You are on page 1of 1

‫معهد السلطان أحمد شاه الدينى‬

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI


26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR
TEL :09-4675087 Fax : 4675086
e-mail : maahadsas@yahoo.com

Ruj. Kami : MA’AHADSAS: 02/01/(3)


Tarikh : 18 JANUARI 2017
19 RABIULAKHIR 1438
Assalamualaikum Wrhmth. Wbrkth.

Yang Setia Ketua Polis Daerah,


Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.
26500 Maran,
Pahang Darul Makmur.
(u/p: Insp. Muhamad Faiez Zulkefle)

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Berkenaan perkara di atas, adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Ma’ahad SAS Jengka menjemput tuan untuk hadir
ke majlis tersebut dan menyampaikan ucapan serta seterusnya menyerahkan Watikah
Perlantikan Pengawas dan Kepimpinan Sekolah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23.01.2017 (Isnin)


Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS Jengka

2. Segala kerjasama daripada pihak tuan bagi melancarkan program ini, pihak sekolah
mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian dengan hormatnya dimaklumkan. Wassalam

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

........................................................
(NORAINI BINTI ABDUL MANAP)
Pengetua
Ma’ahad SAS Jengka

You might also like