You are on page 1of 68

KULIAH 2:

PENTAKSIRAN DALAM BILIK


DARJAH, JENIS PENILAIAN
DAN KLASIFIKASI UJIAN

Disediakan Oleh:
Dr. Nurfirdawati Bt Muhamad Hanafi
DEFINISI PENTAKSIRAN DALAM
BILIK DARJAH
• Sebagai satu koleksi, penilaian, dan
penggunaan maklumat untuk membantu guru
membuat keputusan bagi memperbaiki
pembelajaran pelajar.
• Terdapat 4 komponen utama dalam
melaksanakan pembelajaran dalam bilik
darjah:
– Tujuan
– Pengukuran
– Penilaian
– Kegunaan
Pentaksiran dalam Bilik Darjah
• Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
• Pentaksiran sebelum proses Pengajaran dan
Pembelajaran
• Pentaksiran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran
• Pentaksiran tentang Pengajaran dan
Pembelajaran
PENTAKSIRAN DALAM PROSES PDP
• Melibatkan PERANCANGAN Pentaksiran yang
akan dilakukan untuk menjajarkan pengajaran
dan pembelajaran kepada pentaksiran agar
hasil pembelajaran tercapai.
• Pemahaman berkaitan KAEDAH PENTAKSIRAN
amat perlu pada peringkat ini.
• Pemahaman mengenai standard yang perlu
dicapai sangat diperlukan.
– Contoh: Bagi mata pelajaran matematik: ujian=30%, projek= 20%,
peperiksaan akhir=50%: FAHAM KPI SUBJEK.
PENTAKSIRAN SEBELUM PDP
• Apakah kebolehan sedia ada pelajar sebelum
mengikuti subjek?
• Adakah pelajar telah mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki pada kelas
ini?- sekiranya ya…teruskan dengan tahap
yang lebih tinggi
• Bantu guru untuk rancang pengajaran.
Pentaksiran Untuk
Pengajaran dan
Pembelajaran
PENTAKSIRAN UNTUK PDP
• Dikenali juga sebagai pentaksiran FORMATIF.
• Digunakan untuk mengukuhkan pembelajaran
dan bukan sahaja digunakan untuk mengukur
kejayaan diakhir unit.
• Biasa digunakan disepanjang proses pdp.
• Melibatkan tindakan yang dirangka secara
berstruktur dengan tujuan untuk memperbaiki
pembelajaran pelajar.
PENTAKSIRAN UNTUK PDP
• Berguna utk: mengenal pasti apa yang pelajar
pelajari, apa yang pelajar boleh lakukan, apa
masalah mereka dalam pembelajaran, apakah
persepsi mereka terhadap apa yang dipelajari,
dan mengelakkan kekeliruan atau miskonsepsi
pengetahuan.
• Guru boleh kenal pasti jurang dalam
permasalahan dan sebarang masalah yang
dihadapi oleh pelajar.
Penilaian Formatif
memantau tahap
penguasaan dan kemajuan
pelajar ketika proses
pembelajaran
satu proses yang berterusan
Pengajaran
dan Pembelajaran

Mengumpulkan bukti-bukti tentang Maklumbalas tentang


penguasaan pembelajaran pelajar penguasaan pembelajaran
pelajar

Analisis Maklumat
Matlamat
Pembelajaran
Tahap Pencapaian Pelajar

Kenalpasti jurang di antara tahap


pencapaian pelajar dan matlamat
pembelajaran yang ditetapkan

Pengubahsuaian Pengajaran
atau Penambahbaikan
Pengajaran PENILAIAN
Kaedah Pengumpulan Maklumat dan Bukti Prestasi
Pelajar

• formal

• tidak formal
Kenapa budak ni….hari-hari muka dia nampak
letih dan bimbang…. dia tak beri perhatian
dalam kelas walaupun telah diajar langkah
demi langkah…Dia terlalu pemalu tetapi
kadang-kadang akan bertanya juga…tapi
sebelum itu dia akan meletakkan dagunya
pada meja dan menutup mata, Saya tak tahu
kenapa dia tak de motivasi langsung….macam
mana nak buat ye…?

• Pemerhatian
• Kuiz
• Soal Jawab
• Aktiviti kumpulan
• Ujian
• Amali
•Pembelajaran permainan
•Jawapan Ringkas
•Projek Kecil
Pembentukan Penilaian Formatif
• Menentukan unit pembelajaran
• Menyatakan perkara dan peringkat pencapaian
sesuatu unit pembelajaran
• Menyusun dan mengaitkan perkara-perkara yang
terdapat di dalam unit.
• Membentuk soalan-soalan ujian/cara penilaian.
• Mencadangkan langkah-langkah pemulihan
kepada pelajar yang belum menguasai.
Tujuan Penilaian Formatif
• Memperbaiki pencapaian pelajar
• Kawalan kualiti dan ramalan
• Pengubahsuaian pengajaran
• Membimbing pembelajaran
• Menjamin pencapaian tinggi
A Model of Formative
Assessment

1. Planned formative
assessment
2. Interactive formative
assessment
A Model of Formative
Assessment
Eliciting noticing

Purpose Interprating Purpose Recognising

acting responding

Planned formative Interactive formative


assessment assessment
Planned Formative Assessment Interactive Formative
Assessment

The parts of the process were The parts of the process were
eliciting interpreting, acting. noticing, recognizing, responding.

Tended to be carried out with all Tended to be carried out with


the students in the class. some individual students or small
group.

Could occur over an extended Happened over a short


time-frame. time-frame.

What was assessed was mainly What was assessed was content,
the content. personal and social learning.
Pentaksiran Tentang
Pengajaran dan
Pembelajaran
PENTAKSIRAN TENTANG PDP
• Dikenali sebagai Pentaksiran SUMATIF.
• Melibatkan pelbagai eviden yang membolehkan guru
atau pihak lain berkepentingan untuk menyemak
perkembangan pelajar dan juga menggunakan
maklumat tersebut untuk tujuan yang pelbagai.
(CTH: memperbaiki program, penempatan, pensijilan
dsb)
• Maklumat pentaksiran ini untuk mengetahui sejauh
mana perkembangan pelajar memenuhi kurikulum
yang ditetapkan.
• Sebagai Rumusan Pencapaian Pelajar pada masa
tertentu.
PENTAKSIRAN TENTANG PDP
• Penilaian yang merujuk kepada penggunaan bukti
pentaksiran untuk membuat keputusan mengenai penilaian
tahun persekolahan atau keberkesanan kursus sepanjang
semester.

•bertujuan untuk membantu guru dan tenaga pengajar


membuat keputusan pada akhir pengajaran bagi satu tempoh
pengajian.

•Matlamat utama Penilaian sumatif ialah untuk menentukan


sama ada objektif pembelajaran dapat dicapai ataupun tidak.

•Skop penilaian ini meliputi sebahagian besar perkara dan


kemahiran yang telah dipelajari.
PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF
FAKTOR FORMATIF SUMATIF
Sebab Untuk -Menggalakkan peningkatan -Dokumen pencapaian individu atau
Menilai pencapaian pelajar untuk kumpulan.
membantu pelajar mencapai -Penguasaan/masteri standards
standard. -Mengukur status pencapaian dalam
-Menyokong pertumbuhan masa yang ditetapkan untuk tujuan
berterusan pelajar pelaporan.
-Penambahbaikan
Siapa yang Pelajar tentang dirinya sendiri Diri sendiri, guru dan pihak lain yang
melihatnya berkepentingan terhadap pelajar
tersebut.
Fokus pentaksiran Pencapaian spesifik mengikut Standards pencapaian yang telah
sasaran pembelajaran yang disasarkan oleh guru, pelajar dan
dipilih oleh guru bagi sekolah terhadap apa yang hendak
membolehkan pelajar dicapai.
mencapai standards.
Masa Proses berlaku semasa proses Berlaku selepas proses pembelajaran.
Perlaksanaan pembelajaran dan berterusan
PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF
FAKTOR FORMATIF SUMATIF
Pengguna Pelajar, Guru dan Ibu Bapa Pembuat Polisi, perancang program,
Utama pemantau/nazir, guru, pelajar, dan ibu
bapa.
Biasa Pelajar memperbaiki pembelajaran, Memberi sijil, menyusun pelajar
digunakan membantu guru mendiagnosis pelajar,mengikut pencapaian, dan pengredan.
untuk membantu ibu bapa mengetahui
kejayaan anak-anak, Membantu ibu
bapa dalam usaha untuk memberi
sokongan kepada pembelajaran
pelajar.
Peranan Guru Menukarkan standard kepada sasaran Mentadbir ujian dengan berhati hati,
pembelajaran dalam bilik darjah, Membuat perbandingan prestasi
memberitahu pelajar sasaran yang pelajar, menggunakan keputusan untuk
ditetapkan, membina pentaksiran membantu pelajar mencapai standard,
yang boleh disesuaikan mengikut menterjemahkan keputusan kepada ibu
pembelajaran, memberi maklum balas bapa, membina pentaksiran untuk
kepada pelajar. pengredan dan pelaporan
PERBEZAAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF
FAKTOR FORMATIF SUMATIF
Peranan Menilai diri sendiri dan membina Belajar untuk mencapai standards yang
Pelajar laluan untuk lebih berjaya, ditetapkan, berusaha untuk mencapai
melengkapkan diri untuk mencapai skor yang tertinggi dan mengelak diri
matlamat yang ditetapkan, berusaha daripada gagal.
dan bertindak untuk berjaya.

Motivasi Motivasi penting untuk meningkatkan Menjanjikan ganjaran bila berjaya dan
kepercayaan untuk lebih berjaya rasa terancam apabila gagal.
melalui pencapaian yang lebih baik.

Contoh Menggunakan rubrik dan pentaksiran Ujian-ujian pencapaian, peperiksaan


kendiri untuk menghasilkan proses akhir.
yang lebih cekap dan berkesan.
PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF

Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Pengertian Satu jenis ujian formal atau tidak formal Satu jenis ujian formal untuk mengesan
untuk mengesan tahap penguasaan dan tahap pencapaian dalam sesuatu tempoh
kemajuan murid di dalam kelas. / penggal persekolahan.

Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan Mengesan pencapaian murid


murid untuk membaiki kelemahan yang berdasarkan beberapa unit pembelajaran
ada dengan kadar segera. dan pemeringkatan gred murid di dalam
kelas.

Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak Menjalankan ujian formal dalam
formal semasa sesi pengajaran dan beberapa waktu berdasarkan ketetapan
pembelajaran sama ada dibuat secara jadual secara individu mengikut kelas.
individu, kumpulan atau menyeluruh. Ujian dilakukan secara berkumpulan.
PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF

Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Masa Penilaian semasa sesi pengajaran Penilaian semasa semester


dilakukan atau setiap hujung pertama (pertengahan tahun)
bulan. dan semester kedua (akhir
tahun).

Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian Ujian formal adalah ujian kertas
dan sesi soal jawab), atau formal pensel atau ujian, lisan dalam
(ujian bulan) melibatkan ujian jangka masa yang ditetapkan
kertas pensel dam masa yang mengikut kesesuaiannya.
singkat.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.
PERBEZAAN SUMATIF DAN FORMATIF

Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran Meliputi beberapa unit


(ujian tidak formal) atau pembelajaran atau sesuatu tahap
beberapa kemahiran (ujian persekolahan
formal)
Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) Penggunaan rekod profil atau
dan penggunaan senarai semak pensijilan atau istilah pengredan.
atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)

Tindakan Membetulkan kelemahan dengan · Menempatkan murid kumpulan


kadar segera atau menjalankan atau kelas yang sesuai.
aktiviti pengayaan atau · Merancang dan mengubahsuai
pemulihan di dalam kelas. pelajaran atau kurikulum.
· Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.
Nota Penerangan
yang seterusnya adalah untuk
membantu kita memahami jenis
penilaian dan klasifikasi ujian
dalam melaksanakan pentaksiran
dalam kelas.
Cara Asas untuk menjelaskan JENIS
PENILAIAN dan Klasifikasi Ujian
dalam Kelas
ASAS JENIS PENILAIAN FUNGSI PENILAIAN
KLASIFIKASI
Prestasi Maksimum Untuk menentukan
penguasaan pelajar dalam
pembelajaran.

PENGUKURAN Prestasi Tipikal Untuk menentukan minat,


UMUM tingkahlaku dan personaliti
pelajar semasa
pembelajaran.
ASAS JENIS FUNGSI PENILAIAN
KLASIFIKASI PENILAIAN
Penempatan Menentukan kebolehan pelajar pada
awal atau sebelum proses P&P.

Formatif Memantau dan mengawasi


PENILAIAN kemajuan dalam pembelajaran
YANG untuk tujuan penambahbaikan
DIGUNAKAN secara berterusan.
DALAM
PENGAJARAN Diagnosis Mengesan punca permasalahan
DI DALAM pembelajaran pelajar.
KELAS Sumatif Menilai pencapaian pelajar di akhir
kursus untuk tujuan memberikan
gred atau pengiktirafan terhadap
pencapaian objektif.
ASAS JENIS FUNGSI PENILAIAN
KLASIFIKASI PENILAIAN

Ujian Menjelaskan prestasi pelajar


Rujukan berdasarkan kepada domain-domain
Kriteria yang tertentu yang dikenalpasti dengan
jelas dalam tugasan pembelajaran.

KAEDAH UNTUK
MENTAFSIRKAN
KEPUTUSAN
Ujian Menjelaskan prestasi pelajar
Rujukan berdasarkan kepada kedudukan relatif
Norma dalam sesuatu kumpulan.
Didefinisikan sebagai satu instrumen
atau prosedur sistematik untuk
memerhati dan menjelaskan tingkah
laku dan ciri-ciri pencapaian seseorang
pelajar dengan menggunakan skala
numerik atau skema klasifikasi.

PRESTASI
MAKSIMU
M
UJIAN RUJUKAN NORMA (URN)

UJIAN RUJUKAN KRITERIA (URK)

PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN


RUJUKAN KRITERIA
URN dan URK
• Bagaimana keputusan sesuatu ujian dan
prosedur penilaian yang diperolehi
DITAFSIRKAN.
• Cara asas untuk MENTAFSIR prestasi
seseorang.
UJIAN RUJUKAN NORMA
• Menentu @ membanding :
✓ prestasi seorang murid dengan murid yang lain
✓ prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain
dengan menggunakan keputusan ujian yang sama.
• Tujuan: membezakan antara individu @ kumpulan
mengikut pencapaian.
• Perbandingan relatif antara sekolah boleh dilakukan
maka dikenali juga sebagai Ujian Pencapaian Relatif.
• Item ujian: berdasarkan objektif tingkah laku bidang
kognitif meliputi aras mudah ke susah (25% mudah, 50%
sederhana, 25% susah)
UJIAN RUJUKAN NORMA contd
• Markah lulus tidak ditetapkan, pencapaian
keseluruhan kumpulan menentukan gred pencapaian,
menyebabkan markah lulus / taraf pencapaian berbeza
antara tahun & mata pelajaran. Eg : markah lulus mata
pelajaran Fizik tidak sama dengan BM dalam SPM
• Contoh:
❖ ujian pertengahan semester atau akhir semester
❖ peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan
STPM
• Keputusan ujian digunakan sebagai penilaian sumatif
bagi menentu / membanding pencapaian antara MM
UJIAN RUJUKAN KRITERIA
• Berdasarkan standard / taraf prestasi (ditetapkan) untuk
tentu pencapaian tanpa buat perbandingan dgn individu/
kumpulan lain
• Tujuan : tentukan taraf pencapaian seseorang yang
dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran & diadakan
setelah sesuatu kemahiran diajar.
• Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria yang telah
ditetapkan
• Eg : sebagai peringkat pencapaian minimum
➢ Pelajar-pelajar hendaklah menjawab
sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat
➢ MM dpt menjawab 7 drp 10 soalan yg diberi
➢ MM dpt menjawab dgn betul 70% soalan yg disediakan
UJIAN RUJUKAN KRITERIA contd
• Kegunaan :
❖ menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran,
iaitu satu / beberapa kemahiran yang telah diajar
spt kemahiran mambaca, menulis,mengira
❖ tentukan sama ada pelajar berkenaan menguasai
kemahiran dalam peringkat yang dikehendaki atau
tidak.
❖ sebagai penilaian formatif bagi mengesan
kelemahan pelajar dalam penguasaan tertentu.
UJIAN RUJUKAN KRITERIA contd
• Maklumat dari ujian, membolehkan guru merancang
semula strategi yang sesuai untuk membaiki P&P.
• Sesuai untuk menilai pelajar pendidikan khas sebab
menilai kemahiran tertentu dalam sesuatu masa.
• Sesuai untuk pembelajaran masteri dan bersifat
formatif
• Eg :
▪ Ujian kepantasan menaip
▪ Ujian diagnostik
▪ Ujian memandu
▪ Ujian amali
Perbezaan
ciri Jenis Ujian Rujukan

UJIAN RUJUKAN NORMA UJIAN RUJUKAN KRITERIA

  ujian pencapaian relatif yg ujian rujukan objektif yg menentukan


pengertian menunjukkan prestasi kump pencapaian individu berdasarkan
  calon dlm btk graf normal kriteria minimum yg ditetapkan
    terlebih dahulu
membandingkan dan
  menentukan penguasaan pembelajaran
membezakan
tujuan prestasi ant.calon atau ant. berdasarkan mengikut kriteria yg
  kump ditetapkan
  utk penilaian sumatif dgn utk penilaian formatif dengan memba-
kegunaan membezakan calon-calon dlm iki pengajaran dan pembelajaran
  peringkat prestasi cemerlang, berdasarkan keputusan ujian
  kepujian,lulus dan gagal  
sasaran perbandingan prestasi antara penentuan prstasi secara individu

  ramai calon atau kumpulan kecil

  soalan-soalan terdiri daripada soalan-soalan hampir sama

ciri soalan mudah kepada susah, dan mpunyaiperingkat kesukaran berdasarkan

  diskriminasi antara calon objektif pelajaran

ciri ujian markah lulus ditentukan slps markah lulus ditetapkan sbl ujian

  keputusan ujian dijalankan

liputan isi kandungan soalan meliputi isi kandungan soalan menumpukan pd

  suatu bidang pelajaran yg luas tugas-tugas pembelajaran yg terhad

contoh ujian peperiksaan awam spt UPSR, ujian pendek, kerja kursus dan

  PMR, SPM, dan STPM latihan bertulis dlm kelas


JENIS – JENIS
UJIAN
UJIAN KERTAS DAN PENSEL

UJIAN OBJEKTIF

UJIAN SUBJEKTIF

UJIAN TARA

UJIAN DIAGNOSTIK
UJIAN PERLAKUAN / PRESTASI

UJIAN PRA
UJIAN BINAAN GURU

UJIAN LISAN
UJIAN SARINGAN
UJIAN KERTAS DAN PENSEL
● Melibatkan kemahiran menggunakan perkataan dan bahasa.

● Pelajar perlu meguasai kemahiran membaca dan mempunyai


kefahaman untuk menjawab soalan serta kemahiran menulis
menggunakan alat tulis.

● Pelajar diberikan soalan untuk dijawab atau dibincangkan dan


masalah untuk diselesaikan serta jawapan hendaklah ditulis atas
kertas.

● Ujian ini dapat mengumpul maklumat tentang penguasaan pelajar


secara menyeluruh. Ini bermakna, pelajar perlu membaca,
memahami, meneliti, mengkaji dan kemudian menulis jawapan
yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
UJIAN KERTAS DAN PENSEL
● Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian
subjektif.
● Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek
iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang
betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat
kosong dan lengkapkan soalan.
● Ujian subjektif adalah ujian yang biasanya memberikan pelajar
kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan
ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas,
dan soalan yang memerlukan jawapan yang panjang. Contohnya soalan
berbentuk struktur dan esei.
● Biasanya ujian kertas dan pensel akan diadakan dalam kelas.
Contoh: ujian kefahaman iaitu penguasaan kemahiran dalam
bidang kognitif.
UJIAN OBJEKTIF
● Menurut Gronlund,1977
“ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang
boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan
memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas
yang serupa”
● Ujian objektif merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran
yang menggunakan item objektif.
● Item ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan,
kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir.
● Ujian objektif merupakan ujian pendek yang melibatkan proses
menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-
tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
UJIAN OBJEKTIF
● Item ujian objektif memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik.
● Ujian objektif dapat mengukur kebolehan dan kemahiran
merangkumi skop yang luas dan tajuk yang pelbagai.
● Sesuai digunakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran
pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
● Apabila semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan
memberikan markah pada jawapan yang sama.
● Soalan objektif boleh berbentuk :
✓ Aneka pilihan
✓ Salah-Betul
✓ Padanan
✓ Mengisi tempat kosong
UJIAN OBJEKTIF
● Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
i. Item Respon Bebas
ii. Item Respon Tetap (item jenis pilihan)
● Item respon bebas
- Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan
menuliskan sendiri jawapan. Biasanya jawapan yang ditulis
pada hujung soalan.
● Item respon tetap (item jenis pilihan)
- Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan
yang paling betul atau paling tepat.
● Jenis soalan respon tetap ialah
i. Format salah betul
ii. Padanan
iii. Aneka pilihan
UJIAN OBJEKTIF
i. Format salah betul
- soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu
ditandakan dan mempunyai dua pilihan sahaja untuk dipilih
iaitu betul atau salah.
ii. Padanan
- soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan
memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri
atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu
banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat
yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
iii. Aneka Pilihan
- aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini
diberikan tindak balas tetap.
UJIAN OBJEKTIF
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
● Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya
ialah:
a) Ujian ini mempunyai penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan
dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak
memerlukan orang-orang yang terlatih.
UJIAN OBJEKTIF
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan
kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang
baik.
UJIAN OBJEKTIF
● Di samping kelebihan dan kebaikkannya, terdapat juga
kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih,
mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya
secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa
menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang lama
untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.
UJIAN SUBJEKTIF
● Ujian subjektif ialah soalan yang bertujuan untuk menguji
pengetahuan, kefahaman dan kebolehan pelajar berfikir,
menganalisis, membuat sentisis dan penilaian.
● Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang
berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman,
kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar melalui respon
secara tulisan.
● Terdapat dua jenis iaitu:
i. Jenis respons terhad
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis
jawapan secara ringkas
ii. Jenis respons lanjutan
- mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi
jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
UJIAN SUBJEKTIF
● Kelebihan
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yang
diperolehi.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran,
konsep-konsep yang samar-samar.
- Pelajar boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan
pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya
cipta atau keaslian.
KELEMAHAN
UJIAN SUBJEKTIF
❖Bidang yang diuji terhad
❖Soalan boleh diramal
❖Mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
❖Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga
yang banyak.
UJIAN TARA
● Disedia, ditadbir, diperiksa, dianalisis secara piawaian

● Item soalan disediakan oleh pakar (individu/kumpulan), mengikut


objektif dalam satu bidang.

● Item soalan berbentuk item objektif dengan jawapan yang


ringkas

● Keputusan ujian diakui sah sebab ujian mempunyai kesahan,


kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtabdiran dan
kemudahtafsiran.

● Keputusan ujian dinilai mengikut standard ditetapkan.


UJIAN TARA
● Contoh :
- Ujian IQ: mengukur kecerdasan akal kanak-kanak
pada peringkat umur tertentu.
- Ujian Bakat: mengukur bakat dalam satu bidang (nyanyian,
melukis, muzik, permainan)
- Ujian Kepantasan :mengukur darjah kepantasan melakukan
sesuatu tugas
- Ujian Daya: menilai darjah daya tahan individu
UJIAN PERLAKUAN/PRESTASI
● Valencia, Hiebert & Afflerback (1994): ujian prestasi ialah
tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar untuk mempamerkan
tahap kompetensi dan pengetahuannya dengan membina satu
hasil atau memberi respon yang tertentu.

● Feuer & Fulton (1993): ujian prestasi cuba mengaitkan


kesahan dengan meletakkan pelajar dalam situasi sebenar dan
menilai prestasinya berdasarkan kriteria yang disediakan.

● Ujian kebolehan/kecekapan individu untuk melakukan sesuatu


aktiviti/amali.

● Melibatkan penggunaan radas/alatan konkrit/gambar.

● Pelajar perlu mempamerkan kemahirannya secara ‘hand-on’


UJIAN PERLAKUAN/PRESTASI
● Tidak banyak menggunakan bahasa/kertas-pensel.

● Sesuai bagi pelajar yang lemah berbahasa.

● Tujuan : mengumpul maklumat mengenai kebolehan pelajar


mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi yang realistik.

● Contoh :
- Mencantumkan kad perkataan dengan gambar yang berkenaan
- Mencantumkan kepingan gambar untuk menjadikannya
gambar yang lengkap
- Menyusun satu siri gambar untuk membentuk cerita yang logik
- Menggunakan kiub-kiub untuk membentuk satu benda yang
menarik
- Amali sains, PAFA.
UJIAN BINAAN GURU
Disediakan oleh guru untuk menguji kefahaman, penguasaan,
kemajuan pelajar dlm pembelajaran

Soalan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari

Btk ujian : objektif / subjektif dengan penggunaan kertas pensel.

Contoh : Ujian Kelas, Ujian Bulanan, Ujian penggal,


Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Pertengahan / Akhir Tahun.

Skim pemarkahan ditetapkan oleh guru yang menggubal soalan.


Kerja pemeriksaan pula diuruskan oleh guru sendiri
UJIAN SARINGAN
• Definisi: alat untuk meninjau secara am kelemahan
dan kekuatan murid dalam kemahiran.
• Tujuan: Mengasingkan pelajar mengikut aliran,
penguasaan mahupun kemahiran
• Bertujuan menjalani program seperti pemulihan atau
pengayaan
• Instrumen Ujian Saringan didasarkan kepada apa
yang sudah dipelajari oleh murid .
UJIAN DIAGNOSTIK
Adalah satu alat pengukuran yang
membolehkan guru mengesan punca dan
kawasan kelemahan secara terpeinci
yang dihadapi oleh seseorang murid.
TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK
• kesan punca kelemahan pelajar menguasai kemahiran
• membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran
yang dihadapi oleh murid
• membantu guru merancang satu program pengajaran
yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih
tepat dan sistematik.
• membolehkan guru merancang dan membina program
dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut
tahap murid.
CIRI – CIRI UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik Ujian diagnostik
Ujian diagnostik lisan
bertulis dijalankan dimulakan dengan
dijalankan secara
secara kumpulan ujian lisan dan diikuti
individu
kecil dengan ujian bertulis

Ujian ini disediakan Semua jawapan hendaklah Keputusan ujian dapat


mengikut turutan diteliti oleh guru supaya memberi panduan kepada
kognitif yang paling guru tahu apa yang murid guru untuk menyusun satu
rendah kepada yang tidak tahu dan di mana program pengajaran
paling tinggi kesilapan mereka kepada murid
UJIAN PRA
• Untuk mendapatkan maklumat
tentang pengetahuan sedia ada
pelajar bagi merancang aktiviti P&P
berkesan.
• Tentukan kesesuaian item ujian utk
bank item.
KEPENTINGAN UJIAN PRA
• mengenalpasti kesesuaian perkataan yang digunakan pada
soalan yang dibina dan mudah difahami oleh pelajar.
• memastikan bilangan soalan adalah bersesuaian dengan masa
yang telah diperuntukkan.
• mengetahui tahap pengetahuan pelajar.
• memastikan pelajar bersedia bagi menghadapi ujian.
UJIAN LISAN
• Ujian lisan diadakan untuk menguji kebolehan
pelajar berkomunikasi dengan betul
• ujian lisan dapat menguji taraf kefahaman pelajar
dan kebolehan pelajar menyampaikan maklumat
• Kesan kelemahan pelajar dengan serta merta dan
membantu pelajar membetulkan kelemahannya.
• Khusus untuk penguasaan bahasa.
OBJEKTIF UJIAN LISAN
• Mendedahkan situasi berlisan yang sebenar
kepada murid
• Membentuk kemahiran dan keyakinan diri
murid untuk berkomunikasi secara berkesan
• Mendedahkan kemahiran berlisan dan
memberikan pengalaman kepada murid untuk
berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak
formal
THANK YOU
Sekian, Terima Kasih

You might also like