You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27
91009 TAWAU, SABAH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN
“FIND THE LOST WORDS”

12 JULAI 2013

ANJURAN:
ROSALIA MOISI
GURU PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
&
PROGRAM PEMULIHAN SK.WAKUBA
1.0 TAJUK
“Projek Internship Individu pertandingan “Find The Lost Words” murid pemulihan
Sk.Wakuba Tawau”

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH


Guru praktikum “Rosalia Moisi” PISMP Pemulihan Jan 2010

3.0 PENGENALAN

Pertandingan “Find The Lost Words” merupakan pertandingan yang diadakan untuk
murid pemulihan bagi tahun 1. Pertandingan “Find The Lost Words” merupakan
projek Internship Individu. Program Pemulihan merupakan salah satu program yang
dilaksanakan di sekolah untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
penguasaaan kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira). Program Pemulihan
ini juga merupakan program yang bekerjasama dengan Program LINUS (Literasi &
Numerasi) untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid-murid
untuk belajar. Selain daripada program yang sedia ada, guru-guru juga digalakkan
untuk merancang satu aktiviti yang boleh meningkatkan tahap penguasaan murid
lemah dalam sesuatu ilmu pengetahuan serta aktiviti yang boleh meningkatkan
kemahiran murid dalam pelbagai aspek seperti kemahiran berfikir, komunikasi dan
sebagainya. Projek Internship Pertandingan “Find The Lost Words” merupakan
aktiviti yang melibatkan penglibatan murid pemulihan.

4.0 MATLAMAT

Pertandingan “Find The Lost Words” ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
murid di dalam Kemahiran Asas Bacaan Bahasa Melayu serta meningkatkan
kenyakinan diri dan kemahiran intrapersonal murid pemulihan. Pertandingan “Find
The Lost Words” ini juga selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengaplikasikan Konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan minat
dan motivasi murid untuk belajar.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran Asas Bacaan Bahasa
Melayu
5.2 Meningkatkan kenyakinan diri dalam kalangan murid pemulihan.
5.3 Meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid pemulihan.
5.4 Memberikan keseronokan kepada murid untuk belajar selaras dengan konsep
bermain sambil belajar.
5.5 Memberikan peluang kepada murid pemulihan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.
5.6 Meningkatkan kemahiran pengelolaan dan pengurusan aktiviti dalam kalangan
guru pelatih.
5.7 Membentuk kerjasama dan hubungan sosial yang positif di antara guru pelatih
dan warga sekolah.

6.0 PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh : 12 Julai 2013


Masa : Jadual Waktu Bahasa Melayu Tahun 1
Tempat : Sk.Wakuba, Tawau

BIL AKTIVITI MASA CATATAN


1 Taklimat peraturan dan Rosalia Moisi
prosedur pertandingan
2 set induksi : lagu “Badanku Rosalia Moisi & Murid
sihat” pemulihan tahun 1
Aktiviti 1 : Meneka Perkataan
(teka teki) dan sesi p&p
3 Aktiviti 2 : Menampal dan Rosalia Moisi & Murid
menamakan (gambar tubuh pemulihan tahun 1
badan)
4 Aktiviti 3 : Pertandingan “find
the lost words”
5 Penyampaian hadiah dan Encik Syamsul Bahri
saguhati Bin Sabaruddin
7.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Pemulihan Tahun 1 Sk. Wakuba (LINUS TEGAR)

8.0 AHLI JAWATANKUASA


PENAUNG
Puan Salina binti Abdul Rahman
PENASIHAT
Puan Sabturiah binti Isdup
PENYELARAS
Encik Syamsul Bahri bin Sabaruddin
SETIAUSAHA
Rosalia Moisi
AJK PELAKSANA
Rosalia Moisi

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Bahan kuantiti x kos Jumlah (Rm)


1 Hamper Pemenang RM 6 x 3 Rm 18
2 Kain putih (Banner) RM 4 x 1 Rm 4
3 kad manila Rm 1 x 7 Rm 7
4 kertas lukisan Rm 4 x 1 Rm 4
5 hadiah saguhati Rm 3 x 12 Rm 36
6 gam air Rm 1 x 6 Rm 6
Jumlah Rm 75
*ditanggung oleh Guru Pelatih*

10.0 PENUTUP

Diharapkan matlamat dan objektif bagi Pertandingan “Find The Lost


Words” ini dapat dicapai agar murid pemulihan dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memenuhi kriteria bagi
Internship.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

______________ ______________________________
(ROSALIA MOISI) (SYAMSUL BAHRI BIN SABARUDDIN )
Guru Praktikal Mentor/Pembimbing
Guru Pemulihan Sk.Wakuba

Diluluskan Oleh :

__________________________________
(PUAN SALINA BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Besar
Sk.Wakuba
LAMPIRAN
SENARAI NAMA MURID PEMULIHAN TAHUN 1

You might also like