You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2

TAMAN SEREMBAN JAYA,

70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

TEL : 06-6753323, FAX : 06-6753304

EMAIL : skserembanjaya2@yahoo.com

KERTAS KERJA PROGRAM

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

KALI PERTAMA

KURSUS VLE-FROG

TARIKH PERLAKSANAAN : 24 APRIL 2013.

MASA : 2.00 – 4.00 PETANG.

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK SEREMBAN JAYA 2.

PENCERAMAH : PN. ZAMARIA ISHAK.


1.0 Tajuk Program

1.1 Kursus VLE-FROG

2.0 Penceramah

2.1 Pn. Zamaria Ishak

3.0 Latar belakang

3.1 Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksanakan dalam


tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan
kepada usaha memperbaiki system dengan memberi sokongan
guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; dan Gelombang 2
(2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi
operasi yang lebih fleksibel. Oleh itu projek 1BestariNet telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun
2011. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi
dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran,
pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan
di internet melalui Virtual Learning Environment (VLE FROG) yang
boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang
mempunyai capaian internet.

4.0 Objektif

4.1 Memperkenalkan VLE-FROG kepada guru-guru dan pentadbir


sekolah.

4.2 Memotivasikan dan memberi inspirasi kepada para peserta


tentang perlunya kaedah pengajaran baharu.

4.3 Memberi kemahiran kepada guru-guru tentang cara penggunaan


VLE-FROG yang berkesan.
5.0 Rasional

5.1 VLE-FROG adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang


membenarkan fungsi pembelajaran dan pengajaran, kolaborasi
dan pentadbiran yang dapat dilakukan melalui Persekitaran
Pembelajaran Maya yang berasaskan “cloud”.

6.0 Tarikh dan hari perlaksanaan

6.1 Tarikh : 24 April 2013

6.2 Hari : Rabu

6.3 Masa : 2.00 Hingga 4.00 petang.

7.0 Tempat perlaksanaan

7.1 Makmal Komputer, SK Seremban Jaya 2.

8.0 Kumpulan sasaran

8.1 Pentadbir
8.2 Guru-guru

9.0 Tentatif program

2.00 petang - Pendaftaran peserta

2.15 petang - Slot 1 - Pengenalan Kepada 1BestariNet

2.30petang - Slot 2 - Pembentukan Pasukan FROG

2.45petang - Slot 3 – VLE-FROG

4.00petang - Bersurai
10.0 Penutup

10.1 Program ini memerlukan kerjasama dan kolaborasi dari semua


pihak. Ini adalah penting bagi memastikan kejayaan dan
perlaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas untuk
memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam
menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

_____________________

(PN. ZAMARIA BINTI ISHAK)

Penyelaras Bestari/ICT sekolah.

Disahkan oleh,

______________________

(PN. ZAITON BINTI LANA)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2.

You might also like