You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-

faktor yang mendorong pelajar menghadiri kelas tuisyen dan halangan-halangan


bagi sesetengah pelajar untuk menghadiri kelas tuisyen. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tuisyen bermaksud bimbingan tambahan kepada pelajar bagi mata pelajaran


tertentu. Dari segi praktikalnya, pendidikan dan bimbingan menerusi kelas tuisyen
berbeza daripada pembelajaran formal di sekolah. hal ini disebabkan kelas tuisyen
berperanan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh pelajar di
sekolah. Sebagai contoh, tuisyen bagi mata pelajaran bahasa, pelajar akan diberikan
pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya mereka lebih menguasai kemahiran
kebahasaan.

Kelas tuisyen tertakluk di bawah Akta Pendidikan Swasta 1996. Pada masa
ini, kelas tuisyen semakin mendapat sambutan apabila ibu bapa cenderung
menghantar anak mereka belajar di kelas tersebut di luar waktu persekolahan biasa.
Sebahagian besar pelajar percaya bahawa mereka akan memperoleh keputusan
peperiksaan yang cemerlang dengan menghadiri kelas tuisyen. Buktinya dapat dilihat
apabila keputusan peperiksaan diumumkan pada setiap tahun. Tambahan pula,
kebanyakan kelas tuisyen menyediakan kemudahan yang selesa untuk pembelajaran
termasuk bilik yang berhawa dingin, suasana yang senyap serta kurang gangguan
semasa pembelajaran. Lantaran itu, pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pembelajaran.

Bilangan pelajar yang tidak terlalu padat di dalam kelas tuisyen menjadi daya
penarik kepada pelajar untuk mengikuti kelas bimbingan. Guru kelas tuisyen pula
dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap pelajar berbanding dengan
keadaan di sekolah kerana tenaga pengajar di kelas tuisyen tidak terikat dengan
peraturan untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam

You might also like