan ilmu mereka daripada Asia
Tenggara ke Mekah dan nilaikan bentuk pemikiran Islam di Mekah yang mereka bawakan
dalam masyarakat Muslim di Asia Tenggara.

2. Pemikiran masyarakat Muslim di Mesir disebarkan dengan meluas ke Asia Tenggara melalui
tokoh ulama, akhbar dan persatuan. Bincangkan tentang pengaruh berkenaan. Pelajar perlu
memilih secara khusus kepada tokoh, akhbar atau persatuan. Tempoh kajian adalah terhad
kepada 1870-1941 sahaja.

3. Masyarakat Hadhrami memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara
dan merupakan tunjang belakang masyarakat Muslim sehingga tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Nilaikan peranan mereka dalam penyebaran Islam ( tokoh awal yang membawa Islam
ke Asia Tenggara), peranan dan konflik yang berkaitan dengan Hadhrami di Asia Tenggara.
(Setiap ahli kumpulan perlu memfokuskan kepada satu aspek sahaja)

4. Masyarakat Muslim di Asia Tenggara terpengaruh dengan perkembangan yang berlaku di


Turki dan Parsi. Nilaikan penyataan di atas.
Pelajar diminta untuk memilih satu aspek daripada 1 wilayah sahaja.

5. Menurut Syed Muhamad Naquib Al-Attas, masyarakat Muslim di Asia Tenggara terdedah
kepada sekularisme. Nilaikan penyataan ini dengan merujuk kepada perkembangan yang
berlaku dalam masyarakat Muslim di Tanah Melayu sepanjang 1800-1957.

6. Menurut Syed Muhamad Naquib Al-Attas, masyarakat Muslim di Asia Tenggara terdedah
kepada sekularisme. Nilaikan penyataan ini dengan merujuk kepada perkembangan yang
berlaku dalam masyarakat Muslim di Indonesia sepanjang 1800-1945

7. Perkembangan di Asia Barat, khususnya pada awal 1970-an telah memberi kesan dan
pengaruh yang besar terhadap para pelajar di Asia Tenggara. Dengan merujuk kepada era
yang dilabelkan sebagai zaman kebangkitan Islam di Malaysia dan Indonesia, nilaikan kesan
yang berlaku dalam aspek sosio-politik di Malaysia dan Indonesia pada 1970-2013.

8. Bincangkan tentang kumpulan-kumpulan yang tedapat dalam kalangan masyarakat minoriti


Muslim di Thailand. Nilaikan respon mereka kepada perkembangan politik yang berlaku
sepanjang abad ke-19 sehingga 2004

9. Bincangkan tentang kumpulan-kumpulan yang tedapat dalam kalangan masyarakat minoriti


Muslim di Muslim di Filipina. Nilaikan respon mereka kepada perkembangan politik yang
berlaku sepanjang abad ke-19 sehingga 1995.
10. Bincangkan tentang kumpulan-kumpulan yang tedapat dalam kalangan masyarakat minoriti
Muslim di Burma, Cambodia, Laos dan Vietnam. Nilaikan respon mereka kepada
perkembangan politik yang berlaku sepanjang abad ke-19 dan 20.

TUGASAN INDIVIDU (20%)

Berdasarkan kepada buku rujukan kursus ini “15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan dari Perak”
Pelajar perlu;
1. Memilih salah seorang tokoh yang dibincangkan dalam buku berkenaan;
2. Menilai aspek penting berkaitan Islam yang mencetuskan kesedaran dalam masyarakat
Muslim di Malaysia.
Aspek yang dipilih perlulah dipersembahkan dalam bentuk poster atau video. Pelajar yang
memilih untuk menghasilkan poster mesti merakamkan pembentangan ( menerangkan isi
kandungan poster) selama 3 minit.
Bagi pelajar yang memilih untuk menghasilkan video; video berkenaan hendaklah berdurasi
tidak lebih daripada 5 minit.

You might also like