You are on page 1of 8

Skema Pentaksiran Prestasi Sekolah 2

Sejarah STPM Semester 3

SOALAN 1
Undang-Undang 99 Perak memperlihatkan adat tempatan lebih dominan berbanding hukum Islam
dalam aspek pelaksanaan hukuman. Bincangkan pernyataan ini.

Pendahuluan
1. Undang-Undang 99 Perak mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.
2. Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan
kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional.
3. Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak dan ia berkaitan dengan hal ehwal
agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.
4. Namun begitu , undang-undang ini lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur Islam .

Isi-isi utama
1. Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah zina
Undang-Undang 99 Perak memang lebih memperlihatkan kepada adat tempatan berbanding unsur Islam.
Hal ini boleh dilihat dalam Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan. Mengikut Undang-Undang 99
Perak , jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda
sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau
dimaafkan. Pernyataan sebegini memperlihatkan hukuman dalam Undang-Undang 99 Perak lebih kepada
adat tempatan daripada unsur Islam. Ini kerana mengikut Islam bagi kesalahan zina, seseorang yang belum
berkahwin akan disebat 100 rotan.

2. Unsur adat tempatan dalam soal perkahwinan


Fasal 65 Undang-Undang 99 Perak juga memperlihatkan ia condong kepada adat tempatan dalam soal
perkahwinan. Mengikut Fasal 65 pasangan yang baharu bernikah tidak dibenarkan bersama selama lebih
kurang 40 hari sedangkan mengikut Islam, selepas akad nikah disahkan, suami isteri boleh tinggal bersama.

3. Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah bunuh


Undang-Undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur Islam juga boleh
dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam. Mengikut fasal 23, orang Islam yang membunuh orang
Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya ia dikatakan menjadi kafir. Orang itu juga dikenakan
denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas. Hukuman ini tidak
selaras dengan pengaruh hukum Islam yang menyatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh.

4. Unsur adat tempatan dalam pembahagian harta


Dalam soal pembahagian harta, Undang-Undang 99 Perak juga memperlihatkan ia condong kepada adat
tempatan berbanding unsur Islam kerana Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta anak
perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan dapur. Manakala peralatan besi
atau senjata, sawah padi atau lombong diberikan kepada lelaki. Anak lelaki akan mendapat bahagian dua
kali lebih daripada anak perempuan dalam soal harta dan hutang. Anak yang belum berkahwin mesti
mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain dalam soal pewarisan harta. Hal ini bermakna Undang-
Undang 99 Perak tidak merujuk kepada Undang-Undang Harta Pusaka Islam.

5. Unsur adat tempatan dalam soal pemerintah


Undang-Undang 99 Perak juga memperlihatkan pengaruh adat berbanding unsur Islam kerana Fasal 77
memperuntukkan takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, anak
raja yang paling kecil akan mewarisi takhta. Sebaliknya mengikut Islam soal pemilihan pemimpin
ditentukan melalui musyawarah .

Kesimpulan
1. Berdasarkan fasal hukuman yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Perak di dapati beberapa aspek
seperti pembunuhan, penzinaan dan pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum Islam.
2. Hal ini membuktikan Undang-Undang 99 Perak ini memang memperlihatkan adat tempatan mendominasi
aspek hukuman.

SOALAN 2
Huraikan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu selepas campur tangan British sehingga tahun
1940.

PENDAHULUAN
1. Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu selepas campur tangan British merupakan satu dasar British
yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan dan telah mewujudkan sistem pendidikan
vernakular.
2. Sistem pendidikan vernacular bermaksud system pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing
sebagai bahasa pengantar. Pendidikan vernacular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
3. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina Tamil dan
Inggeris.

ISI-ISI
1. Pendidikan Vernakular Melayu
 Semasa pentadbiran British, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan secular kepada anakanak
petani dan nelayan. Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Anak-anak
Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan
perkebunan. Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan rendah sehingga darjah enam.

 Sekolah Melayu yang terawal dibuka iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas.
Sekolah ini kurang mendapat sokongan walaupun percuma kerana syak wasangka ibu bapa Melayu
tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing, tiada pengajaran al Quran, tenaga anak Melayu
diperlukan di sawah dan di rumah, lokasi rumah yang jauh dari sekolah dan tentangan daripada golongan
konservatif.

 Pada tahun 1905, kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan khas bagi anak-anak bangsawan Melayu yang
menjadi alat pentadbiran british. Ia berteraskan kepada sisitem pentadbiran terbaik di Britain. Pada tahun
1910, mereka yang telah lulus Darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan
pentadbiran Melayu (MAS). Tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam
perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia
pentadbiran British.

 1922 penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bagi melatih guru-guru Melayu. Sungguhpun
penubuhan MPSI merupakan satu peristiwa sejarah dalam bidang pendidikan Melayu namun bidang
pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar ingin mengekalkan status qua orang
Melayu. Dasarnya ialah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis
dan membaca.

 Pendidikan vernacular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya asas-asas seperti membaca,
menulis dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914 – 1940 tidak terdapat sekolah menengah aliran
Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga
Darjah Empat dan maktab perguruan sahaja.

2. Pendidikan Vernakular Cina


 Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confuciuc.
Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius
tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa adalah penting.

 Terdapat tiga jenis ekolah cina iaitu :-


- sekolah yang dikendalikan oleh jawatankuasa di peringkat daerah, persatuan keluarga cina di Bandar
atau daerah tertentu.
- sekolah yang ditubuhkan oleh seorang atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri
daripada penaja atau dermawan.
- sekolah yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.

 Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan
buku dibawa dari Negara cina. Menyediakan pelajaran rendah selama enam tahun, juga sehingga tahap
Senior Middle, iaitu Men. Atas Tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan
pelajaran, mereka harus pergi ke Negara China.

 Langkah untuk mengawal sekolah cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh Parti Kuomintang
(KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun
1920an menjadi medan pertarungan dua ideologi politik yang bertentangan iaitu KMT dan PKC.

 Pada tahun 1920, kerajaan telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolah-
sekolah cina. Menurut enakmen ini semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan, memberi kuasa
kepada Pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan
pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British.
 Secara keseluruhannya tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi
kerana pendidikan cina tidak membawa kearah kemajuan ekonomi dan sosial.

3. Pendidikan Vernakular Tamil


 British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil secara formal di Tanah
Melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.

 Perkembangan sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-
sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Sebarang Perai, Pulau Pinang dan Johor.

 Sekolah-sekolah ladang bermutu rendah dan menghadapi kekurangan kemudahan, guru yang
berkelayakan. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Tamil. Buku teks di bawa dari India. Ia
mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur “keindiaan”.

 Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang
menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya. Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah
Tamil bertambah. Terdapat sekolah tamil di Bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah
Vivekananda di Kuala Lumpur.

 Campur tangan kerajaan dalam sekolah Tamil adalah paling minimum. Kerajaan hanya ingin mewujudkan
tenaga buruh India yang berpuas hati dengan pengetahuan asas seperti pertanian dan kemahiran sahaja.
Pendidikan Tamil peringkat Tinggi tidak perlu dan penting.

4. Pendidikan Vernakular Inggeris


 Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah melayu. Sekolah-sekolah ini
diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.

 Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis dan
mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah
tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.

 Sekolah Inggeris yang pertama didirikan ialah Sekolah Free. Ia terbuka kepada semua kaum iaitu Penang
Free School. Tujuan penubuhan untuk melahirkan satu golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur.

 Sekolah lain yang didirikan ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sumbangan penting sekolah
mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada kanak-kanak perempuan. Mereka Berjaya
menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir 1940 an terdapat
kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.

KESIMPULAN
1. Pendidikan semasa British lebih mementingkan agar orang Melayu, India dan Cina boleh membaca, menulis
dan mengira.
2. Pendidikan lebih menjurus agar 3 kaum tersebut tidak menentang penjajahan mereka.
3. Walau bagaimanapun sIstem pendidikan mula berubah setelah masyarakat di Tanah Melayu diberi peluang
oleh British untuk mengecapi kemerdekaan.

SOALAN 3
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan PBB dan Komanwel selepas tahun 1957.

A. Pengenalan
1. Fungsi utama dasar luar negara bertujuan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta
menentuakan kesejahteraan sosial ekonomi negara tercapai. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai
kemerdekaan seperti Tanah Melayu, kepentingan negara, keselamatan serantau, perpaduan antara negara-
negara serta kesejahteraan sejagat merupakan fokus utama dalam perhubungan serantau. Dalam tempoh
1957-1963 yang begitu singkat, Tanah Melayu telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti Persatuan
Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO, Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu.

B. Isi-isi penting
1. KOMANWEL
 Menyertai pertubuhan ini pada tahun 1957 memandangkan negara amat bergantung kepada bantuan
Britain dalam soal pertahanan dan keselamatan. Perjanjian Pertahanan Britain-Tanah Melayu
membolehkan bantuan tentera kepada Tanah Melayu dalam membanteras ancaman komunis dan ancaman
luar.

 Rancangan Colombo yang menyediakan bantuan biasiswa membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan


pelajaran ke negara Komanwel. Bantuan kewangan dan bantuan kepakaran turut diberikan kepada Tanah
Melayu.

 Tanah Melayu memberi sumbangan kepada Komanwel dalam teknologi getah. Kecaman Tanah Melayu
terhadap amalan Dasar Apertheid mengakibatkan Afrika Selatan Tersingkir dari Komanwel pada tahun
1961.

2. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


 Tanah Melayu diiktiraf sebagai negara berdaulat pada peringkat antarabangsa berikutan diterima sebagai
anggota PBB ke-82 pada 17 Sept 1957.

 Malaysia terlibat secara aktif dalam PBB untuk keamanan dunia. Misalnya pada tahun 1957, Tanah
Melayu mengecam Republik Rakyat China kerana menakluki Tibet. Pada tahun 1961, Malaysia
menghantar pasukan tentera menyertai pasukan perdamaian PBB ke Congo ( kini Republik Zaire ) untuk
mengekalkan keamanan dan mendamaikan Perang saudara (1960 – 1963).

 Pelbagai faedah diterima oleh Malaysia melalui agensi-agensi PBB seperti bank Dunia, FAO, UNESCO,
ILO dan lain-lain.

C. Kesimpulan
1. Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa telah berjaya memainkan
peranannya secara berkesan dan sistematik. Sememangnya Malaysia telah berjaya melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan serantau dan antarabangsa secara berkesan.
2. Malaysia turut mendapat kepentingan untuk membangunkan ekonomi dan menstabilkan pertahanan Negara
dengan bantuan pertubuhan dunia dan serantau yang Malaysia sertai.

►SOALAN 4
Bincangkan Sistem Pembesar di Vietnam sebelum campurtangan Perancis pada awal abad ke-19 Masihi.

Pendahuluan
1. Sistem pemerintahn kerajaan di Asia Tenggara turut didominasi oleh golongan pembesar. Golongan ini
berperanan membantu maharaja dalam pentadbiran selaras dengan kesucian dan ketertinggian darjat dan
kedudukan maharaja.
2. Golongan pembesar atau hulubalang ditakrifkan sebagai golongan pembesar atau pegawai yang ditugaskan
untuk membantu raja atau maharaja mengendalikan urusan negara.
3. Terdapat gelaran khusus kepada pembesar-pembesar dan ianya berbeza mengikut peringkat dan negara.
Walaupun mempunyai gelaran yang berbeza-beza tetapi pembesar mempunyai kesamaan dari segi peranan
iaitu menasihati maharaja, mengutip cukai, menjalankan tugas-tugas kerahan mengikut yang termakutb di
dalam surat pelantikan atau tauliah.
4. Terdapat peruntukan tugas berdasarkan jabatan dan kawasan yang ditadbir. Bermakna pembesar tidak bebas
melakukan sesuka hati dan mereka hanya memiliki kuasa yang terhad tertakluk kepada bidang kuasa
masing-masing berdasarkan arahan dan kuasa yang diberikan oleh maharaja.
5. Pembesar Vietnam digelar quan atau mandarin.

Isi-isi utama
1. Pembesar dikenali sebagai Quan (Mandarin)
Dinasti Nguyen telah mewujudkan satu pemerintahan yang sistematik semasa berkuasa memerintah
Vietnam. Raja telah dibantu oleh beberapa orang quan. Quan yang penting adalah Quan Awam dan
kedudukannya lebih tinggi daripada Quan Tentera. Selain dari Quan, jabatan-jabatan penting turut
diwujudkan yang diketuai oleh ketua-ketua yang terpilih seperti perkhidmatah awam, pelajaran, peperangan
dan perundangan. Sebuah Majlis Sulit (Co-MatVien) yang dipengerusikan oleh maharaja turut dibentuk.
Terdapat empat orang pembesar bertaraf kanan dan pegawai istana menganggotai Majlis Sulit ini dan ia
bertanggungjawab memberikan pandangan kepada semua hal berkaitan dengan negara.

2. Pelantikan pembesar bercorak birokrasi yang diasaskan kepada hierarki mandarin


Susunan politik di bawah Maharaja Gia Long dan pemerintah selepasnya pula bercorak birokrasi yang
diasaskan kepada hieraki mandarin. Corak pemerintahannya seperti kerajaan Manchu di China. Kerajaan
pusat diperkuatkan. Pentadbiran negara dibahagikan kepada tiga wilayah pentadbiran yang dipanggil ky:
 Annam yang terletak di tengah merupakan ibu negera sementara bandar Hue dijadikan Bandar Diraja dan
sebuah istana telah didirikan. Pentadbiran Annam terletak di bawah maharaja.
 Tongking yang terletak di sebelah utara pula ditadbir oleh seorang Wizurai.
 Cochin-China di selatan juga ditadbirkan oleh Wizurai
Wilayah-wilayah itu telah dibahagikan kepada beberapa provinsi. Annam mempunyai sembilan provinsi
diikuti Tongking tiga belas dan Cochin-China empat. Provinsi pula dipecahkan kepada phu, phu dipecahkan
kepada huyen, huyen kepada canton (tong) dan tong kepada komun (kampung) yang disebut xa.

3. Pelantikan pembesar dilakukan oleh kerajaan pusat


Pelantikan pegawai-pegawai tadbir dilakukan oleh kerajaan pusat kecuali di peringkat tong dan komun.
Seperti di China, para pembesar Vietnam (mandarin) yang dipilih melalui Peperiksaan Perkhidmatan Awam
Confucius telah dilantik untuk membantu tugas-tugas pentadbiran maharaja. Hanya pemilik ijazah
kedoktoran sahaja yang akan diberi jawatan di dalam perkhidmatan awam. Manakala yang lainnya diberikan
jawatan rendah.

4. Pembesar menganggotai enam kementerian


Hal ehwal pentadbiran kerajaan adalah di bawah arahan kerajaan pusat yang terdiri dari enam menteri iaitu
hal ehwal awam, kerjaraya, kewangan, upacara-upacara, kehakiman dan perang. Kedudukan menteri pula
hanya sebagai pengerusi kepada menteri-menteri di bawahnya dengan persetujuan suara terbanyak baru
dasar dapat dilaksanakan. Perkara-perkara tersebut yang tidak dapat diselesaikan akan dibawakan ke Noi-
Cac (Majlis Tertinggi) yang terdiri dari enam orang menteri yang diketuai oleh maharaja.

5. Pembesar menganggotai Mahkamah Penapis


Dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, Maharaja Gia Long dapat menjalankan usaha-usaha pemulihan
struktur sosial dan ekonomi Vietnam. Maharaja juga memperkenalkan sebuah Mahkamah Penapis (Tribunal
of Censors) yang ditugaskan untuk menyelia, memeriksa dan mengkritik atau menapis semua aspek yang
berkaitan dengan pentadbiran kerajaan termasuk juga maharaja sendiri. Orang-orang yang diberi tugas untuk
menjalankan penapisan dipilih oleh maharaja yang dianggap sebagai penjamin moral rakyat. Dalam tahun
1834, Minh-mang menubuhkan sebuah Badan Siasatan Rahsia (Co-Mat) yang mengawal keselamatan
negara dan hal ehwal politik.

6. Pegawai di pringkat provinsi


Seterusnya pentadbiran di peringkat provinsi pula dikuasai oleh Hue. Pegawai-pegawai di peringkat provinsi
menjalankan tugas-tugas kerajaan seperti mengutip cukai, menjalankan upacara adat resam, mengambil dan
melatih tentera, kerja awam dan pentadbiran umum baik di bidang awam ataupun mahkamah.

7. Pegawai di peringkat kampung


Peringkat paling rendah dalam susunan pentadbiran ialah komun di peringkat kampung. Setiap orang adalah
anggota komun. Komun-komun merupakan satu agensi yang menyatukan seluruh tenaga ahlinya dalam
bidang ekonomi, politik , sosial dan agama sebagai satu unit. Di dalam lingkungan sebuah kampung pula
wujud adat kampung dan di luarnya pula undang-undang maharaja. Sebuah badan atau majlis yang dipilih
dari orang-orang kampung sendiri untuk mengendalikan hal ehwal kampung. Mengikut tradisi automasi di
peringkat kampung sangat dipandang tinggi.

Kesimpulan
1. Pembesar merupakan tunjang kepada sistem pentadbiran beraja atau pemerintahan di Asia. Pembesar
menjadi tonggak atau nadi utama kepada sistem berkerajaan.
2. Walau bagaimanapun peranan dan kepentingan sistem ini mula berubah setelah kedatangan kuasa Barat
yang mengenepikan penglibatan mereka terutama dalam menyandang jawatan penting.
3. Peranan mereka digantikan oleh pegawai-pegawai Barat dan institusi pembesar mengalami kemerosotan.
Sistem pemerintahan tradisional Vietnam juga terjejas setelah campur tangan Barat dan fungsi pembesar
tradisional diketepikan.

SOALAN 5
Bincangkan matlamat penubuhan Partai Nasional Indonesia (PNI) dan sumbangannya dalam gerakan
nasionalisme di Indonesia.

Pendahuluan
1. Parti Nasionalisme Indonesia (PNI) merupakan sebuah parti sekular massa yang ditubuhkan pada 4hb. Julai
1927 oleh ahli Kelab Pendidikan Bandung.
2. Penubuhan Parti Nasional Indonesia (PNI) merupakan detik penting dalam pergerakan nasionalisme di
Indonesia. PNI penting sebagai penggerak dan pelindung kepada masyarakat tempatan Inonesia.
3. PNI yang ditubuhkan pada 4 Jun 1927 diterajui oleh Dr. Soekarno selaku pemimpin utama dan dibantu oleh
beberapa pemimpin lain seperti Iskaq Tjokrohadisoerjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ir. Anwari.
4. Soekarno berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia sangat penting dalam usaha
mencapai kemerdekaan. Soekarno bersama-sama beberapa pejuang nasionalis tidak berpuas hati terhadap
penubuhan Sarekat Islam kerana gagal menyatupadukan rakyat Indonesia dalam menentang penjajahan
Belanda.

Isi-isi utama
1. Matlamat penubuhan PNI
Terdapat beberapa matlamat penubuhan PNI dan salah satu daripada tujuannya adalah untuk berjuang ke
arah kemerdekaan Indonesia. Selain itu, PNI juga bertujuan menyatukan semua penubuhan politik untuk
kepentingan negara dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduknya. Parti ini turut
mempunyai matlamat untuk memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasminya.

Penubuhan PNI diharapkan dapat menghapuskan penjajah Belanda dan menyekat kapitalis Eropah yang
menguasai ekonomi Indonesia. PNI tidak mahu dipengaruhi dengan konsep Pan-Islamisme dan fahaman
komunisme yang mampu melemahkan perjuangan mereka.

PNI berjuang secara radikal dengan melaungkan konsep perpaduan nasional demi membebaskan Indonesia
daripada cengkaman Belanda. PNI juga mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda dan giat
mengadakan rapat umum di Indonesia. PNI menyeru pegawai-pegawai Indonesia supaya memulaukan
Volskraad dan Perkhidmatan Awam Indonesia

2. Sumbangan PNI : penerbitan akhbar berunsur nasionalisme


Pengaruh PNI berkembang luas di Pulau Jawa disebabkan beberapa faktor. PNI telah menerbitkan
akhbarnya, iaitu Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta. Surat khabar tersebut
bertindak sebagai alat untuk menyebarkan propaganda dan idea perjuangan parti.

3. Sumbangan PNI : keahlian pelbagai kaum dan agama


Selain itu, kejayaan perjuangan PNI adalah kerana keanggotaan dan pemimpin PNI terdiri daripada pelbagai
kaum. Menerusi Kongres Muda, PNI telah menegaskan prinsip kesamarataan antara setiap bangsa dan
bahasa di Indonesia. PNI tidak menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangan kerana berpendapat
kemerdekaan negara juga melibatkan rakyat beragama Kristian. Di samping itu, pemimpin PNI seperti
Soekarno merupakan tokoh yang pandai berpidato dan berkebolehan untuk mempengaruhi rakyat. Ramai
pelajar Indonesia yang melanjutkan pelajaran di luar negeri menjadi ahli PNI sekembalinya mereka ke
Indonesia.

4. Sumbangan PNI : mengadakan kongres/perhimpunan rakyat


Antara kegiatan yang diadakan oleh PNI ialah kongres yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda PNI pada
29 Oktober 1928. Kongres ini telah menghasilkan “Sumpah Pemuda” dan melahirkan cogankata “Satu
Negara, Satu Bangsa dan Satu Bahasa” serta Bendera Sang Saka Merah Puteh bersama lagu Indonesia Raya
untuk menyatupadukan seluruh rakyat Indonesia. Kongres ini juga menerima penggunaan lagu kebangsaan
Indonesia secara rasmi untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. Perjuangan PNI berjaya
menyatukan parti-parti di Indonesia sehingga terbentuk Parti Indonesia Raya.

5. Sumbangan PNI : memperkuatkan kesatuan sekerja


PNI memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkuatkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan
syarikat-syarikat kerjasama dan membantu pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah Taman Siswa. PNI
berjaya mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja dan anggota Sarekat Rakyat yang dahulunya terpengaruh
dengan idea komunis.

6. Sumbangan PNI : penubuhan PPPKI


Pada tahun 1929, Soekarno melalui PNI telah menggabungkan semua pertubuhan dan parti politik di
Indonesia dalam satu persekutuan, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia
(PPPKI). Atas usaha pemimpin PNI, gabungan yang besar ini telah meraih sokongan kuat daripada rakyat
tempatan. Menjelang bulan Mei 1929, keanggotaan PNI telah meningkat sehingga 16,800 orang ahli.

7. Sumbangan PNI : gerakan nasionalisme yang radikal


Dasar perjuangan PNI yang aktif dan radikal sangat membimbangkan pihak Belanda. Pergerakan parti dan
para pemimpinnya mula diawasi oleh Belanda. Belanda telah menarik semula lesen yang membenarkan
penerbitan akhbar Persatoean Indonesia. Pada bulan Disember 1929, Soekarno dan beberapa pemimipin PNI
ditangkap atas tuduhan menjalankan aktiviti politk berbahaya dan mengancam keselamatan rakyat
Indonesia. Tindakan ini telah melemahkan perjuangan PNI dan seterusnya PNI diharamkan pada tahun
1929. Pada tahun 1931, Belanda membubarkan PNI demi mempertahankan penjajahannya di Indonesia.

Kesimpulan
1. Selepas PNI diharamkan oleh Belanda, beberapa parti politik lain muncul dan pengaruh PNI disebarkan
melalui parti-parti politik tersebut.
2. Sartono telah menubuhkan Parti Indonesia (Partindo) dan Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir pula
menubuhkan Pendidikan Nasional Indonesia (PNI Baru).
3. Pada tahun 1930, Parti Rakyat Indonesia ditubuhkan oleh Muhammad Tabrani. Parti ini bekerjasama dengan
Belanda untuk mencapai kemerdekaaan. Pada zaman pendudukan Jepun, bekas pemimpin- pemimpin PNI
terus memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

SOALAN 6
Bincangkan penglibatan Thailand dalam pertubuhan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan
1. Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946.
2. PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara.

Isi-isi utama
1. Mengamalkan dasar luar pro-Barat
Kerajaan Thai mengamalkan dasar luar yang pro-Barat khususnya dengan Amerika Syarikat bertujuan
menjaga kepentingan dan kedaulatannya. Dasar negara Thai dapat dilihat pada zaman Perang Dunia Kedua
dan zaman selepasnya. Selepas tamat PD2, negara Thai mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Amerika
Syarikat (demokrasi) dan menjalankan dasar anti-komunis. Amerika Syarikat bekerjasama dengan negara
Thai dalam usaha menghapuskan ancaman komunis di negara Thai. Dasar pro-Amerika Syarikat
menyebabkan negara Thai mendapat bantuan ekonomi terutama dari segi kewangan. Pada tahun 1958,
negara Thai menerima bantuan sebanyak USD24 juta daripada Tabung Pinjaman Pembangunan PBB.
Bantuan kewangan ini mengukuhkan jalinan hubungan perdagangan dan kerjasama antara kedua-dua buah
negara tersebut.

2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


 Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada
PBB dalam Perang Korea.
 Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi
 Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering
dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB
 Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan
untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
 Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan
Agung ke-11 PBB
 Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB

3. South East Asia Treaty Organisation (SEATO)


 Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha
Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan
kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
 Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan.
Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan Amerika
Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China
 SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan
kerjasama ketenteraan
 Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama
dan sejarah di rantau Asia Tenggara.

4. Association of South East Asian Nation (ASEAN)


 Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah
membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan
Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan
Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste
 Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan
mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama
dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN
 Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di
Kampuchea.
 Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
 Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan
ASEAN
 Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk
menjaga keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk
memajukan infrastrukturnya
 Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep
ASEAN+3

Kesimpulan
1. Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.
2. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan
krisis sempadan dan kepentingan bersama.

You might also like