You are on page 1of 15

 Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan

khas adalah pendidikan yang diberikan


kepada murid-murid dengan keperluan
pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid-murid normal, di dalam kelas
yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji
Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan. 1996)
Dijalankan dalam dua bentuk:

 Separa inklusif
 Murid mengikuti pembelajaran di
kelas biasa untuk mata pelajaran
tertentu sahaja.
 Waktu selebihnya mengikuti
program di kelas khas.
 Senarai nama murid pada daftar
Pendidikan Khas.
 Guru Pendidikan Khas terlibat
sebagai pembimbing atau guru
pendamping.
 Mengambil ujian mata pelajaran
 Inklusif sepenuh masa
 Murid mengikuti semua mata
pelajaran di kelas biasa seperti murid
biasa.
 Senarai nama kekal dalam daftar
Pendidikan Khas.
 Guru kelas biasa boleh rujuk atau
minta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas (guru pendamping)
sekiranya terdapat sebarang masalah
sama ada dari segi pembelajaran
atau tingkah laku.
 Pelajar pendidikan khas yang layak
 Membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat
tempat yang sama dalam pendidikan.
 Menempatkan kanak-kanak ini dlm persekitaran yang
seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan
untuknya.
 Membolehkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri
dlm semua aspek dari awal.
 Membuktikan mereka juga mempunyai kemahiran dan
kebolehan yg setanding dgn rakan-rakan mereka yg
nromal.
 Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut
kelaziman org normal.
 Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan
masyarakat.
 Mengsealirankan pelajar-pelajar
berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar
normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di
sini tidak semestinya semua pelajar
berkeperluan khas boleh disealirankan begitu
sahaja kerana setiap individu mempunyai
kemampuan dan keperluan yang berbeza.
 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar
tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-
aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-
sama pelajar normal.
 Memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat
menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua
aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan
mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi
anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj
Awang. )1996.
 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan
kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan
Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.
Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-
nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu
ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
 Melahirkanpelajar berkeperluan khas yang
cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta
kerjaya yang dibina.
 Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi
 Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran
dalam aliran perdana
 Tidak mempunyai pelbagai kecacatan
 Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya
 Keperluan Kesamarataan hak asasi
- Secara umumnya individu berhak mendapat
hak yang sama rata termasuklah keperluan
pendidikan mengikut keupayaan masing-
masing termasuklah untuk golongan yang
kurang upaya. Ini kerana semua kanak-kanak
mempunyai hak untuk belajar dan didikan di
persekitaran yang sama dengan rakan sebaya
yang lain.
 Keperluan Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa
panjang yang baik untuk meningkatkan taraf
pendidikan golongan orang berkeperluan khas di
negara ini. Ini kerana pendidikan menjadi aset
kepada setiap individu termasuk golongan
keperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh
menjadi alasan untuk keciciran mendapat
pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh
dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan ini.
 Keperluan Sosial
- Pendidikan inklusif bukan sahaja bertujuan untuk
menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
golongan bekeperluan khas malahan untuk
mewujudkan hubungan kemanusian antara
masyarakat. Kebanyakkan kanak-kanak normal
takut akan golongan bekeperluan khas ini. Melalui
Pendidikan Inklusif ini, ia mengajar supaya kanak-
kanak dapat menerima golongan ini secara semula
jadi.
 Berkaitan dengan “pendemokrasian”
pendidikan.
 Konsep “keadilan”
I. Kanak-kanak mempunyai banyak
persamaan.
II. Agen yang baik boleh mengajar semua
jenis kanak-kanak.
III. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan
dengan kualiti pendidikan yang tinggi.
IV. Proses P&P “child centered”.
 Guna unsur mudah dlm kurikulum, masa dan
strategi P&P
 Berasaskan kpd prinsip pengajaran iaitu dari
senang kepada tahap yang lebih sukar.
 Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi
 Libatkan murid dlm pengajaran dan bina
keyakinan diri daya saing dan daya tahan.
 Sediakan aktiviti P&P yang menarik.
 Penilaian hendaklah dibuat secara formatik
dan berperingkat-peringkat.
 Berikan penekanan kpd kurikulum bersepadu.
 Kejayaan perlaksanaan program ini adalah
berdasarkan perancangan yang telah diatur dan
dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi
memastikan program ini terus dijalankan dengan
teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka
dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan
guru mampu membentuk pelajar ini menguasai
ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan
martabat diri,agama dan masyarakat dan juga
mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan masyarakat global di luar
sana.

You might also like