You are on page 1of 1

dfsssssssssssssssssssssssss

Di bawah MyNDS, peewwefwmbentukan strategi didorong oleh kreativiti dan inovasi, dan
pelaksanaan strategi mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konvensional
yang wujud dalam organisasi awam dan swasta, kerajaan berupaya meningkatkan potensi dan
menggandakan sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara
kementerian dan agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak
digunakan dengan optimum. Ini membolehkan kerajaan mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi dan sejahtera.

National Blue Ocean Strategy: Pencapaian Pendapatan Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat.

Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan
semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela
untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi, berkos rendah, boleh
dilaksanakan dengan pantas dan mampan. Sidang Kemuncak NBOS, dilancarkan pada tahun
2009, memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan, dipacu oleh idea
kreatif dan mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya
dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah
dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah
negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.

You might also like