You are on page 1of 3

A.

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Taman Dimensi merupakan salah satu kawasan perumahan yang terdapat di dalam
pekan Lendu, Alor Gajah, Melaka. Lokasinya adalah 10 km dari Bandar Alor Gajah. Kawasannya
juga amat strategic kerana berhadapan dengan Universiti Teknologi Mara.

Penempatan awal di kawasan perumahan ini bermula pada tahun 2000. Pada waktu
tersebut, hanya terdapat beberapa puluh orang penduduk yang menetap di kawasan ini.
Terdapat sebuah surau dan taman permainan untuk kegunaan penduduk setempat.

Selain itu, terdapat juga beberapa buah rumah kedai yang waktu itu hanya didiami oleh
4 orang peniaga iaitu kedai makan, kedai alat tulis, kedai internet kafe dan bengkel motorsikal.

B. Menentukan pola petempatan kawasan kajian

Jenis pola petempatan kawasan ini ialah berpusat. Di petempatan berpusat, susun atur
rumah-rumah bertumpu di sekeliling pusat tumpuan penduduk. Pusat Perniagaan dan universiti
menjadi tumpuan kepada petempatan Taman Dimensi.

c. Fungsi petempatan di kawasan kajian

Tempat Kediaman:- kawasan perumahan ini menjadi tempat kediaman bagi kebanyakan
penduduk yang bekerja di pekan Lendu, Bandar Alor Gajah, dan Universiti Teknologi Mara

Pendidikan:-Terdapat sebuah universiti awam berdekatan kawasan perumahan


-
Pengangkutan dan Perhubungan : - Terdapat perhentian bas berdekatan iaitu di hadapan Taman
Dimensi
-
Perniagaan:-Terdapat beberapa kedai, gerai dan restoran berdekatan petempatan Taman Dimensi.
Contohnya:- 99 Speedmart, Kedai Runcit Alor Gajah, Kedai Alat Tulis 7 Serumpun, Kedai
Fotostat, Kedai Cetak Kad Kahwin SR Kaseh, Kafe Internet, Kedai Menjual Top Up dan
Aksesori Komputer dan deretan kedai makan

Tempat Ibadah : - terdapat sebuah surau yang menjadi pusat aktiviti masyarakat muslim di
kawasan ini. Kebiasaaanya, surau dijadikan tempat ibadah, menuntut ilmu, menjalankan ibadah
korban pada musim perayaan Hari Raya Aidil Adha dan kenduri-kendara
D. Masalah di kawasan kajian

Kekurangan infrastuktur:-Kawasan petempatan Kampung Kastam mempunyai masalah


kekurangan infrastruktur. Contohnya, masalah vandalisme telefon awam disediakan untuk
pelbagai tujuan atau semasa kecemasan seperti kes pecah rumah dan lain-lain.Selain itu,
peralatan di kawasan taman permainan juga sering disalahgunakan.

Masalah keselamatan:-Masalah keselamatan merupakan salah satu masalah yangdihadapi di


petempatan ini. Contohnya, banyak kes pecah rumah kerana tiada pengawal untuk menjaga dan
meronda.
-
Masalah sosial:-Masalah sosial juga merupakan masalah yang dihadapi di petempatan ini.
Terdapat segelintir murid-murid sekolah yang sudah terlibat dengan gejala merokok dan gejala
buli.
6. RUMUSAN

Kekurangan infrastruktur:-Menaiktaraf dan membaiki telefon awam di beberapa kawasan.


Telefon awam tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti sewaktu kecemasan. Di
samping itu, peralatan di kawasan permainan juga harus dibaiki agar boleh digunakan oleh
penduduk setempat.

Masalah keselamatan:-Mengupah pengawal-pengawal yang bertanggungjawab untuk menjaga


dan mengawal. Masalah keselamatan akan berkurangan dengan adanya pengawal-
pengawal keselamatan ini.

Masalah sosial:-Menasihati atau mengambil tindakan terhadap murid sekolah yang terlibat dalam
gejala merokok dan buli. Oleh itu, masalah ini akan berkurangan

7. RUJUKAN

L a m a n w e b : -
maps.google.com.mywww.scribd.com/doc/3878177/kerja-kursus-Geografi-
2008http://www.scribd.com/doc/17890378/kerja-khusus-
akuhttp://spu.penang.gov.my/images/stories/peta/petalokasi.jpghttp://www.scribd.com/doc/
17890378/kerja-khusus-akuhttp://ppkljpbd.tripod.com/petempatan.htm

You might also like