You are on page 1of 6

1.

Masalah kajian merupakan satu kesulitan atau kebuntuan yang menggerakkan penyelidik untuk
mencari penyelesaian. Berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam bidang pendidikan sekolah
rendah, tuliskan satu pernyataan masalah beserta beberapa hujah yang dapat menyokong kepada
perlunya kajian tersebut dijalankan.

Masalah kajian merupakan satu kesulitan atau kebuntuan yang menggerakkan penyelidik
untuk mencari penyelesaian. Berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam bidang
pendidikan sekolah rendah, tuliskan satu pernyataan masalah beserta beberapa hujah yang
dapat menyokong kepada perlunya kajian tersebut dijalankan.

Attachment : No File Attach...


| Reply to This Message | Print Message |

22 Sep 2014
Re : Soalan Forum 1
08:33:36 PM
22 Sep 2014
Posted By : MOHD TAJULADNAN BIN TAJUDDIN
03:34:07 PM
Reply To : Abdul Talib bin Mohamed Hashim
Attachment : No File Attach

Salam 1 Malaysia……..

Menurut Manheim (1997), penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang


penuh dengan hati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu
perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan sejagat. Sesuatu penyelidikan itu berlaku apabila adanya sesuatu
permasalahan yang wujud dalam pengajaran guru di bilik darjah. Permasalahan
tersebut tidak akan dapat berjaya diatasi tanpa guru melakukan sesuatu tindakan
yang sewajarnya seperti melaksanakan kajian dan penyelidikan.

Bagi guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah, kebanyakan murid-murid


menghadapi masalah dalam membuat penulisan (karangan). Murid-murid seolah-
olah kelu dan terpaksu serta kurang keyakinan untuk memulakan aktiviti penulisan
mereka. Pelbagai kaedah dan cara telah digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah
tersebut seperti menyalin semula contoh karangan, menulis semula karangan yang
dibacakan oleh guru, membina ayat-ayat berdasarkan gambar bersiri dan sebagainya.

Hasil daripada pengalaman saya mengajar penulisan (karangan), satu kaedah


yang saya rasa yakin untuk diketengahkan di sini ialah penggunaan peta minda
(mind map). Perlu diingatkan bahawa, murid-murid perlulah merasai suasana dan
pengalaman sebenar sebelum aktiviti penulisan di buat. Contohnya, pada minggu
lepas sekolah telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan yang disertai oleh
semua murid. Hasil dari pengalaman ini, maka murid mempunyai pengetahuan yang
kukuh dalam minda mereka untuk membuat karangan bagi tajuk “Sambutan Bulan
Kemerdekaan di Sekolah Saya”. Walaubagaimana pun, ini hanyalah melalui
pengalaman saya dan saya mengalu-alukan pandangan cikgu-cikgu yang lebih
bernas.

| Reply to This Message | Print Message |

23 Sep 2014
Re : Re : Soalan Forum 1
11:56:32 AM
22 Sep 2014
Posted By : MOHAMED BIN BABA
08:33:36 PM
Reply To : MOHD TAJULADNAN BIN TAJUDDIN
Attachment : No File Attach

Saya sangat bersetuju danga pandangan cikgu. Dari pengetahuan saya, penyelidikan
adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahilmu
pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau dua matlamat iaitu
pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. Seseorang
penyelidik mungkin ingin mencari hubungkait antara faktor-faktor
tertentu,menentukan jika terdapat perbezaan antara kumpulan-kumpulan subjek yang
dikaji, membuatramalan ataupun mencari dan mencipta suatu hasil atau benda baru.

| Reply to This Message | Print Message |

23 Sep 2014
Re : Soalan Forum 1
01:13:31 AM
22 Sep 2014
Posted By : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
03:34:07 PM
Reply To : Abdul Talib bin Mohamed Hashim
Attachment : No File Attach

Assalamualaikum..

Setiap masalah yang timbul sama ada dalam bidang pendidikan atau apa jua bidang
yang berkaitan dengan kehidupan manusia terutama masalah yang timbul apabila
sesuatu perkara, dasar yang dilaksanakan telah mendatangkan kekeliruan serta
memberi impak yang negatif memerlukan kajian dan penyelidikan untuk mencari
punca berlakunya masalah tersebut. Masalah yang dihadapi merupakan satu
rangsangan untuk bertindak agar dapat diselesaikan dan dielakkan pada masa akan
datang.
Penyelidikan masalah dalam pendidikan memerlukan kajian terperinci dengan tujuan
untuk memahami, menerangkan, menjangka dan mengawal agar masalah pendidikan
tidak memberi sesuatu negatif kepada pelaksana dasar iaitu guru dan juga penerima
dasar iaitu murid-murid. Penyelidikan adalah penyelesaian masalah yang membawa
kepada pengetahuan, penemuan baru dan perubahan dengan menggunakan kaedah-
kaedah tertentu bagi mencari jawapan serta untuk mendapatkan keputusan yang lebih
baik serta bertujuan untuk penambahbaikan berhubung dengan fenomena yang
dihadapi.

Sepanjang menjadi guru Bahasa Melayu terutama guru Bahasa Melayu Tahun 6,
masalah yang sering dihadapi adalah untuk melahirkan murid yang mahir dalam
menulis karangan Bahasa Melayu tanpa sebarang kesilapan dari segi tatabahasa dan
juga struktur ayat. Murid-murid juga tidak dapat menggunakan bahasa yang betul
dan penggunaan kata tepat melalui penulisan karangan. Murid-murid juga tidak
dapat menghurai isi-isi yang dibincangkan terutamanya isi-isi sampingan beserta
contoh yang sesuai. Murid-murid juga seringkali membuat kesalahan mengenai
susunan isi-isi utama tidak mengikut urutan. Terdapat juga murid-murid tidak dapat
menghasilkan karangan yang baik disebabkan kurang pengetahuan sedia ada tentang
sesuatu tajuk yang dibincangkan.

Terdapat juga kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam menulis karangan
iaitu bahasa yang digunakan dipengaruhi dengan bahasa tempatan dan juga
penggunaan kata mengikut bahasa pasar tempatan. berdasarkan masalah-masalah di
atas dan lain-lain perkara berkaitan dengan penulisan karangan, penyelidikan perlu
dilakukan untuk menjawab setiap persoalan yang timbul.

| Reply to This Message | Print Message |

23 Sep 2014
Re : Re : Soalan Forum 1
11:59:00 AM
23 Sep 2014
Posted By : MOHAMED BIN BABA
01:13:31 AM
Reply To : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
Attachment : No File Attach

Menurut, The Collins International Dictionary penyelidikan ialah suatu penyiasatan


sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus
Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk
membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?.
Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan
empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang
boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).
Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal.
Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan
atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna
kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka
untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam
bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan
saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah

| Reply to This Message | Print Message |

23 Sep 2014
Re : Soalan Forum 1
10:44:33 AM
22 Sep 2014
Posted By : MOHAMED BIN BABA
03:34:07 PM
Reply To : Abdul Talib bin Mohamed Hashim
Attachment : No File Attach

Menurut Helmstadter, 1970, Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang


membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah
mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam
bidang tersebut. Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan
mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan
dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine – Research and
Methodology in Business).

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan


masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya
pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan.Penyelidik
tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji.
Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian
berkenaan perlu dijalankan.

 Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.


 Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
 Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti dan senaraikan

Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah
saintifik (penyelidikan–alat kajian- analisis).

 Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/masalah.


 Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu
terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang
diperlukan(langkah-langkah)

 Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan (


i,ii,iii,iv)
 Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
 Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada focus
kajian/ isu keprihatinan).
 Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
 Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan
penyelidik.

2. Dalam sesuatu kajian yang hendak dijalankan, rujukan literatur daripada kajian-kajian terdahulu
dan teori-teori yang berkaitan dengan bidang kajian adalah sangat penting. Huraikan hujah anda.

Jawab

Setiap kajian yang dijalankan rujukan literatur daripada kajian terdahulu. Ini bertujuan
memperjelaskan masalah kajian, menlihat jusfikasi masalah yang dikaji, mengenal pasti
kaedah kaijian yang akan digunakan, mengenalpasti teari atau dapatan kajian lepas, membina
hipotesis kajian dan mempelajari pengetahuan baru.

Ini kerana rujukan literature ialah ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku, prosiding
dan lain dokumen yang menjelaskan maklumat lepas dan terkini berkaitan yang diperlukan
bagi kajian yang dicadangkan.

Draf 1 Bab 1

Bab 1 – Pengenalan

 Pendahuluan
 Latar belakang kajian
 Pernyataan masalah
 Kerangka Konseptual
 Objektif kajian – (maksimum 3 objektif)
 Soalan kajian – (antara 3 – 5 persoalan)
 Kepentingan kajian
 Batasan kajian
 Definisi pembolehubah
 Rumusan

Bab 2 – Tinjauan literatur

 Pendahuluan
 Teori dan konsep berkaitan
 Kajian-kajian lepas
 Rumusan

Bab 3 – Metodologi

 Pendahuluan
 Rekabentuk kajian
 Persampelan
 Instrument kajian
 Analisis data (deskriptif)
 Rumusan

You might also like