You are on page 1of 15

MAKLUMAT DIRI MURID

Nama :

Tahun :

Alamat :

No. Telefon Rumah :


No. Telefon Bimbit :
No. Telefon Sekolah :
Nama Bapa / Penjaga :

Nama Ibu :

Nama waris terdekat jika berlaku kecemasan :

No. Telefon :

PENDAHULUAN

‘Sediakan payung sebelum hujan’ begitulah persamaan matlamat perlaksanaa Program


Sekolah Selamat. Murid-murid akan lebih cemerlang dalam pendidikan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, pembanguan rohaniah dan jasmaniah, jika keadaan persekitaran bebas daripada
‘ketidakselamatan’ yang bermaksud murid-murid akan hiduo bebas, aman dan harmoni.

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun
dari luar.

Justeru itu, Program Sekolah Selamat dapat membantu mewujudkan budaya selamanya di
sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan daripada pelbagai pihak komuniti
setempat.
POLISI 1

KESELAMATAN SEKOLAH

MANUAL KESELAMATAN MAKMAL SAINS.

1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapa dibenarkan masuk tanpa
kebenaran guru.
2. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi dalam makmal tidak dibawa keluar tanpa
kebenaran guru.
3. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan
panduan guru.
4. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya.
5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
7. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada
guru atau kakitangan makmal.
8. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan dalam makmal.
9. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.
10. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan.

MANUAL KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP.

1. Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bengkel.


2. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi dan
tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
3. Murid tidak dibenarkan membawa masuk sebarang makanan dan minuman.
4. Murid mestilah menggunakan sebarang peralatan mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru.

MANUAL KESELAMATAN BILIK ALAM SIBER.

1. Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bilik.


2. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi.
3. Murid dilarang membawa makanan dan minuman masuk ke dalam makmal komputer.
4. Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.
5. Murid dilarang membawa masuk/keluar perisian atau disket dari luar/dalam ke makmal
komputer kecuali dengan izin guru komputer.
6. Murid tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal komputer.
7. Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya.
8. Murid mesti laporakan kepada guru dengan segera jika terdapat sebarang keadaan yang
ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki.
MANUAL KESELAMATAN BILIK DARJAH.

1. Murid dilarang masuk ke dalam kelas pada masa rehat.


2. Semua suis lampu dan kipas hendakalah ditutup semasa meninggalakn kelas dan tidak
mengusik suis ketika tangan basah.
3. Murid mesti membersihkan kelas mengikut jadual bertugas yang telah disediakan.
4. Murid hendakalah melaporkan sebarang kerosakan dan kemalangan yang berlaku di dalam
bilik darjah kepada guru kelas atau guru bertugas.

MANUAL KESELAMATAN PERPUSTAKAAN.

1. Semua kelengkapan dan alatan dalam perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik.
2. Jangan berlari atau bermain.
3. Tutup semua suis kipas dan lampu selepas digunakan.
4. Dilarang membawa semua jenis bahan makanan.
5. Dilarang membawa beg masuk kecuali alat tulis, buku catatan dan buku Nilam.
6. Jangan menggunakan komputer automasi PSS.
7. Hendaklah duduk dan membaca dengan senyap.

MANUAL KESELAMATAN BILIK MULTIMEDIA.

1. Dilarang masuk tanpa guru.


2. Jangan menggunakan audia visual tanpa kebenaran guru.
3. Jangan usik sebarang suis.
4. Dilarang bermain atau bergurau di dalam bilik.
5. Jangan menyentuh semua peralatan audio visual.
6. Pastikan bilik sentiasa bersih dan teratur.
7. Jangan menyentuh suis apabila tangan basah.

MANUAL KESELAMATAN BILIK SELF ACCESS LEARNING (S.A.L).

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik S.A.L tanpa guru.


2. Jangan rosakkan bahan dan peralatan yang disediakan.
3. Jangan membuka televisyen dan radio tanpa kebenaran guru.
4. Dikehendaki menjaga dan mengemas semula selepas digunakan.
5. Cermat menggunakan semua peralatan audio visual.
6. Tutup semua suis setelah digunakan.

MANUAL KESELAMATAN BILIK KOMPUTER.

1. Dilarang membawa makanan, minuman atau peralatan yang boleh mengotorkan bilik
komputer.
2. Dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis dalam bilik komputer.
3. Murid perlu beratur sebelum memasuki bilik komputer dan tunggu sehingga guru bertugas
sampai.
4. Pastikan kerusi telah disusun rapi selepas sesi kelas komputer.
5. Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang cakera, buku dan lain-lain barang yang
terdapat di dalam bilik komputer.
MANUAL KESELAMATAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

1. Sila menggunakan borang yang disediakan untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
2. Hadir tepat pada masa yang dijanjikan : jika tidak dapat hadir sila maklumkam kepada guru
bimbingan anda dengan segera.
3. Pastikan anada mendapat kebenaran daripada guru waktu matapelajaran yang berkenaan
jika temujanji pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
4. Jika guru bimbingan sedang menjalani sesi yang memerlukan perkhidmatan segera, temujanji
anda secara tidak langsung akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
5. Hadir ke sesi temujanji dengan berpakaian kemas dan sopan.
6. Penggunaan bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan-tujuan lain hendaklah mendapat
kebenaran dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.
7. Keadaan bilik hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur setelah digunakan.
8. Letak semula di tempatnya segala sumber-sumber rujukan yang telah digunakan.
9. Hanya buku nota dan alat tulis sahaja dibenarkan bawa masuk.
10. Makan dan minum adalah tidak dibenarkan.
11. Catat nama anda dibuku Penggunaan Bilik atau buku Penggunaan Pinjaman Bahan Unit
Bimbingan dan Kaunseling yang mana berkenaan.

MANUAL KESELAMATAN BILIK PEMULIHAN.

1. Minta kebenaran guru sebelum masuk dak keluar kelas.


2. Jangan bermain dan membuat bising.
3. Tidak dibenarkan makan atau minum.
4. Susun semua bahan yang telah digunakan.
5. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan kelas.
6. Beratur di luar kelas dalam keadaan senyap sebelum masuk dan sewaktu keluar dari kelas.

MANUAL KESELAMATAN BILIK MUZIK.

1. Pastikan Bilik Muzik sentiasa di dalam keadaan bersih dan kemas.


2. Hendaklah menanggalkan kasut sewaktu masuk ke Bilik Muzik dan susun dengan kemas di
tempat kasut di luar Bilik Muzik.
3. Pastikan anda masuk ke Bilik Muzik bersama-sama dengan guru Muzik anda.
4. Pastikan suis kipas, lampu dan alat muzik yang menggunakan kuasa elektrik ditutup sebelum
meninggalkan Bilik Muzik.
5. Alat-alat muzik yang telah digunakan disusun semula denga teratur dan kemas di tempat
yang disediakan.
6. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil atau memulangkan alat-alat muzik bersendirian
tanpa pengawasan guru-guru yang menggunakannya.
CARTA ALIR AN TATACARA APABILA BERLAKU KECEDERAAN DI TEMPAT BELAJAR.

Kecederaan.

Laporkan kepada guru/guru


bertugas.

Rekod.

Dapatkan rawatan kecemasan


mengikut jenis kecederaan.

Tidak
Serius.

Ya

Bawa ke hospital.

Beritahu penjaga.

Sediakan laporan hospital


untuk tuntutan.

Pergi ke sekolah seperti biasa.


KESELAMATAN DI LUAR SEKOLAH

MANUAL KESELAMATAN AM PERGI DAN BALIK SEKOLAH.

1. Murid mestilah tiba di sekolah sebelum jam 7.20 pagi setiap hari.
2. Murid hendaklah beratur di gajah menyusur ketika waktu balik.
3. Murid akan melintas jalan dengan diiringi oleh warden.
4. Murid-murid yang menunggu ibu bapa atau bas hendaklah menunggu di tempat letak kereta
di seberang jalan.
5. Murid harus mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
6. Murid tidak harus menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.
7. Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran dan berada di bahu jalan.
8. Murid-murid hendaklah terus pulang ke rumah masing-masing selepas balik ke sekolah.
9. Sebarang perkelahian / gengsterisma yang berlaku semasa datang dan balik ke sekolah mesti
dilaporkan kepada pihak sekolah.
10. Murid hendaklah melaporkan segera kepada guru jika berlaku ugutan wang ketika pergi atau
balik dari sekolah.
11. Murid harus memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam
perjalanan ke sekolah.
12. Murid haruslah mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut :
a) Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke atas
diri.
b) Berjalan dalam kumpulan dan gunakan laluan yang betul.
c) Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri.
d) Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong / cuba
pertahankan diri / lari menyelamatkan diri.

MANUAL KESELAMATAN PERGI DAN BALIK MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM (BAS DAN VAN)
SERTA DIHANTAR IBU BAPA.

1. Kenalpasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu, kelindan
dan identiti khas.
2. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun dan naik.
3. Berbaris dan tidak berebut-rebut/tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-
tolak dengan rakan.
4. Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
5. Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil
dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
6. Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengukkan kepala, mencampakkan barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh
membahayakan diri dan orang lain.
7. Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kemderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti
dan jangan berebut-rebut/bertolak-tolak dan terus menuju ke rumah/sekolah.
8. Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
MANUAL KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH MENGGUNAKAN BASIKAL.

1. Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.


2. Jangan berlumba dan bergurau senda.
3. Jangan mengayuh terlalu laju dan bersaing-saingan.
4. Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah.
5. Murid harus memastikan basikal sentiasa dikunci setiap waktu di sekolah bagi mengelakkan
kehilangan.

MANUAL KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH DENGAN BERJALAN KAKI.

1. Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.


2. Sebaik-baiknya gunakan Lintasa Pejalan Kaki (Lintasan Zebra) untuk melintas jalan pergi atau
balik ke sekolah.
3. Ikut arahan trafik warden.
4. Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
5. Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila
sudah pasti tiada kenderaan.
6. Jika hari hujan berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin.
7. Jangan bermain-main dalam hujan.
8. Pakai baju hujan. Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
9. Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti pondok
menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di bawah pokok.

MANUAL KESELAMATAN KETIKA MENGADAKAN LAWATAN.

1. Murid hendaklah mendapat makluman dan surat kebenaran penjaga.


2. Murid hendaklak mendapatkan tandatangan untuk surat kebenaran penjaga.
3. Surat kebenaran penjaga harus dihantar kepada guru yang berkenaan.
4. Murid-murid hendaklah mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah dibuat.
5. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika mengalami masalah seperti sakit, cedera atau
kehilangan sesuatu.
6. Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-
masing.
7. Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
8. Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik, tunggu di satu tempat dan minta
bantuan atau tunggu sehingga bantuan sampai.
CARTA ALIRAN TATACARA APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI LUAR ATAU DALAM SEKOLAH.

Kemalangan.

Laporkan kepada guru/guru


bertugas.

Rekod.

Dapatkan rawatan kecemasan


mengikut jenis kecederaan.

Tidak
Serius.

Ya

Bawa ke hospital.

Beritahu penjaga.

Sediakan laporan hospital


untuk tuntutan.

Pergi ke sekolah seperti biasa.


KESELAMATAN KEBAKARAN

MANUAL KESELAMATAN KEBAKARAN.

1. Jangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada kelihatan tanda-tanda kebakaran.
2. Tutup suis utama.
3. Segera meninggalkan kelas apabila mendengar loceng kecemasan.
4. Ikut arahan guru dan beratur di kaki lima bilik darjah.
5. Murid perempuan hendaklah beratur di depan dan murid lelaki di belakang.
6. Murid tidak dibenarkan menjerit apabila mendengar loceng kebakaran.
7. Murid mesti berjalan dengan cepat menuju ke padang dan tidak bertolak-tolak.
8. Ketua Darjah perlu memastikan bilangan murid menyamai jumlah kehadiran pada hari itu.
9. Gunakan tangga yang berhampiran dan yang selamat untuk dilalui.
10. Sekiranya berlaku kecederaan semasa kebakaran, cepat beritahu guru.
CARTA ALIRAN TATACARA APABILA BERLAKU KEBAKARAN DI TEMPAT BELAJAR.

Kebakaran.

Laporkan kepada guru/guru


bertugas.

Loceng kecemasan
dibunyikan.

Beratur ke tempat perhimpunan


mengikut peta laluan kecemasan.

Ambil kedatangan/tentukan
bilangan mencukupi.

Ya

Tidak
Lapor kepada guru/bomba.

Tunggu arahan.

Tamat.
KESELAMATAN CARA HIDUP SIHAT

MANUAL KEBERSIHAN DAN KESIHATAN.

1. Murid harus melaporkan dengan segera jika diri sendiri atau rakan yang sakit, cedera atau
mengalami keracunan.
2. Murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan mematuhi peraturan keselamatan
kesihatan yang disediakan.
3. Murid-murid harus turut serta dalam program kesihatan sekolah.
4. Murid-murid hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.
5. Murid hendaklak memastikan keadaan diri, pakaian dan kasut dalam keadaan yang bersih
dan terurus.
6. Murid-murid harus bersama-sama menjaga kebersihan tandas sekolah.

MANUAL KESELAMATAN KERACUNAN.

1. Murid mesti memastikan makanan yang dimakan dalam keadaan baik.


2. Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru dengan segera jika terdapat makanan
atau minuman yang disediakan tercemar.
3. Laporkan kepada guru jika berlaku kes keracunan.
CARTA ALIRAN TATACARA APABILA BERLAKU KERACUNAN DI SEKOLAH.

Keracunan.

Laporkan kepada guru/guru


bertugas.

Memaklumkan kepada pihak


pentadbir.

Siasat punca kejadian.

Ya Rehatkan diri.

Tidak

Minum banyak air masak.

Beritahu penjaga.

Dapatkan rawatan hospital.

Tamat.
MANUAL KESELAMATAN APABILA BERLAKU KECEMASAN (SAKIT).

1. Murid hendaklah memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan.


2. Murid hendaklah mengelakkan diri daripada sebarang punca gangguan kepada kesihatan
fizikal, mental dan emosi.
3. Sekiranya berlaku kecemasan (sakit), pelajar hendaklah melaporkannya kepada guru.
CARTA ALIRAN TATACARA APABILA BERLAKU KECEMASAN (SAKIT) DI SEKOLAH.

Kecemasan (sakit).

Laporkan kepada guru/guru


bertugas.

Kenalpasti penyakit.

Dapatkan maklumat dari


pelajar.

Ya Rawatan awal.

Tidak

Rehatkan diri di bilik rawatan.

Hubungi pihak pentadbir/


beritahu penjaga.

Dapatkan rawatan hospital.

Ikut nasihat doktor.

You might also like