You are on page 1of 7

___________

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985


___________

PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI


UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI
AWAM

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menetapkan jenis

pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa

menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam.

2. PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA

2.1 Pakaian Lelaki

2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B, "lounge suite"

atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang

dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan

panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.


2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang

beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah

dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju

hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian

baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar

panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.

2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai

awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai

baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang

dipakai Itu adalah buatan Malaysia.

2.1.5 "Jeans" atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.

mukasurat 1
2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal

boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan

bersamping.

2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa

bekerja.

2.2 Pakaian Wanita

2.2.1 Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang

sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-

apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai

bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut

sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi

mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4 Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)

2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri

atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing


hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika

dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam

adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan

membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri dengan

anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.

2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara,

perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik,

hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh

pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan

pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2.6 Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)

2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang

menjolok mata.

3. PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA

RASMI

3.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki


3.4.1 Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform

ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai

uniform tersebut apabila menghadiri

mukasurat 2
upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah

ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT. 2578 / Pt. 1 / 35 bertarikh 8hb Jun

1970 di Lampiran "A" mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai

Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan Dan Ikhtisas,

seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1975,

hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang

menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian

rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka

"lounge suit" bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas

ditetapkan.

3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti

menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan

bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada

perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat

seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk

upacara-upacara peringkat antarabangsa (international), maka pakaian

"lounge suit" hendaklah dipakai.


4. PEMBATALAN

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1974 dengan ini adalah

dibatalkan.

5. TARIKH BERKUATKUASA

Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya

dikeluarkan.

AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,


Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (1),
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

Tarikh: 18hb Februari, 1985

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.

s.k.:

Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.

Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.

Pihak Pengurusan Perbadanan-perbadanan Awam Persekutuan dan Negeri.

mukasurat 3

You might also like