You are on page 1of 4

PERUTUSAN

KETUA PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JASIN


TAHUN 2019

Bismillahi-i-Rahman-i-Rahim

Assalamualaikum wbr.
Selamat Sejahtera
Salam Melaka Berwibawa
Pintar, Hijau, Bersih.
Salam Mendidik daripada Hati Dengan Penuh Integriti
Salam Berjiwa Kawan, Bukan Berjiwa Tuan

Yang berusaha Cikgu ……………………… Pengetua / Guru Besar SMK / SK …………………


Yang berusaha Cikgu ……………………… Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Yang berusaha Cikgu ……………………… Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang berusaha Cikgu ……………………... Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang berusaha Cikgu..................................Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Barisan Ketua Panitia Mata Pelajaran
Guru-Guru dan murid-murid yang dikasihi.

1. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita semua berkumpul dalam
perhimpunan sekolah ……………… pada pagi yang berbahagia ini. Semoga perhimpunan pada pagi
ini akan menjadi titik tolak untuk kita bersama-sama berazam dan memasang tekad untuk memajukan
diri menjadi manusia yang bijaksana, berilmu berpengetahuan dan berakhlak mulia.

2. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah memancarkan cahaya
kebenaran hidup dalam menyantuni kehidupan sesama insan.

Warga Sekolah yang dihormati,

3. Permulaan tahun 2019 ini merupakan tahun yang bersejarah bagi pendidikan daerah Jasin. Hal ini
kerana pendidikan daerah Jasin akan menjayakan inisiatif transformasi bagi semua sekolah dalam
daerah Jasin, iaitu di bawah TS25@Jasin. Inisiatif ini merupakan kesinambungan inisiatif Program
Transformasi Sekolah 2025 atau TS25 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menerusi
TS25@Jasin, semua sekolah daerah Jasin akan menjayakan transformasi bagi empat bidang utama,
iaitu bidang Pendekatan, bidang Sasaran Mikro, bidang Program Strategik dan bidang Tumpuan.

1
Bagi mencapai transformasi ini, sekolah daerah Jasin akan memfokuskan hala tuju, iaitu Transformasi
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) PAK21. Bagi memastikan hala tuju dalam TS25@Jasin ini
berjaya, semua guru dan sekolah daerah Jasin akan dibantu menerusi program pembangunan yang
telah dirancang dan disamping itu, guru dan sekolah pula dibimbing dalam melaksanakan Program
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Program ini adalah untuk membantu guru dan sekolah
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti guru dalam PdPc.

4. Semua program pembangunan dan PLC ini akan dilaksanakan dalam strategi Kluster TS25@Jasin
bagi memastikan setiap program pembangunan dan inisiaitif yang dilaksanakan akan lebih cepat
tersebar. Malah, menerusi strategi Kluster TS25@Jasin ini juga akan memperlihatkan pelaksanaan
Program Bimbingan Bersepadu dan Dialog Prestasi. Diharapkan menerusi strategi Kluster
TS25@Jasin, objektif bagi mencapai sasaran strategik, iaitu Kualiti Sekolah dan Kualiti
Kemenjadian Murid dapat dicapai.

5. Inisiatif TS25@Jasin bukan sekadar arahan. Sebaliknya, guru dan sekolah diberikan sokongan dan
bimbingan sepenuhnya. Misalnya, bagi memulakan inisiatif TS25@Jasin untuk sesi persekolahan
2019, PPD Jasin telah membekalkan kertas A4, kertas manila, kertas sebak, pen marker, kalendar
dan juga setiap bilik darjah dibekalkan pula dengan 10 unit poster bagi menjadikan bilik darjah sebagai
bilik yang kondusif dan bermaklumat. Usaha ini dilaksanakan atas prinsip “encourage the heart” dan
“enabling the other to act”. Inilah prinsip yang tersemat dalam tag line “Berjiwa Kawan, Bukan
Berjiwa Tuan”.

6. Dalam menjayakan matlamat TS25@Jasin ini, kita tidak mahu membebani guru dengan mentaliti
orientasi peperiksaan, khususnya untuk tempoh pembelajaran 6 tahun di sekolah rendah dan 3 tahun
di sekolah menengah. Proses pendidikan untuk tempoh 9 tahun ini akan berfokus pada perkembangan
(growth), iaitu proses PdPc yang kreatif yang dapat membangunkan potensi dan kemahiran diri murid,
di samping membangunkan nilai diri yang mantap. Bagaimanapun, proses PdPc yang demikian akan
diikuti dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mentaksir sejauh mana perkembangan diri murid
telah berjaya dibangunkan melalui proses PdPc guru. Hanya setelah perkembangan diri murid
dibangunkan dengan sempurna dalam tempoh 9 tahun itu, barulah murid-murid akan memasuki fasa
orientasi peperiksaan, iaitu di Tingkatan 4 dan 5 nanti. Oleh hal demikian, tempoh pendidikan selama

2
9 tahun yang memberikan fokus pada pencapaian Melepasi Tahap Minumum (MTM) membolehkan
guru-guru lebih kreatif sehingga berupaya memperkasakan “speaker conner”, iaitu sudut untuk aktiviti
murid seperti berpidato, mempersembahkan hasil projek, mendeklamasikan puisi dan lain-lain.

Warga sekolah yang saya hormati,


7. Inisiatif yang dilaksanakan di bawah TS25@Jasin adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melihat
sekolah daerah Jasin atau pendidikan Jasin segera ditransformasi untuk mencapai kualiti sekolah dan
kualiti kemenjadian murid, di samping bagi merealisasikan visi, iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik , Negara Sejahtera. Justeru setiap inisiaitf atau elemen transformasi yang dilaksanakan di
bawah TS25@Jasin akan dikonkritkan melalui pembelajaran secara digital classroom seperti kahoot,
blended learning, flipped classroom, KBAT dan lain-lain. Menerusi transformasi TS25@ Jasin,
diharapkan sekolah dan guru daerah Jasin lebih cemerlang sehingga dapat dizahirkan hasrat
melahirkan “Hero Teacher” dalam kalangan murid. Semoga juga pendidikan daerah Jasin ini,
khususnya dalam tempoh 9 tahun itu lahirnya murid-murid yang bukan hanya berpengetahuan tetapi
turut berkemahiran dan berpotensi besar dan memiliki nilai dan akhlak diri yang tinggi dan terpuji.

8. Semoga menerusi dasar baharu KPM dan menerusi inisiatif pengukuhan oleh PPD Jasin menerusi
Program TS25@Jasin, murid-murid akan lebih gembira untuk datang ke sekolah dan belajar. Diseru
agar murid-murid mengambil kesempatan bagi meningkatkan potensi dan kemahiran diri serta
memperkembangkan dan membangunkan nilai dan akhlak diri menerusi proses pendidikan yang
dilaksanakan oleh guru-guru. Untuk itu, diharapkan setiap Amalan Baik murid dicatat bagi
membuktikan ianya selari dengan Tahap Penguasaan Murid dalam PBD, iaitu bermula Tahap
Penguasaan 4 hingga 6.
9. Marilah kita sama-sama menjadikan sekolah-sekolah daerah Jasin benar-benar menjadi institusi yang
berupaya mendidik anak bangsa dengan persekitaran yang ceria dan selamat, di samping guru-guru
daerah Jasin adalah guru yang kreatif dan penyayang.

Warga sekolah yang dihormati,


10. Pada kesempatan ini, sukacita diingatkan kepada pengetua / guru besar agar memastikan tahap
keselamatan murid dan warga sekolah diberikan perhatian. Taklimat keselamatan dan langkah-
langkah meningkatkan tahap keselamatan mesti dilaksanakan dari masa ke masa. Begitu juga, aspek

3
keceriaan kawasan sekolah dan bilik darjah hendaklah dipertingkatkan pada setiap masa supaya
kawasan sekolah dan bilik darjah adalah kondusif untuk menyokong proses PdPc. Sementara
pengetua / guru besar dan guru-guru hendaklah dapat memastikan Masa Intruksional bagi PdPc
diberikan keutamaan supaya tidak berlaku ganggu gugat atas hak murid-murid. Inilah salah satu
elemen integriti yang mesti menjadi keutamaan warga pendidikan daerah Jasin.

11. Sekalung ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan ……nama PGB……… dan
warga sekolah atas kesudiaan menerima kunjungan saya, …nama pegawai … dalam siri Perutusan
KPPD Jasin untuk sesi baharu persekolahan Tahun 2019 sekolah-sekolah daerah Jasin. Semoga
bermula pagi yang ceria ini, kita bersama-sama membina kesatuan hati dalam membangunkan dan
mencemerlangkan pendidikan daerah Jasin. Ingatlah bahawa seruan ini tidak lain dan tidak bukan
hanya untuk kita bersama-sama melunasi amanah dan tanggungjawab membela dan membangunkan
generasi masa depan untuk menjadi generasi yang berilmu, berpotensi, berkemahiran dan bernilai
akhlak mulia demi agama, bangsa dan negara.

12. Sekalung ucapan jutaan tahniah kepada warga pendidikan daerah Jasin, khususnya barisan
pengetua/ guru besar dan guru-guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi
terhadap kerja buat dan inisiatif pendidikan daerah Jasin sepanjang tahun 2018. Semoga sumbang
bakti itu diberkati dan mendapat balasan di dunia dan akhirat jua.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya !


Sekian, terima kasih.

You might also like