You are on page 1of 2

Jawaapan 1

Assalamualakum dan salam sejahtera.

Mengikut hasil dapatan saya maksud kajian literatur ialah mengumpul maklumat dan mengkaji
maklumat kajian terdahulu bagi membantu mnguatkan fakta yang akan digunakan dalam membuat
sesuatu penyelidikan. Ini bermakna rujukan literatur adalah rujukan kajian-kajian terdahulu dan
teori-teori yang berkaitan dengan bidang kajian adalah sangat penting dalam dalam sesuatu
kajian .Di antara kajian-kajian lepas yang menjadi rujukan kita ialah seperti artikel jurnal, tesis, kertas
kerja, prosiding, buku malah dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan kita
buat.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil semasa mengumpul rujukan literature antaranya
ialah kita harus membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan, menilai semua tulisan ilmiah yang
dibaca, buat ringkasan daripada kajian yang dibaca dan kemudian barulah digabungkan menjadi satu
penulisan ilmiah yang lengkap bagi membantu menghuraikan masalah kajian yang telah dipilih. 

Tujuan rujukan literatur ini ialah ianya dapat menentukan panduan yang boleh kita gunakan untuk
kajian akan dibuat. Menurut Jerry Wellington (2004), beliau mencadangkan sepuluh kriteria meliputi
tajuk kajian, abstrak, tinjauan, rangka kerja, tujuan, metodologi, pensampelan, penilaian, kesimpulan
dan imlplikasi seterusnya akhir sekali barulah pesembahan kajian yang dibuat bagi mendapat
maklumat berkenaan dengan kajian yang dibuat itu dunakani atau tidak oleh pembaca.

Jawapan 2

Saya setuju dengan pendapat cikgu, ini kerana rujukan literatur turut memberi
idea mengenai pembolehubah dalam kajian yang hendak dilaksanakan. Ini
kerana kita telah ,mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan
untuk,mengetahui status kajian itu boleh digunapakai sebagai rujukan dalam
kajian kita. Selain dari itu kita juga memperolehi menggunakan pembolehubah-
pembolehubah,mengenalpasti masalah sebenar serta merancang metodologi
yang sesuai. Sebagai pengakaji kita harus mencari berbagai bahan untuk
menyiapkan kajian yang dibuat seperti mencari dan mendapatkan sumber
maklumat dari pelbagai bahan tesis, jurnal, bahan-bahan penuelidikan dan
buku . Dengan ini pengkaji dapat memantapkan lagi kemahirannya kerana arif
dengan perkembangan dan kehendak semasa.

Jawapan 3
Saya setuju dengan pendapat cikgu. Kajian literature  bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian
lain tetapi merupakan dapatan  ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh
orang lain.

Ini kerana kajian literatur merupakan analisa dari hasil kajian terdahulu yang dikumpul dan diberi
penelitian tajuk khusus atau pertanyaan terhadap suatu permasalahan untuk mendapat ilmu bagi
menilai maklumat yang dilakukan pengkaji sama ada kajiannya sudah lengkap terhadap kajian yang
dibuat. Ini kerana dalam kajian terdahulu mungkin mempunyai beberapa pembolehubah yang boleh
digunakan oleh pengkaji bagi memantapkan kajian yang dilakukan oleh mereka.

You might also like