You are on page 1of 2

Bina satu penulisan berita bertemakan kegiatan pelajar di universiti berasaskan teknik penulisan

kewartawan baharu. Pastikan semua prinsip-prinsip kewartawanan baharu digunakan.

SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA

Apabila disebut nama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, pasti ramai mahasiswa
mahasiswi UPSI yang kurang mengenali persatuan ini. Hakikatnya, persatuan ini telahpun
wujud bertahun dahulu sebagai salah satu kelab / persatuan di universiti yang banyak
melahirkan pendidik ini. Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa atau lebih mesra disebut
sebagai SRIM UPSI merupakan sebuah persatuan yang bernaung di bawah Institut Integriti
Malaysia (IIM).

Jika dibandingkan dengan kelab / persatuan lain yang lebih gah namanya seperti Kelab
Rekriasi Luar (Kerlu) dan persatuan anak negeri, SRIM tidaklah sehebat itu. Namun, sejak
penubuhannya, persatuan ini telah menerima ramai ahli dan telah menjalankan pelbagai
progam dan aktiviti yang bukan sahaja melibatkan ahli persatuan malah turut melibatkan
pelajar UPSI yang bukan ahli dan orang awam.

Program wajib yang diadakan oleh sekretariat ini pada setiap sidang ialah program yang
disebut sebagai PRIMA atau Perhimpunan Rakan Integriti Mahasiswa. Setakat ini, PRIMA
telahpun memasuki siri ketiga iaitu PRIMA 3.0 yang telah diadakan di Universiti Sains
Malaysia (USM) pada semester lepas. Sebelumnya, PRIMA 2.0 diadakan di Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) dan penulis sendiri sebagai salah seorang ahli SRIM UPSI telah
mengikuti PRIMA 2.0 ini. Secara ringkasnya, PRIMA merupakan program yang
menghimpunkan ahli SRIM daripada pelbagai universiti seperti Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pelbagai
universiti lain.

Selain daripada PRIMA sebagai program paling besar bagi sekretariat ini, SRIM juga banyak
menganjurkan pelbagai program lain yang melibatkan pelbagai institusi. Misalnya melibatkan
sekolah, rumah anak-anak yatim, lawatan ke Institut Integriti Malaysia (IIM), Zoo Negara dan
banyak lagi. Kebanyakan program yang dianjurkan adalah bersifat khidmat masyarakat. Ini
bersesuaian dengan namanya, “integriti” yang menyarankan ahlinya untuk mempunyai nilai
murni seperti jujur, telus, amanah, keterbukaan dan sebagainya. Nilai-nilai ini penting untuk
dilahirkan dalam diri mahasiswa mahasiswi apatah lagi pelajar UPSI yang majoritinya akan
bergelar guru suatu ketika kelak. Jika guru tidak mempunyai nilai yang baik, bagaimana pula
muridnya ?

Oleh yang demikian, program-program anjuran SRIM ini bukan sahaja dapat memberi
pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi dalam menguruskan sesebuah aktiviti atau program
malah ia dapat memberikan pelbagai manfaat lain seperti memupuk sikap kepimpinan,
ketrampilan dan dapat memberi pengalaman tentang cara untuk membina hubungan baik
dengan pelbagai pihak dan masyarakat. Sebagai mengakhiri tulisan ini, penulis sangat berharap
agar Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) akan lebih dikenali oleh para pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris serta berharap pelbagai program yang lebih menarik akan
dianjurkan pada masa akan datang.
Berita Harian, 14 April 2018.

You might also like