You are on page 1of 3

Objektif Kajian

Bersama-sama ini objektif kajian geografi PT3 yang telah saya lakukan bagi
tujuan untuk kajian di kawasan pilihan saya di ……………. (nama kawasan
kajian anda) bagi menyiapkan kajian taburan guna tanah yang berasaskan peta
lakar.

1. Senarai latar belakang kawasan kajian.


2. Lukis peta lakar (peta topografi) melibatkan taburan guan tanah di kawasan
kajian.
3. Mentafsir peta lakar (peta topografi) yang menunjukkan taburan guna tanah
di kawasan kajian.
4. Sila Mengenalpasti satu jenis guna tanah di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor mempengaruhi guna tanah tersebut.
5. Mengenalpasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam
sekitar yang telah dikaji di kawasan kajian.
6. Langkah / Cadangan dan usaha usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut.
7. Pembentangan laporan geografi PT3.
Kaedah Kajian

Terdapat empat (4) kaedah kajian telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan
tugasan kajian peta di kawasan kajian iaitu……….dapat disiapkan dengan sempurna dan
bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat

1) Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan


Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan bagi mengenalpasti guna tanah
………….. yang terdapat di kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu membantu saya
untuk melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah

2) Kaedah Temubual
Melalui kaedah temubual bersertakan borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk
setempat, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara seperti
berikut:
i. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah tersebut
ii. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang
telah dikaji
iii. Memberikan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha juga tindakan yang perlu dilakukan
bagi mengatasi kesan guna tanah di kawasan kajian

3) Internet
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang
limpahan
pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah
dilayari.

4) Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang
telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Tuan Ahmad Surkry Bin
Musa.

You might also like