You are on page 1of 3

1.

0 Tajuk Kertas kerja

Kertas kerja sempena Bulan Matematik Tahun 2014, anjuran Panitia Matematik, SK Merbau Sempak,
Sungai Buloh.

2.0 Pengenalan

Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan
menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya
mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada
ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Bulan
Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid- murid akan bersedia membuka minda dan
menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 Objektif Program

3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping
mencabar minda.

3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.

3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik di dalam kelas. 3.5
Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan
permainan.

3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.0 Tarikh Aktiviti

Aktiviti ini akan diadakan sepanjang bulan Mei tahun 2014 .

5.0 Masa Aktiviti

Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A.


6.0 Tempat Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat aktiviti dijalankan adalah
seperti di dalam Lampiran A.

7.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : En. Zakaria bin Md Yunus

Timb. Pengerusi : Pn. Hjh Simah binti Basir

Naib Pengerusi : Tn. Hj Rashid bin Othman En. Za’ba bin A. Rahman Pn. Hajah Kartinah binti
Abdul Kadir

Penyelaras Program : En. Shamsudin bin Mohd Rosli

Setiausaha : En. Hammad Nazir bin Hasbullah

Ahli Jawatankuasa : Pn. Suhaiza binti Ja’afar Pn. Hjh Che Bushra binti Hassan Pn. Siti Nirwanie binti
Mohd Amin Pn. Diana binti Abu Pn. Hairul Aniza binti Abd Hamid Pn. Ruhaida binti Paiman Pn.
Suzaita binti Tahir Pn. Siti Fatimah binti Misran Cik Nurul Ain binti Che Harun

Pembahagian tugas jawatankuasa program adalah seperti di dalam Lampiran B.

8.0 Penyertaan

Semua warga SK Merbau Sempak akan terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut
tahun adalah seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM640.00. Senarai terperinci anggaran perbelanjaan
adalah seperti di dalam Lampiran C.
10.0 Penutup

Bulan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha
supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang
aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan
sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Sains dan Matematik sekolah ini akan meningkat
dengan lebih baik lagi.

You might also like