You are on page 1of 1

b) Jelaskan tiga contoh Peraturan 4 Bab D seseorang guru.

Peraturan Kelakuan dan Tatatertib telah dibina untuk mengawalselia perlakuan


penjawat awam dan menjadi panduan kepada pegawai patuh dan taat kepada polisi, perintah
dan undang-undang. Peraturan 4 Bab D ialah berkelakuan memburukkan dan
mencemarkan nama perkhidmatan awam. Seorang guru haruslah menjaga nama baiknya.
Ini kerana jika terdapat mana-mana guru berkelakuan buruk, maka masyarakat akan
berpandangan negatif terhadap semua warga guru. Situasi ini perlu dielakkan kerana
profesion dilihat sebagai profesion yang mulia dan guru-guru disanjung tinggi oleh masyarakat
kita. Seorang guru mestilah tidak melibatkan dirinya dalam penyalahgunaan dadah. Ini kerana
tabiat menggunakan dadah boleh menyebabkan guru tidak dapat mengawal emosi diri
semasa berada di sekolah, disamping membawa padah kepada diri sendiri. Ini boleh
menjejaskan kualiti pengajaran guru. Guru juga dipandang sebagai insan yang jujur dan
berintegriti tinggi. Guru juga perlulah elak disabitkan dengan kesalahan jenayah seperti
bergaduh, mencuri atau menerima rasuah. Ini akan menjejaskan kepercayaan murid dan
masyarakat terhadap guru. Akhirnya, guru mestilah elakkan aktiviti yang boleh menjatuhkan
profesion perguruan seperti mabuk dan merokok di khalayak ramai. Jika murid-murid
mendapati guru melakukan perbuatan negatif sebegini, mereka akan berpandangan bahawa
perbuatan tersebut tidaklah negatif serta mereka akan mencontohinya. Oleh itu, seorang guru
haruslah menjadi contoh dan teladan yang baik kerana guru merupakan seorang insan yang
berpengaruh dalam masyarakat.

You might also like