You are on page 1of 8

Bab 4: Cahaya

Bahagian A
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

1 Apakah yang akan berlaku apabila sinaran cahaya ditujukan ke atas kain yang
berwarna hitam?

A Cahaya dibiaskan C Cahaya diserakkan


B Cahaya dipantulkan D Cahaya diserapkan

2 Pada hari hujan, terdapat banyak titisan air di dalam udara. Cahaya yang
memancar melalui titisan-titisan air ini terserak menjadi

A gas
B bayang-bayang
C awan
D pelangi

3 Cahaya tidak dapat menembusi bahan-bahan berikut kecuali

I kaca jernih
II kadbod
III air jernih
IV batu

A I dan III sahaja C II, III dan IV sahaja


B I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV

4 Saiz bayang-bayang sesuatu objek legap bergantung pada

P : Bentuk objek legap


Q : Jarak objek dari bayang-bayang
R : Jarak objek dari sumber cahaya
S : Kekuatan sumber cahaya

A P dan Q C Q dan S
B Q dan R D R dan S

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 1 LPP KBSR Sains Tahun


5
5 Antara berikut, yang manakah benar?

I III cermin

cahaya cahaya

cermin

II IV
cermin cahaya

cermin

cahaya
A I C III
B II D IV

bikar

guli

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan sebiji guli yang diletak di dalam bikar. Jika air diisi ke
dalam bikar, guli itu akan

A tidak kelihatan
B kelihatan lebih besar
C kelihatan lebih dekat dengan permukaan air
D bergerak daripada kedudukan sebenar

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 2 LPP KBSR Sains Tahun


5
lampu suluh

pemerhati

Rajah 2
Berdasarkan Rajah 2, pemerhati tidak dapat melihat cahaya lampu kerana

A cahaya dipantulkan
B cahaya mengalami pembiasan
C cahaya bergerak lurus
D cahaya tidak terang

P
8 Q

R
alur cahaya

Rajah 3
Dalam Rajah 3, arah pantulan cahaya yang betul bagi alur cahaya tersebut
ialah

A P C R
B Q D S

9 Bayang-bayang terbentuk kerana

A cahaya tidak menembusi objek legap


B cahaya dibiaskan oleh objek legap
C cahaya diserap oleh objek legap
D cahaya terdiri daripada pelbagai warna

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 3 LPP KBSR Sains Tahun


5
10

lampu suluh

cahaya

Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan alur cahaya ditujukan secara tegak ke dalam air di dalam
gelas. Apakah yang dapat diperhatikan?

A Cahaya dibiaskan C Cahaya dipesongkan


B Cahaya dipantulkan D Cahaya bergerak lurus

11

Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan tangan kelihatan samar-samar melalui bahan X kerana
X ialah bahan

A lut sinar C legap


B lut cahaya D jernih

12 Apakah warna yang kelihatan di bahagian paling atas jalur pelangi?

A Jingga C Merah
B Ungu D Hijau

13 Antara objek berikut, yang manakah bukan sumber cahaya?

A Matahari C Lilin menyala


B Lampu suluh D Bulan

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 4 LPP KBSR Sains Tahun


5
14 Warna yang tidak terdapat dalam spektrum warna ialah

A perang C merah
B indigo D kuning

15

salur getah

api
mata

Rajah 6
Dalam eksperimen yang dijalankan seperti dalam Rajah 6, api lilin tidak dapat
dilihat. Apakah yang ingin dikaji dalam eksperimen ini?

A Cahaya sangat terang


B Cahaya boleh bergerak
C Cahaya bergerak lurus
D Cahaya boleh dipesongkan

16
cermin
kadbod berlubang

lampu suluh

Rajah 7
Rajah 7 menunjukkan lampu suluh memancarkan cahaya melalui satu lubang
kecil ke arah sekeping cermin. Apakah yang dapat dirumuskan?

A Cahaya boleh bertukar arah


B Cahaya boleh dibiaskan
C Cahaya boleh dibengkokkan
D Cahaya boleh dipantulkan

17 Cahaya putih Matahari terdiri daripada tujuh warna. Tujuh komponen cahaya ini
dikenal sebagai

A spektrum C pelangi
B sinaran D bayang-bayang

18

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 5 LPP KBSR Sains Tahun


5
Rajah 8
Kadbod yang dilukis corak seperti yang dtunjukkan pada Rajah 8 diletak di
hadapan sekeping cermin. Antara berikut, yang manakah merupakan imejnya
pada cermin?

A B C D

19 Sin Min dan Azli melihat jalur pelangi di langit pada pukul 9.30 pagi. Di manakah
kedudukan pelangi itu?

A Timur C Utara
B Barat D Selatan

15 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pemantul cahaya yang baik?

I Permukaan keras
II Permukaan rata
III Permukaan lembut
IV Permukaan berkilat

A I sahaja C I, II dan IV sahaja


B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Bahagian B

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 6 LPP KBSR Sains Tahun


5
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

P Q
Rajah 1
Rajah 1 di atas menunjukkan dua orang murid, P dan Q sedang memerhatikan
nyalaan mentol melalui dua batang saluran getah.

(a) Murid manakah tidak dapat melihat nyalaan mentol?


_________________________________________________________

(b) Nyatakan inferens bagi jawapan kamu di (a).


_________________________________________________________

(c) Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?


_________________________________________________________

16

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 7 LPP KBSR Sains Tahun


5
skrin putih

lampu suluh objek

Rajah 2
Rajah 2 di atas menunjukkan pembentukan bayang-bayang.

(a) Mengapakah bayang-bayang terbentuk pada skrin putih?


_________________________________________________________

(b) Apakah bentuk bayang-bayang yang kelihatan pada skrin putih?


_________________________________________________________

(c) Nyatakan saiz bayang-bayang dalam setiap situasi berikut.


(i) Sumber cahaya dekat dengan objek
______________________________________________________
(ii) Sumber cahaya jauh dari objek
______________________________________________________

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2006 8 LPP KBSR Sains Tahun


5

You might also like