You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SJK (TAMIL) JALAN TAJUL,KOTA TINGGI,JOHOR.


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PROFESIONAL BIL 10 / 2018

Tarikh : 07.10.2018 ( Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : En.G.Bala Subramaniam ( Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 21 /25

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana hadir
ke Mesyuarat Profesional Kali 10 /2018. Mesyuarat dimulakan dengan
bacaaan Irai Valthu .

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh: Pn.Kalaiselvi
Disokong untuk pengesahan oleh: Pn.Janaki

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.0 Pengumumam Umum

3.1 Hasrat Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Johor


3.1.1 Beliau telah menjelaskan hasrat Ketua Pengarah JPNJ iaitu
pelaksanaan PPPM di sekolah tidak begitu efektif kerana guru – guru
sekolah tidak membaca,memahami dan menaakul kehendak PPPM.
*Melalui pemerhatian beliau, buku PPPM yang setebal 300 m/s TIDAK
DIBACA, TIDAK DIFAHAMI, TIDAK DIHAYATI dalam perspektif
sekolah.*
3.1.2 Guru Besar meminta semua guru perlu mengetahui intipati kandungan
PPPM dan amalkan di sekolah bukan setakat menampal atau melekat di
dinding sekolah.
3.1.3 Beliau menyarankan dalam PPPM ini ada 2 perkara yang perlu diberi
perhatian iaitu *kualiti sekolah perlu meningkat dan kemenjadian murid
mesti berlaku*.
3.1.4 Beliau juga memberitahu bahawa menjelang tahun 2020 kuasa
autonomi kemenjadian murid mengikut kemampuan sekolah masing –
masing. Kemenjadian murid berlaku di sekolah bukan di KPM, JPN dan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PPD.
3.1.5 Beliau juga menekankan kualiti sekolah mesti meningkat walaupun
kuantiti murid mengurang. Beliau melontarkan pertanyaan bagaimana
mahu meningakatkan kualiti sekolah?
*tidak lain dan tidak bukan skpmg2 adalah instrument paling baik dan
perlu digunakan*
3.1.6 Bagi Kemenjadian Murid pula, alat pengukurkan yang paling bagus
adalah *PBS*.PBS adalah alat yang perlu ditabdir urus dengan sebaik
mungkin.
3.1.7 Bagi tahun 2018, beliau memaklumkan tidak akan ada *Pengumuman
Keputusan UPSR*
3.1.8 Beliau menjelaskan bahawa Ketua Pengarah JPNJ memaklumkan
sama-sama ubah landskap sekolah. *I do my part, you do your part*
3.1.9 Guru Besar menerangkan bahawa menjelang tahun 2020 sekolah diberi
kuasa autonomi merealisasikan kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian
murid.Kenal pasti masalah dan atasi masalah mengikut situasi dan
kemampuan sekolah.

3.2 Learning Walk


3.2.1 Setelah dipantau oleh Guru besar dan GPK – GPK, masih ada guru
tidak mengikut kriteria abad ke-21 semasa menjalankan PdPc di bilik
darjah.
3.2.2 Beliau meminta guru – guru sentiasa peka dengan pengajaran dan
pembelajaran abad ke -21. Gunakan peralatan seperti topi, papan putih,
trafic light dan jalankan kerja kumpulan semasa PdPc.
3.2.3 Beliau tegaskan bahawa tiada penggunaan ‘smartboard’ semasa PdPc.

3.3 Fail Panitia


3.3.1 Guru Besar memaklumkan bahawa mulai minggu depan setiap ketua
panitia akan dipanggil untuk mendengar penjelasan tentang progres
peningkatan akademik murid.
3.3.2 Guru Besar menegaskan guru- guru supaya lengkapkan semua fail
panitia.

Tindakan: Makluman
3.4 Punch Kad
3.2.1 3.4.1 Guru Besar berkata selepas pukul 7.20 pagi punch kad akan digaris merah dan
jangan sekali-sekala punch bagi pihak lain.
l

3.5 Kantin
3.5.1 Guru Besar menyatakan bahawa guru kelas mesti mengiringi murid – murid ke
bilik darjah pada waktu pagi.

3.6 Sudut Pidato

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.6.1 Guru Besar meminta sudut pidato digunakan sepenuhnya pada waktu rehat.
Guru bertugas perlu pastikan murid – murid mengambil bahagian selepas
mereka makan. Keadaan ini akan mengurangkan masalah bising di kantin.

3.7 Baju Korporat


3.7.1 Guru Besar memberitahu bahawa setiap hari Ahad guru – guru wajib memakai
baju korporat. Beliau juga meminta KEBIRU sekolah menguruskannya.
3.7.2 Guru perempuan digalakkan memakai skirt hitam panjang berserta baju
korporat.

3.8 Borang Keberhasilan


3.8.1 Guru Besar meminta semua guru menghantar borang keberhasilan siri kedua
ke pejabat pada hari khamis sebelum pukul 1.00 t/hari.

Tindakan : Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1. Tiada
Tindakan:
4.2.
Tindakan:

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Guru Besar memaklumkan bahawa perlantikan pengawas sekolah bagi sesi
2019 seramai 6 orang dipilih dari Tahun 2.

Tindakan: Makluman
5.2 Kelab Guru
5.2.1 Pn. Malliga telah membentangkan kewangan KEBIRU.

5.3 LDP
5.3.1 Pn Malliga mengucapkan terima kasih keatas pengisian esplg oleh
semua guru. Beliau menyatakan En.Shahril dari PPD Kota Tinggi
mengucapkan tahniah kepada warga Tajul kerana telah memnuhi 7 hari LDP
bagi tahun ini.

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Disediakan oleh,

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

( )
Urus Setia
Tarikh : (Catatkan tarikh minit mesyuarat disediakan)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like